Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1Y7eWtKs2 Under Creative Commons License: Attribution

Khamis, 22 November 2012

BLOGGER YOB TUALANG SEKAH PERLUKAN BANTUAN ALAT SOKONGAN BUAT IBUNYA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA FACEBOOKER,BLOGGER DAN TWITTER.....SEORANG RAKAN BLOGGER KITA, YOB TUALANG SEKAH  KINI AMAT MEMERLUKAN SEBUAH KATIL SOKONGAN BUAT IBUNYA YANG KINI TERLANTAR AKIBAT SAKIT ''BRAIN TUMOR''/BARAH OTAK....
SETAKAT INI TIADA BANTUAN ALAT SOKONGAN DITERIMA OLEHNYA DARI MAN-MANA PIHAK... MARILAH KITA MEMBANTU BELIAU TANPA MENGIRA FAHAMAN POLTIK BAGI MERINGANKAN BEBAN BELIAU.....

Rabu, 17 Oktober 2012

Perang Tok Janggut 1915 : Sarjan



                                                          

 ..semua undang-undang cukai kerajaan Kelantan termasuk tiap-tiap seorang dikenakan cukai kepala $1.00 setahun, pokok buah-buahan 12 1/2 sen sepokok, pokok kelapa 3 sen sepokok, sirih 5 sen sejunjung, kerbau dan lembu 20 sen seekor, anjing dan babi 50 sen seekor, pokok kayu keras seperti tembusu, medang dan lain-lain yang boleh dijadikan bahan binaan rumah $1.00 sepokok, hasil tanah 60 sen seekar. Penduduk yang enggan membayar cukai dikenakan hukuman denda atau penjara.

Perang Tok Janggut adalah detik awal penentangan terhadap sistem pentadbiran British di Kelantan. Perang ini tercetus pada 29 Mei 1915 apabila berlaku perbalahan di antara Tok Janggut dengan Sarjan Che Wan Sulaiman seorang anggota polis British yang membawa kepada kematian Sarjan Che Wan Sulaiman.

Walaubagaimanapun,punca sebenar penentangan ini tidak jelas. Para pengkaji telah menyimpulkan punca penentangan ini seperti berikut:-
Penentangan langsung terhadap pentadbiran British
Penentangan tidak langsung terhadap Sultan Muhammad IV kerana menerima perlindungan British dan satu cubaan untuk mengulingkan Baginda
Hasil sentimen sokongan terhadap tokoh tempatan iaitu Engku Besar dan sikap anti orang luar iaitu pegawai daerah Pasir Putih, Abdul Latif, yang dilihat merampas kuasa Engku Besar
Penentangan golongan ksum tsni terhadap sistem cukai tanah baru dan cara kutipan dijalankan
Perang jihad terhadap British berikutan bermulanya Perang Dunia Pertama (1914) dimana British adalah sebahagian negara Eropah yang menentang Turki yang bersekutu dengan Jerman dan Austria –


(baca catitan pondok buku berikut: Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya perang dunia pertama pada Ogos 1914 yang mana British berperang dengan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan Kelantan berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dan dipaksa menyatakan sokongan mereka kepada British dalam peperangan itu. Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam perang dunia pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.- Tambahan Abu Redza)

Latar belakang
Dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Siam 1909, Kelantan telah jatuh di bawah naungan kerajaan Inggeris. Kelantan pada masa itu dibawah pemerintahan Tuan Long Senik atau Sultan Muhammad IV. Pada 22 Oktober 1910, kerajaan Inggeris telah membuat perjanjian dengan kerajaan Kelantan. Semenjak itu mulalah campur tangan kerajaan Inggeris di Kelantan. Pihak kerajaan Inggeris juga memperkenalkan institusi pentadbiran baru seperti balai polis dan mahkamah di peringkat daerah termasuk juga di daerah Pasir Putih yang sebelumnya dikenali sebagai Pangkalan Limbungan. Sebelum kedatangan Inggeris, daerah tersebut ditadbir oleh seorang pembesar kerajaan Kelantan yang dikenali dengan gelaran Seri Maharaja Tua.

Pada masa itu, di Jeram yang terletak di dalam daerah Pasir Putih, tinggal seorang hulubalang Seri Maharaja Tua yang bernama Munas. Munas mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Tahir dan Hassan yang dikenali sebagai Tok Janggut.

Punca konflik

Lebih kurang pada tahun 1914, Abdul Latif seorang yang berasal dari Singapura telah dilantik menjadi Ketua Daerah di Daerah Pasir Putih. Abdul Latif telah menguatkuasakan semua undang-undang cukai kerajaan Kelantan termasuk tiap-tiap seorang dikenakan cukai kepala $1.00 setahun, pokok buah-buahan 12 1/2 sen sepokok, pokok kelapa 3 sen sepokok, sirih 5 sen sejunjung, kerbau dan lembu 20 sen seekor, anjing dan babi 50 sen seekor, pokok kayu keras seperti tembusu, medang dan lain-lain yang boleh dijadikan bahan binaan rumah $1.00 sepokok, hasil tanah 60 sen seekar. Penduduk yang enggan membayar cukai dikenakan hukuman denda atau penjara.

Pungutan cukai dijalankan di Pejabat Daerah Pasir Putih dan dilaksanakan oleh seorang pekerja. Disebabkan tenaga kerja yang terhad, ada pembayar cukai yang terpaksa menunggu selama tiga hari tetapi masih tidak dapat membayar cukai. Ketika Tok Janggut dan pengikutnya hendak menjelaskan cukai, mereka terpaksa menunggu lebih kurang seminggu dan menyebabkan mereka mengambil keputusan meninggalkan pejabat tersebut dan balik ke kampung masing-masing dan enggan membayar cukai yang ditetapkan.

Kengganan membayar cukai tersebut menyebabkan Tok Janggut dan pengikutnya disaman oleh pemerintah Pasir Putih dan dikehendaki hadir ke mahkamah di Pasir Putih. Tetapi Tok Janggut dan pengikutnya enggan hadir ke mahkamah.

