Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1Y7eWtKs2 Under Creative Commons License: Attribution

Isnin, 13 Jun 2011

Dua wanita Singapura dakwa diarah Imigresen Johor ketuk ketampi, berbogel

SINGAPURA 14 Jun — Dua wanita warga Singapura yang memandu ke Johor Baru untuk makan malam telah disoal oleh pegawai-pegawa Jabatan Imigresen Malaysia dengan digari dihumban ke dalam pusat tahanan dan yang paling teruk diarah ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel lapor akhbar Straits Times Singapura hari ini Dua wanita malang itu dikatakan memandu ke Johor Baru secara tidak sah dengan passport masing-masing tidak dicap ketika melalui kaunter imigresen Mereka dibenarkan pulang ke Singapura selepas 48 jam ditahan dengan turut diberikan amaran “Kami fikir ia isu kecil kami tidak fikir sesuatu macam ini akan terjadi ” kata Straits Times memetik seorang daripada wanita itu yang bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat insurans yang hanya mahu dikenali Chang Menurut jurucakap Jabatan Imigresen Malaysia di Johor Baru dua wanita itu disahkan telah ditahan kerana didapati bersalah Chang lewat 30-an telah memandu ke Johor Baru bersama rakannya seorang ejen hartanah yang berumur lewat 20-an hanya mahu dikenali sebagai Lim kira-kira pukul 1 30 pagi Khamis lalu lapor Straits Times Lim memandu kereta model Nissan Latio ini merupakan kali pertama dia memandu ke Malaysia walaupun telah ke sana bersama rakan-rakan sebelum ini kata akhbar Singapura itu “Kami hanya pergi ke sana untuk makan lewat malam saya telah gilap kereta sebelum ke sana ” katanya “Saya baru membeli kereta ini bulan lalu jadi kami hanya mahukan satu pengembaraan ” katanya Di pihak Jabatan Imigresen Malaysia mereka memandu di lorong yang tidak dikawal “Tiada sesiapa pun di sana dan lampu hijau menyala ” kata Lim “Saya menekan interkom dan tidak mendengar apa-apa jadi saya terus memandu ketika penghadang dibuka ” katanya Chang memberitahu akhbar harian itu mereka terus memandu kerana menyangkakan Malaysia menggunakan sistem biometrik — yang baru diperkenalkan Wanita itu akhirnya menyedari mereka memasuki Malaysia tanpa passport mereka dicap dan dengan segera melakukan pusingan U Kira-kira pukul 2 pagi mereka telah kembali ke kaunter imigresen dan menjelaskan kesilapan mereka kepada pegawai-pegawai di sana Tetapi mereka mengatakan pegawai-pegawai tidak menerima alasan itu walaupun menunjukkan mereka baru sahaja memasuki Malaysia lapor akhbar itu Menurut laporan media dua wanita itu dikurung dalam sebuah bilik selama dua jam sebelum dibawa ke bilik mesyuarat kira-kira pukul 4 pagi Chang berkata pada tengah hari Khamis seorang pegawai memberitahu mereka perlu membayar denda sebanyak RM3 000 seorang sebelum dilepaskan Bagaimanapun seorang lagi pegawai berkata mereka boleh didenda sehingga RM10 000 dan penjara lima tahun kerana memasuki Malaysia secara haram Wanita itu berkata mereka menandatangani satu borang dalam Bahasa Malaysia dan meminta untuk ke ATM Mereka menunggu hampir tiga jam namun tiada sesiapa yang membawa mereka kata mereka kepada akhbar itu Pada pukul 5 petang mereka diberitahu akan dihantar ke Pusat Tahanan Pontian untuk ditahan selama 14 hari Di pusat tahanan itu wanita itu digari Mereka juga dikehendaki menanggalkan barang kepunyaan masing-masing “Mereka minta kami agar tanggalkan pakaian tanggalkan semua pakaian termasuk pakaian dalam dan kemudian minta kami melakukan ketuk ketampi ” kata Lim Selepas melakukan 10 kali ketuk ketampi wanita itu diarahkan memakai semula seluar dan diberikan sehelai kemeja-T Mereka kemudian diletakkan dalam sebuah bilik sebesar gelanggang bola keranjang bersama 50 wanita lain kebanyakannya daripada Indonesia China dan Filipina Kedua-dua wanita itu ditahan selama satu malam dan pada pukul 5 petang keesokan hari mereka diberitahu akan dibebaskan dan dihantar menaikan sebuah van dengan enam tempat duduk ke Jabatan Imigresen di Causeway di mana mereka turut menerima surat amaran Berang layanan yang tidak berperikemanusiaan itu kedua-dua mereka berkata tidak akan menjejakkan kaki ke Malaysia walaupun dijemput berbuat demikian “Saya tidak rasa akan menjejakkan kaki ke Malaysia lagi Saya bimbang perkara sama akan berulang ” kata Lim.

Comments
0 Comments
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1Y7eO29et Under Creative Commons License: Attribution

0 comments:

Catat Ulasan