Disamping itu, Tok Janggut bersama rakan-rakannya iaitu Engku Besar Tun Ahmad, Haji Said, Ishak dan Penghulu Adam telah meminta penduduk di daerah Pasir Putih untuk turut tidak membayar cukai. Di dalam suatu perhimpunan penduduk Pasir Putih yang diadakan di Kampung Merbul, penduduk telah membuat ketetapan untuk tidak mahu membayar cukai kepada Ketua Daerah Pasir Putih walau apa pun terjadi. Berita ini akhirnya sampai kepada pengetahuan Ketua Daerah Abdul Latif yang telah menghantar Sarjan Che Wan Sulaiman untuk menangkap Tok Janggut.

Perang bermula

Pada 29 April 1915, Sarjan Che Wan Sulaiman yang diiringi oleh enam orang anggota polis telah menemui Tok Janggut di Kampung Merbul. Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata. Sarjan Sulaiman telah menerangkan maksud kedatangannya dan telah menjemput Tok Janggut datang ke Pasir Putih untuk berjumpa Ketua Daerah. Tok Janggut telah bersetuju dengan permintaan tersebut, walau bagaimanapun telah berlaku pertengkaran semasa hendak meninggalkan tempat tersebut kerana Tok Janggut tidak mahu berjalan dihadapan dengan diiringi oleh polis dibelakangnya seperti orang salah. Semasa pertengkaran tersebut, Tok Janggut telah menikam Sarjan Che Wan Sulaiman dengan kerisnya menyebabkn beliau meninggal dunia. Melihat peristiwa tersebut, polis yang lain tidak berani melawan dan telah dibiarkan pergi oleh Tok Janggut setelah merampas senapang mereka.

Tok Janggut bersama rakan-rakanya dan pengikut-pengikut mereka seramai lebih kurang dua ribu orang telah menyerang dan menawan pekan Pasir Putih. Ketua Daerah telah lari menyelamatkan diri ke Kota Bahru menghadap Sultan Muhammad Shah IV.

Setelah menawan Pasir Putih, Tok Janggut dan rakan-rakannya telah menubuhkan kerajaan sendiri. Engku Besar Tun Ahmad diangkat menjadi Raja Pasir Putih, Tok Janggut menjadi Perdana Menteri, Haji Said menjadi Timbalan Perdana Menteri, Penghulu Adam menjadi Syahbandar dan Ishak menjadi Ketua Daerah.

Konflik berlarutan

Pihak Inggeris telah melaporkan kepada Sultan bahawa Tok Janggut dan rakan-rakannya telah memberontak dan sedang menuju ke istana bagi merampas takhta. Pihak Inggeris turut menghalang Tok Janggut daripada menghantar utusan bagi menerangkan perkara sebenar kepada Sultan. Sultan Muhammad IV sangat murka terhadap Tok Janggut dan rakan-rakannya. Baginda menggangap mereka sebagai penderhaka. Baginda telah mengeluarkan titah sesiapa yang dapat menangkap salah seorang daripada Engku Besar Tun Ahmad, Tok Janggut, Haji Said, Ishak dan Penghulu Adam akan diberi wang hadiah sebanyak RM500. Harta benda Tok Janggut dan rakan-rakannya telah dirampas dan rumah mereka akan dibakar.

Setelah mendengar titah tersebut, Tok Janggut dan rakan-rakannya telah menetapkan tidak mahu menyerah diri dan telah bersiap sedia dengan membuat sebuah kubu di Kampung Saring yang dikenali sebagai Batas Besar Kubu Tok Janggut.

Peranan Inggeris

Apabila Sultan Muhammad IV mendengar persiapan perang Tok Janggut, Baginda telah bermesyuarat dengan pembesar negeri termasuk juga Penasihat British dan mesyuarat telah mengambil keputusan untuk meminta bantuan kerajaan Inggeris untuk menghadapi ancaman Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya.

Gabenor Sir Arthur Henderson Young di Singapura telah menghantar sebuah kapal perang dengan seramai 150 orang askar ke Kelantan untuk memenuhi permintaan kerajaan Kelantan. Pada 10 Mei 1915, askar tersebut telah sampai ke Kota Bahru dan sampai di Pasir Putih tiga hari kemudian. Walaubagaimanapun, mereka gagal untuk menemui Tok Janggut dan rakan-rakanya yang telah menyembunyikan diri dan tidak mahu melawan askar tersebut secara berhadapan. Pada 17 Jun 1915 askar tersebut kembali ke Kota Bahru dan menunggu seminggu di sana sebelum kembali ke Singapura.

Pada bulan yang sama, sepasukan askar Inggeris seramai 100 orang yang terdiri daripada askar Sikh dan sukarelawan Melayu telah dihantar ke Pasir Putih. Setelah gagal sekali lagi untuk menemui Tok Janggut dan rakan-rakannya, askar tersebut telah mengambil tindakan merampas harta benda, membinasakan sawah padi serta membakar rumah penduduk di Jeram, Pasir Putih termasuk rumah Tok Janggut, Haji Said dan Ishak.

Pertempuran Kampung Saring



Pada 25 Jun 1915, Tok Janggut bersama lebih kurang 2,500 orang pengikutnya telah menyerang askar Sikh yang berada di pekan Pasir Putih. Pasukan Tok Janggut kemudian telah berundur ke kubunya di Kampung Saring. Askar Inggeris telah menyerang kubu tersebut yang menyaksikan pasukan Tok Janggut berjuang bermati-matian menghadapi serangan tersebut. Antara pejuang yang bersama Tok Janggut pada hari itu ialah Abbas Berani, Hassan Harimau, Awang Ngah dan Abdul Rahman Anak Kerbau.

Walaubagaimanapun, akhirnaya askar Inggeris yang lebih terlatih dan berpengalaman serta lengkap dengan peralatan perang yang moden, berjaya menewaskan pasukan Tok Janggut. Tok Janggut sendiri telah gugur manakala Engku Besar Tun Ahmad, Haji Said dan Ishak telah melarikan diri ke Reman di Selatan Siam.

Maklumat lain menyebut Tok Janggut dibunuh dikampung Pupuh , lihat gambar –


 

Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan

kisah lanjutan dibawah ini
1)    DIBALIK TABIR ISLAM
2)    tok janggut profile
3)    antara darjat dan rakyat
4)    EMPAYAR UTHMANIAH & TOK JANGGUT

Sumber: wikipedia.org

Selasa, 4 September 2012

jangan jadi ''orang yang perkosa masjid''



                                                     

KUALA LUMPUR: Usaha menghalang masjid daripada disuburkan dengan risalah-risalah Allah merupakan satu usaha yang zalim dan tidak bertamadun.

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin, berkata jika seseorang itu melakukan usaha bagi menghalang dakwah Allah, maka ia akan berdepan dengan tindakan Allah itu sendiri d akhirat kelak.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian serangan di sebuah masjid, di Alor Setar, ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah Maghrib, baru-baru ini.

"Umat Islam sepatutnya menyedari segala perkara dalam dunia ini berkaitan, orang yang tidak berilmu akan menjadi jahat, dan begitu sebaliknya. Dalam Islam, siapa yang ingin perkasa, perlu dengan Allah, kalau tidak jadi pekasam," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau, setiap seorang yang ingin memperkasakan diri ia perlu bersama Allah, kerana hanya dengan Allah ia akan jadi perkasa.

Sambil menyatakan kekesalan terhadap insiden berkenaan, Ustaz Ghani yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS, gangguan terhadap rumah Allah itu satu perbuatan yang biadap, lebih-lebih lagi ketika tazkirah dijalankan.

"Kalau mereka tidak mahu mendengar tazkirah tersebut, keluarlah dengan baik. Ini tidak, setelah membuat bising di dalam dan setelah diminta keluar, berterusan membuat bising. Ini tidak bertamadun," kata beliau yang turut berada di masjid berkenaan.

Sedangkan, tambah beliau ketika itu tazkirah dijalankan oleh seorang yang dikenali dan pernah menjadi pemimpin negara suatu ketika dahulu yang begitu dikenali ramai.

Menurutnya lagi, mengganggu majlis dengan membuat andaian dan tuduhan yang bermacam-macam tanpa sebarang bukti hanya menunjukkan sikap yang tidak bertanggungjawab.

Justeru, beliau menasihatkan mana-mana pihak yang gemar 'memperkosa' majlis agama ini agar menghentikan perbuatan tersebut memandangkan perbuatan tersebut akan berdepan dengan tindakan Allah SWT di akhirat kelak.

"Nasihat saya, jangan jadi orang yang perkosa masjid. Kalau nak jadi perkasa, kena bersama-sama dengan Allah, baru perkasa. Bukan jadi perkosa," tegas beliau.
petikan dari harakah dailly.

Isnin, 3 September 2012

PENCABULAN AIDILFITRI,MERDEKA, TAZKIRAH....


..ISU POLITIK KINI ''BAGAIKAN TAHI TERAPUNG YANG HANYUT DIBAWA AIR''..YANG MEMBAWA BUSUKNYA DARI HULU KE HILIR..LEGANYA APABILA TENGELAMNYA TAHI ITU...BILA BACA MEMANG JIJIK..TAPI JIJIK LAGI PERBUATAN MENGHASUT,MEMECAH BELAHKAN RAKYAT....


DARI SEJAK BULAN PUASA DAN RAYA ''PEMIMPIN MENJADIKAN IANYA BULAN BERPOLITIK...SAMA ADA POLITIK BERSIH ATAUPUN KOTOR. BERMULA DARI KISAH SAMBUTAN HARI RAYA,DIMANA RAKYAT DISAJI RASUAHKAN DENGAN MAKANAN AGAR MENDENGAR DAHULU KATA-KATA ALUAN DARI PEMIMPIN. MEREKA BERUCAP DALAM UCAPAN  YANG BERBAUR POLITIK SERTA BERKEMPEN,INI TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU DALAM SESUATU PERAYAAN.MALAH TIDAK CUKUP DENGAN ITU,MEDIA PULA MENYIARKAN KATA-KATA POLITIK DALAM MAJLIS PERAYAAN AIDILFITRI.

INI SEBENARNYA ADALAH PENULISAN HASIL DARI SUARA HATI MASYARAKAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM. RAKYAT BENCI DENGAN AGENDA ''RUMAH TERBUKA YANG DISAJIKAN JUADAH POLITIK''...MALAH IANYA AKAN MENUTUP HATI UNTUK MENGUNDI DALAM PRU AKAN DATANG OLEH KERANA BERPOLITIK TIDAK KENA MASA DAN KETIKA.



DALAM BULAN  KEMERDEKAAN PULA, PR DAN BN SALING BERCAKARAN DALAM ISU KEMERDEKAAN. PR DAN BN SANGGUP MENGENEPIKAN CIRI-CIRI KEBUDAYAAN MALAYSIA,AKIBATNYA HARI KEBANGSAAN PADA TAHUN INI ''SURAM''.PERTIKAMAN LIDAH DIANTARA BN& PR MENAMBAHKAN LAGI KEBENCIAN RAKYAT YANG INGINKAN KEHARMONIAN SERTA KEAMANAN....

ISU POLITIK KINI ''BAGAIKAN TAHI TERAPUNG YANG HANYUT DIBAWA AIR''....YANG MEMBAWA BUSUKNYA DARI HULU KE HILIR....LEGANYA SEKIRANYA  APABILA TENGELAMNYA TAHI ITU......BILA BACA MEMANG JIJIK..TAPI JIJIK LAGI PERBUATAN MENGHASUT,MEMECAH BELAHKAN RAKYAT....

BERDOSAKAH MEMIJAK POTRET MANUSIA...BERDOSAKAH MENGENCINGKAN GAMBAR PEMIMPIN PARTI....BERDOSAKAH...?? BERDOSAKAH..??..ATAU SALAHKAN DALAM PERUNDANGAN NEGARA ??...SALAHKAN DISISI UNDANG-UNDANG ??...TAK LAIN HANYA LARI DARI BUDAYA KETIMURAN KITA....TAK TAHULAH JIKA ADA DALAM UNDANG-UNDANG..ADA TAK AGAKNYER...


PERCABULAN& PERKOSAAN DALAM RUKUN NEGARA TELAH LAMA BERLAKU....SEPERTI PENULISAN JAKSA MASA LALU...

RUKUN NEGARA DICABULI

SIAPA YANG CABUL RUKUN NEGARA??

MASA BERLALU DAN MUSIM BERUBAH.............
RAKYAT KINI ''KEHUASAN AIR PERDAMAIAN''....
RAKYAT JELAK DENGAN ''LAUNGKAN POLITIK YANG MENCETUS KEBENCIAN DAN KEMARAHAN''.....
ERA BARU..MINDA PUN BERFIKIRAN BARU....
AKAN TETAPI TUNAS KEMALAYSIAN TETAP TIDAK BERUBAH..
AGAMA PULA TIDAK LAPOK DITELAN ZAMAN MALAH MAKIN DIMARTABATKAN...

DIJADIKAN PULA BAHAN DIAIDILFITRI KESUCIAN MASJID PULA DICABULI SEAKAN LATIHAN DARI ZIONIS...TERPEKIK TERLOLONG DARI JENDELA MASJID HINGGA SELIPAR,KASUT DISASARKAN DALAM MASJID...ORANG MELAYU TUU...ISLAM PULAK TU.....YANG BADAN JUANG ISLAM PULA MENIKUS KETAKUTAN UNTUK MEMBERI KENYATAAN...KALAU ISU RAJA,ISLAM ,MELAYU ADALAH PANTANG BAGI MEREKA...KALI INI SEPI....ADAKAH KERANA TIDAK DIHIDANG SESUAP NASI.....

DICORETKAN PANJANG PUN TAK GUNA,TAPI........INGAT..AIDILFITRI KALI INI DICEMARI OLEH PEMIMPIN PARTI-PARTI POLITIK MALAYSIA SENDIRI...

DALAM SATU MASA.......DUA RUKUN NEGARA SATU RUKUN ISLAM DICEMARI............

ADAKAH ANDA SEDAR...??




Jumaat, 31 Ogos 2012

MERDEKA DAN SEJARAH BENDERA MALAYA

                                   BENDERA RAKYAT 1947

Bendera Rakyat telah dikibarkan secara rasmi di seluruh Malaya pada 10 Dis 1947. Menurut akhbar Utusan Melayu, hampir semua bandar² dan pekan² termasuk Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Sungai Siput, Alor Setar dan Singapura telah mengadakan istiadat menaikkan bendera tersebut.

Semasa istiadat mengibarkan Bendera Rakyat di bangunan Malayan Democratic Union (MDU) di Singapura pada pagi 10 Dis 1947, Taha Kalu, Setiausaha Agung Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) telah menerangkan:

Bendera Rakyat yang baru kita naikkan ini ialah sebagai cogan persatuan rakyat yang berjiwa maju progresif. Bendera ini telah sama² diukir dan diputuskan oleh dua badan gabungan yang besar di Malaya, iaitu Pusat Tenaga Rakyat dan Majlis Bergerak Serentak Se-Malaya. Bendera ini kita namakan Bendera Rakyat, kerana ia adalah satu gambaran atau satu tanda, tegasnya satu cogan merupakan persatuan rakyat seluruh Malaya. Persatuan yang kita yakini akan bertahan kuat perdiriannya tiap² hari.


Maksud disebalik simbol² dalam Bendera Rakyat:

12 biji bintang
12 negeri yang bergabung di Malaya
9 Negeri Melayu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Perlis, Kelantan, Kedah, Johor)
3 Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka, Singapura)
Warna kuning bintang

Keadilan dan kedaulatan rakyat

Perlembagaan Rakyat diiktiraf
Membayangkan semua negeri dalam keadaan aman dan makmur

Bintang berbucu lima

Ketuhanan

Kedaulatan rakyat

Keadilan sosial

Kebajikan

Kebangsaan

Warna merah

Keberanian dan kuasa kemahuan rakyat untuk menentang semua rintangan² supaya tercipta keadilan dan demokrasi di Malaya
Warna putih

Perjuangan yang didasarkan kepada kejujuran dan kesucian untuk mencapai kebebasan yang teratur dan tidak berdasarkan kepada haloba dan tamak, tetapi hanya dengan membawa cita² yang satu iaitu pemerintahan sendiri yang berdasarkan kepada kedaulatan rakyat

Warna  Merah Putih mempunyai riwayat yang tertentu bagi penduduk² di Malaya dan telah dipilih dengan persetujuan PUTERA dan AMCJA kerana ia merupakan warna bendera kebangsaan Melayu di zaman Kerajaan Majapahit semasa abad yang keempat belas dahulu.


































Sumber: Akhbar Utusan Melayu, 11 Dis 1947 dan akhbar The Straits Times, 11 Nov 1947

Jumaat, 17 Ogos 2012

PERUTUSAN AIDILFITRI ROAD TO PUTRAJAYA (RTPJ)





..Dengan kalimah Allah saya mewakili " PRESIDEN RTPJ" dan blogger-blogger harapan PR memohon ampun serta kemaafan atas segala ketelanjuran dalam pertuturan...perdebatan...perhujahan..perbincangan dan apa juga yang telah menguris serta menyakiti perasaan anda tanpa mengira pangkat,agama,bangsa dan kaum....




ALLAHHUAKBAR!! ALLAHHUAKBAR!! ALLAHHUAKBAR...
ALLAHHUAKBARKABIRRO,WALHAMDULLILLAHIHIKASIRO,WASUBSUHANALLAHIBUKKROTAN WAASILA.........................

assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh........
 Bersyukur kita kehadrat Allah SWT,dengan limpah kurniaNya kita telah pun menjejaki Bulan Syawal dan meninggalkan Ramadhan.....Banyak peristiwa pahit manis serta suka dan duka kisah ramadhan yang dapat kita jadikan renungan dan iktibar bersama. Bagi mereka ada yang menangis pabila ramadhan meninggalkan mereka kerana ''masihkah ada ramadhan buat mereka pada tahun depan''......para golongan ahli ibadah pastinya berlinang airmata, kerana ''Ramadhan terpaksa meninggalkan mereka''.Disaat ini juga ada yang gembira seolah-olah telah terlepas dari belenggu Ramadhan dan menganggapkan puasa amat menyusahkan hidup dan aktiviti seharian mereka seolah-olah terbelenggu juga dengan sistem pentadbiran kerajaan BN yang berbeza corak pentadbiran PR.....

ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR...WALILLAH ILHAMD....
Dihari ini saya menyeru kita sebagai umat Muhammad hendaklah bersatu dibawah panji kalimah syahadah. Buangkanlah,elakkanlah segala persengketaan,perbalahan,permusuhan sesama agama dan bangsa.Jadikanlah islam adalah contoh yang baik dimata masyarakat. Aidilfitri kali ini jadikanlah hari yang terbaik untuk kita menjalin hubungan baik antara agama ,bangsa serta kaum.Jalinkanlah kemesraan tanpa mengira parti atau kaum,pupuklah keharmonian serta kasih sayang sesama manusia.

Penuhilah waktu yang terluang untuk ziarah menziarahi serta merapatkan hubungan serta bermaaf-maafan diantara kita sebagai manusia.Janganlah dijadikan masa ini untuk berhibur tanpa batasan, siaran Tv dijadikan santapan keluarga dan para tetamu sekalian.Ingatlah sebulan telah kita beramal dan hancurnya amalan itu disatu Syawal.....adakah itu yang kita semua inginkan??....

ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR...WALILLAH ILHAMD....
Dikesempatan ini saya juga ingin mengingatkan dan meyatakan bahawa bukan pemimpin sahaja yang boleh buat perutusan... kita sebagai khalifah dan manusia dimukabumi adalah dipertanggungjawabkan akan apa yang kita buat.Kepada semua rakyat Malaysia berhati-hati dijalan raya semoga selamat sampai ke destinasi dan sebarkan maklumat terkini akitiviti Pakatan Rakyat kepada sanak saudara anda.

Dengan kalimah Allah saya mewakili " PRESIDEN RTPJ" dan blogger-blogger harapan PR memohon ampun serta kemaafan atas segala ketelanjuran dalam pertuturan...perdebatan...perhujahan..perbincangan dan apa juga yang telah menguris serta menyakiti perasaan anda tanpa mengira pangkat,agama,bangsa dan kaum.
~T.Presiden RTPJ@jaksa kotaraja/hanafiah husin

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....
                          MINAL IAZIL WALFAIZZIN...KULLU AMMIN WAANTUM BILKHOIR....



Khamis, 9 Ogos 2012

2012 hilangnya seri ramadhan kerana politik...???


....BULAN PUASA INI HILANGLAH SERI BUAH KURMA MENJADI KUMOH....HILANGLAH SERI BUBOR LAMBOK MENJADI BUBOR LAMBAK...HILANGLAH SERI BERBUKA PUASA MENJADI BUKAK KUASA...

Bila muncul saja bulan ramadhan,maka akan sibuklah sipemolitikus dan wakil rakyatnya tak kurang penyelaras dun atau parlimen.Mereka sibuk untuk menyusun program untuk bulan puasa....tak kira bangsa atua agama apapun....''mereka sibuk mengatur persiapan program kerakyatan kunonnya untuk meraih sokongan parti politik masing-masing.

Antara program yang dianjurkan ialah penyampaian beras/makanan untuk berpuasa,penyampaian  duit raya,mengedar buah kurma,mengedar bubor lambok dan lain-lain lagi.....Mereka turun ke pasar,bazar,rumah kedai dan ditepi jalan untuk memberi ''rasuah buah tangan''.......memang tak kena tempat betul..!!!...kalau dasar politik memang dah begitu???

Maka bila program ini disusun, maka bendera parti politik masing-masing akan berkibar.... seakan ada ''kematian orang besar politik.....tak kira parti apapun(tidak termasuk parti taperware)....maka dijalanan ,persimpangan dan dilampu isyarat..maka berteritiplah bendera parti masing-masing.Pelik betul poltik masa kini...macam nak PRU...

Apa yang nak jaksa katakan disini.....ADAKAH ANDA SEDAR RAKYAT DIHIDANGKAN OLEH RASUAH POLITIK DALAM BULAN PUASA INI TANPA DISEDARI..??
Dalam setiap program tersebut pasti di sebut akan kebaikan pemerintahan sesuatu negeri/negara atau kawasan.... Masing -masing mengambil kesempatan untuk melobi parti masing-masing.Tak kurang juga ada (stiker)tampalan kertas pada setiap sumbangan..kurma,bubor,beras dan lain-lain...''tertera ikhlas dari''
Jadi kini,rasuah makanan menjadi popular pada bulan puasa ini.Wang/dana rakyat digunakan untuk melobi parti masing-masing.Yang rakyat pula mengharap/menyokong suapan dari pemimpin.....apa nak jadi..??? 

Gambar pula akan menghiasai facebook,twitter,blog,web,tumblr dan lain-lain lagi....siap ada posing pemimpin,tek'kong dan penyokongnya....inilah lumrah kerpura-kuraan dalam hidup politik....MAKA ADAKAH SETUJU JIKA ....
BULAN PUASA INI ...........
....HILANGLAH SERI BUAH KURMA MENJADI KUMOH..
....HILANGLAH SERI BUBOR LAMBOK MENJADI BUBOR LAMBAK...(RESEPI HANCUR,JAJNJI ADA NAMA??)
....HILANGLAH SERI BERBUKA PUASA MENJADI BUKAK KUASA...

@Syabas dan taniah buat pemimpin yang mengenepikan agenda politik dalam membuat sumbangan atau program....bukan semuanya pemimpin yang tidak ikhlas....pada yang kita lihat ikhlas itu, tahniah kita ucapkan....
@SETINGGI PENGHARGAAN PEMIMPIN YANG IKHLAS DALAM MEMERIAHKAN SUASANA BULAN PUASA


Jumaat, 15 Jun 2012

RUKUN NEGARA MENGIKUT RASA PEMIMPIN....


BUAT IMBASAN LALU... MENGENAI APA YANG DIPERJUANGKAN OLEH UMNO, TENTANG ''MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN INSTITUSI BERAJA...''.....INI JUGA BUAT RENUNGAN ''JATI'' YANG ''KUNONNYA'' BERJUANG ATAS JENAMA INI.... sesungguhnya ada kamu tahu???......

Penyampai: DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD


Tajuk:SEMASA PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993

Lokasi:DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Tarikh:08-03-1993

Tuan Yang di-Pertua, Saya telah menjelaskan dengan panjang lebar pada 18 Januari 1993 mengenai tujuan Kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan apa yang dianggap sebagai kekebalan atau immunity Raja-Raja, iaitu mereka tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa untuk orang ramai kerana melakukan apa-apa kesalahan. Pindaan ini dibuat kerana difikirkan pengecualian Raja-Raja daripada tindakan undang- undang sudah tidak sesuai lagi dengan aliran zaman. Dengan pindaan ini adalah dipercayai perasaan marah kepada Raja atau Sistem Beraja dapat dielakkan kerana rakyat akan dilindungi oleh undang-undang daripada dianiaya oleh Raja dan dengan itu adalah dipercayai dan diharap Raja tidak akan melakukannya. Dengan pindaan ini, perhubungan di antara Raja dengan rakyat akan menjadi lebih teratur dengan kedua- kedua pihak mempunyai hak-hak tertentu di bawah undang- undang yang jelas dan bukan lagi hanya ditentukan oleh adat yang mudah disalaherti dan disalahtafsirkan. Rakyat tidak lagi akan marah kepada Raja kerana apa yang dilakukan oleh Raja adalah terhad kepada peruntukan di bawah undang-undang. Sebaliknya jika rakyat melakukan sesuatu kesalahan terhadap Raja, maka yang akan menentukan hukum ialah pengadil atau hakim dalam Mahkamah Khas yang akan menguatkuasakan undang- undang biasa.



2. Setelah dibahas, Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 telah diluluskan mengikut peruntukan Perlembagaan dengan lebih daripada dua pertiga majoriti oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Menurut prosedur, Rang Undang-undang ini telah dihantarkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.



3. Setelah menerimanya Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan mempunyai dua pilihan, iaitu:

* Baginda memberi perkenan kepada Rang Undang-Undang tersebut dalam tempoh 30 hari; atau

* Baginda memulangkan balik kepada Parlimen dengan menyatakan mengapa Rang Undang-Undang tersebut tidak diperkenankan untuk dipertimbangkan semula atau diubahsuaikan oleh Parlimen.



4. Kini Yang di-Pertuan Agong telah mengembalikan Rang Undang-Undang tersebut dengan cadangan beberapa pengubahsuaian untuk dipertimbangkan semula oleh Parlimen.Jika Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang ini, sama ada dengan pengubahsuaian atau tidak, ia akan dikembalikan kepada Yang di-Pertuan Agong. Jika Yang di-Pertuan Agong memperkenankannya maka ia akan menjadi sebahagian daripada undang-undang yang sah. Jika tidak diperkenankan ia akan menjadi sah selepas genap 30 hari.



5. Pengubahsuaian yang dibuat terhadap Rang Undang-Undang berkenaan adalah hasil daripada beberapa perbincangan di antara pihak Kerajaan dengan pihak Raja-Raja.Pengubahsuaian ini disyorkan demi memperkemaskan undang- undang berkenaan dan menjaga kehormatan Raja-Raja.



6. Pengubahsuaian ini tidak menjejaskan tujuan utama Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) l993 yang diluluskan oleh Parlimen, iaitu menentukan Raja boleh didakwa di bawah undang-undang negara. Perbezaannya ialah Raja-Raja akan dihadapkan ke Mahkamah Khas sahaja.Peruntukan asal dalam Perlembagaan bahawa Raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa dikekalkan.



7. Penyesuaian ini memerlukan dua perkara yang baru ditambah kepada Rang Undang-Undang berkenaan. Perkara yang pertama ialah mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Agong atau kedudukan Raja sekiranya Baginda atau Raja menghadapi tindakan undang-undang. Yang di-Pertuan Agong hendaklah berhenti menjalankan fungsinya sebagai Agong apabila menghadapi tindakan undang-undang. Begitu juga dengan Raja- Raja Negeri. Sekiranya Raja menghadapi tindakan undang- undang, Raja hendaklah berhenti menjalankan fungsi Baginda dan jika didapati bersalah dan dihukum penjara lebih daripada satu hari akan diturunkan takhta melainkan jika Baginda diampun. Dalam tempoh Raja berhenti menjalankan fungsi-fungsi Raja, seorang Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja akan dilantik mengikut Perlembagaan Negeri untuk menjalankan fungsi Raja negeri berkenaan. Bagi membolehkan fungsi-fungsi Raja itu dijalankan oleh seorang Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja, Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda. Penyesuaian ini, saya percaya, disyorkan oleh Raja-Raja kerana tentulah aneh dan tidak dapat diterima oleh masyarakat dan juga oleh Raja- Raja jika seorang Raja yang dihadapkan ke Mahkamah Khas ini terus menjalankan tugasnya sebagai Raja atau ianya masih terus menjadi Raja setelah dihukum oleh mahkamah dan menjalani hukuman.



8. Mengikut peruntukan Perkara 71 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri mesti mengandungi peruntukan-peruntukan yang dinyatakan di dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan. Maka selaras dengan pindaan-pindaan yang diperbuat kepada Jadual Kelapan itu Kerajaan Negeri juga perlu mengambil tindakan untuk meminda Perlembagaan Negeri masing-masing supaya Perlembagaan Negeri juga selaras dengan peruntukan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.



9. Adalah diharapkan Kerajaan-Kerajaan Negeri akan menghormati keputusan Raja-Raja dan Perlembagaan Persekutuan dengan membuat pindaan tersebut.



10. Sekiranya Perlembagaan Negeri tidak juga dipinda supaya peruntukan Perlembagaan Negeri sejajar dengan pindaan yang dibuat kepada Jadual Kelapan itu, maka mengikut kuasa yang diberi di bawah Perkara 71 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan, satu undang-undang boleh dibuat di peringkat Persekutuan untuk memastikan bahawa peruntukan-peruntukan di dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan itu dapat juga dikuatkuasakan di dalam negeri-negeri. Dengan demikian kita berharap pindaan-pindaan yang dimaksudkan itu akan dilaksanakan oleh semua Kerajaan Negeri.



11. Pindaan yang kedua ialah sebarang tindakan ke atas Raja-Raja tidak boleh diambil tanpa persetujuan Peguam Negara. Ini adalah bagi menjamin Raja-Raja tidak diheret ke mahkamah oleh pihak-pihak yang hendak memalukan Raja-Raja atas sebab-sebab yang tidak berasas.



Tuan Yang di-Pertua,



12. Kerajaan menyokong Rang Undang-Undang pindaan yang disyorkan dan dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja ini kerana ianya selaras dengan pindaan asal. Pindaan ini adalah untuk kebaikan rakyat, Raja-Raja dan Kerajaan. Ianya memberi keadilan kepada semua pihak dan sesuai dengan pentadbiran negara masakini serta selaras dengan pemikiran di zaman ini berkenaan dengan Sistem Beraja.



13. Persetujuan Raja-Raja kepada pindaan Rang Undang-Undang ini adalah baik untuk masa depan Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen negara ini.



14. Kerajaan menyanjung tinggi kebijaksanaan Raja-Raja kerana bersetuju dengan pindaan Perlembagaan dengan pengubahsuaian ini.



15. Dengan lulusnya pindaan kepada Rang Undang-Undang ini kelak oleh Parlimen dan diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kita yakin semua pihak akan dapat menumpukan perhatian dan usaha-usaha ke arah pembangunan dan kemajuan negara tanpa gangguan lagi.



Tuan Yang di-Pertua,



16. Perbincangan berkenaan pindaan kepada Perlembagaan untuk memberi perlindungan undang-undang kepada rakyat daripada sebarang tekanan atau penganiayaan oleh Raja telah mengambil masa yang agak panjang. Kadang-kadang kita dengar kritikan bahawa serangan terhadap Raja, tingkah-laku dan cara hidup mereka adalah keterlaluan.



17. Sayugia diingatkan bahawa sehingga tahun 1990 tidak ada sesiapa yang mengkritik atau menegur Raja secara terbuka.Ini mungkin kerana adat resam orang Melayu atau kerana takut melanggar Akta Hasutan.



18. Tetapi selepas Pilihanraya Umum 1990 perasaan marah kepada Raja Kelantan telah meluap kerana Baginda telah secara aktif dan terbuka berkempen bagi pihak parti bapa saudaranya. Rakyat tidak dapat menerima bukan sahaja perbuatan membelakangkan larangan berpolitik oleh Raja, tetapi juga percubaan untuk menaikkan keluarga sendiri ke jawatan tinggi -- satu jenis nepotisma yang amat berbau feudal dan anti demokrasi.



19. Semenjak itu rakyat mula mengkritik Raja secara terbuka. Mereka tidak berasa segan-silu lagi. Apa yang telah dilakukan oleh Raja Kelantan ialah membuka, dengan izin Tuan Yang di-Pertua `a can of worms`. Malangnya bau busuk yang keluar terlekat juga kepada Raja-Raja lain. Bak kata pepatah Melayu kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit juga.



20. Kerana Raja Kelantan, adat resam dan ketakutan rakyat kepada undang-undang telah hilang. Maka apabila berlaku peristiwa Gomez, rakyat membuat teguran dan kritikan terhadap Raja-Raja dengan begitu lantang. Kerajaan yang dipilih oleh rakyat yang percaya kepada kedaulatan undang- undang tidak dapat berdiam diri. Untuk memberi perlindungan kepada rakyat maka pindaan telah dibuat kepada Perlembagaan seperti dalam Akta yang dibahaskan oleh Dewan ini pada 18 dan 19 Januari 1993.



Tuan Yang di-Pertua,



21. Sepatutnya Raja Kelantan sedar dan insaf akan hasil dan kesan penglibatannya dalam politik parti keluarganya.Tetapi nampaknya Raja Kelantan tidak sedar dan tidak insaf.



22. Dalam usahanya untuk menolak pindaan yang telah dipersetujui oleh Raja-Raja, Raja Kelantan telah antara lain mendakwa bahawa persidangan Dewan yang mulia ini semasa membahaskan Pindaan Perlembagaan pada 18 Januari 1993 adalah tidak sah. Raja Kelantan mendakwa pula bahawa persidangan ini pun tidak sah.



Tuan Yang di-Pertua,



23. Saya khuatir Raja Kelantan mungkin telah sekali lagi membuka, dengan izin, satu lagi `can of worms`. Apabila dakwaan dibuat oleh satu pihak terhadap pihak yang lain, pihak yang lain juga boleh melempar dakwaan yang sama.



24. Jika Dewan Yang Mulia ini didakwa tidak sah oleh Raja Kelantan, Dewan ini juga boleh mendakwa, dengan sebab-sebab yang berasas, bahawa mungkin perlantikan dan penabalan Raja Kelantan sekarang sebagai Sultan Negeri Kelantan tidak sah. Mungkin ada orang lain yang lebih berhak.



25. Jika dakwaan-dakwaan seperti ini mula dibuat, mungkin ia akan merebak dan berpanjangan dan lumpur akan terpalit pula kepada tubuh badan orang lain.



26. Kita tidak ada niat jahat terhadap Raja Kelantan.Tetapi gerak-geri Raja Kelantan dalam isu pindaan Perlembagaan ini amatlah tidak menyenangkan. Bukan sahaja Kerajaan Pusat tidak dihormati, tetapi Raja-Raja lain juga tidak dihormati.



27. Jika setelah bermesyuarat secara teratur, Majlis Raja- Raja tidak memegang kepada keputusan yang dibuat, siapakah yang akan menghormati mesyuarat Majlis Raja-Raja, atau Majlis itu atau Raja-Raja? Saya tidak ingin meramalkan kesan yang akan menyusuli kehilangan kepercayaan dan kehormatan kepada Majlis Raja-Raja dan institusi Raja kerana perbuatan Raja Kelantan.



Tuan Yang Di-Pertua,



28. Saya ingin sekali lagi menegaskan bahawa Raja tidak pernah mengatasi undang-undang. Negara kita dibentuk mengikut satu Perlembagaan yang bertulis. Kita semua memegang jawatan masing-masing mengikut peruntukan ini, termasuklah Raja-Raja. Perlembagaan atau undang-undang tubuh atau undang-undang asas negara adalah undang-undang yang menentukan adanya Raja, adanya Yang di-Pertuan Agong, adanya Majlis Raja-Raja, adanya Jemaah Menteri dan sebagainya. Institusi-institusi ini dari awal lagi tidak wujud dengan sendirinya tetapi adalah hasil perjanjian di antara rakyat dengan pihak yang dipertuankan, hasil daripada satu kontrak sosial yang contohnya ialah perjanjian di antara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba Trimurti Tribuana.



29. Apabila kita menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957, Raja-Raja telah secara rasmi menandatangani perjanjian Federation of Malaya dan menerima undang-undang asas, iaitu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menentukan kedudukan, tempat dan peranan masing-masing.Penerimaan undang-undang ini bermakna semua pihak meletakkan diri mereka di bawah undang-undang. Soal Raja-Raja mengatasi undang-undang tidak wujud dan tidak pernah ada.



30. Hanya yang ada ialah Raja-Raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah-mahkamah yang pada ketika itu diwujudkan oleh Perlembagaan. Tidak boleh dihadapkan ke mahkamah tidak bermakna dikecualikan daripada peruntukan undang-undang negara ini. Bahkan tidak boleh dihadapkan ke mahkamah juga merupakan satu undang-undang, dan di bawah undang-undang inilah maka Raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah. Jika ini dianggap satu keistimewaan Raja-Raja, maka keistimewaan ini masih kekal dengan pindaan yang disyorkan oleh Majlis Raja-Raja.



31. Sekarang ini diperuntukkan satu badan khas untuk membicarakan Raja-Raja yang melakukan kesalahan di bawah undang-undang negara. Mahkamah Khas yang ditubuhkan ini bukan untuk rakyat tetapi untuk Raja. Ini tidak melucutkan keistimewaan Raja daripada segi tidak boleh didakwa di mahkamah biasa, tetapi menambah keistimewaan itu dengan mewujudkan satu mahkamah yang khas bagi Raja.



32. Bagi rakyat, yang penting ialah mereka mendapat perlindungan undang-undang daripada sebarang penyalahgunaan kedudukan yang dilakukan oleh Raja. Bagi Raja, keistimewaan mereka dikekalkan. Bagi negara, konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen mendapat makna yang lebih tepat dan jelas.



Tuan Yang di-Pertua



33. Ada pihak yang cuba menggambarkan persetujuan Raja-Raja ini sebagai hasil daripada tekanan ala-Mac Michael. Pihak ini berasa kecewa kerana segala usaha dan nasihat mereka yang tidak baik tidak berhasil. Mereka ingin menggunakan isu ini sebagai isu politik. Mereka tidak sama sekali memikirkan tentang kepentingan rakyat yang perlu dilindungi daripada tindakan-tindakan yang salah oleh Raja. Saya yakin mereka akan menyebarkan dakwaan mereka kononnya Kerajaan ini bertindak seperti Mac Michael dengan membuat tekanan ke atas Raja sehingga mereka bersetuju. Kita berpendapat bahawa persetujuan ini adalah suatu kebaikan. Sama ada ia diperlukan oleh undang-undang ataupun tidak, terpulanglah kepada mahkamah untuk menentukannya.



34. Saya harap mereka ini yang kecewa dalam politik, yang tidak ada tempat dalam politik negara akan berhenti daripada usaha yang tidak berfaedah ini dan sebaliknya bekerjasama dengan Kerajaan untuk membangunkan negara ini. Kalau sudah tidak laku, saya rasa tidak usahlah kita menjual lagi diri kita. Mereka ini takut hendak berhadapan dengan Parlimen apabila melihat mereka akan kalah. Sebab itu mereka tidak hadir pada kali ini. Dulu mereka hadir, tetapi kemudian telah keluar daripada Dewan. Tindakan mereka adalah cara orang pengecut, yang tahu akan kalah. Kita sepatutnya berani menghadapi lawan, dan kalau kalah, menerimanya. Dalam politik, kita tidak selalu boleh menang. Kalau semua orang selalu menang, tentulah susah. Dalam politik, bagaimana kita hendak membentuk Kerajaan jika kalau yang kalah pun menang, dan yang menang, menang?



35. Jadi saya harap mereka yang ingin terus dalam politik menerima hakikat bahawa kadangkala kita menang dan kadangkala kita kalah. Ini, bila menang, terima keputusan tetapi bila kalah enggan terima keputusan. Inilah yang menjadi masalah kepada kita.



36. Oleh kerana sebab-sebab ini saya menyokong pindaan yang disyorkan oleh Yang di-Pertuan Agong yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja kepada Akta meminda Perlembagaan Persekutuan yang telah diluluskan oleh Dewan ini pada 19 Januari 1993.

Khamis, 14 Jun 2012

nescaffe,keria dan ubi ketok...DEBAT SEPETANG DENGAN PENYELARAS PELABUHAN KLANG




PETANG TADI MASA NAK PULANG SELEPAS HABIS MEETING DI HOTEL C.CROWN KLANG,AKU DIKENALKAN OLEH Tan Duk Hiro dan presiden PKMK Klang(ayahanda Rahim) kepada seorang UMNO yang bernama Dato' Mazlynoor Abd Latif..bersama dua rakannya...ini berlaku semasa kami hendak keluar dari lobi hotel dan kami diajak minum oleh beliau...aku pesan segelas nescaffe panas...
.......aku sahaja seorang orang PR,yg lain ''UMNORIAN''....aku tak kisah pun.....punya nak jadi cerita....terpacullah kisah politik....apa lagi dah tentu misi nak tumbangkan pr....aku dok diam jer sambil cuba nak buka fb dan twitter.....majal'' pulak masa tu coverage takde dan wifi pulak ntah ada problem...macam tau je...tension betul,akibatnya kuih keria dan ubi ketok jadi mangsa aku....sebiji keria dan sebiji ubi ketok aku ''bek''...


Macam-macam perkara yang mereka hentam pr kepada dato....mereka seolah-olah memang tengah syok bedal pr....aku masih mengukir senyuman dan yang benar tetap aku akui....yang salah aku simpan dulu .....tunggu time ler katakan....apa pun aku menjadi pendengar yang baik buat mereka .....


Masa syok mereka bual aku mintak ''koma'' sikit bak kata Yob Tualang Sekah ...(pinjam kejap unggkapan yob)sambil aku teguk sikit air nescaffe yang dah jadi suam dek pasal aircond ...terkejut jugak rakan aku....maka jadilah satu perdebatan persaudaraan yang cukup baik antara aku(jaksa kotaraja) dengan Dato'Mazlynoor hanya isu BRIM dan PTPTN menjadi isu menarik........yang menariknya,bila ''persoalan'' aku dijawab oleh beliau,aku kata...''cantik dan tepat persoalan dato'' yg lain terpingga...dato' hanya senyum je....


Ada pulak yang bersuara ''apa awak cakap nie..''aku buat ''dek'' sambil 'bek' sebiji lagi keria yang bakal sejuk....dato masih tersenyum dan menenangkan keadaan.....panas mereka.....biasa ler ''jaksa'' memang pandai buat provokasi......aku terangkan pada mereka...'' kalau aku kata cantik dan tepat maka hilanglah perdebatan kerana jawapan dato adalah bagi aku suatu persoalan yang perlu dijawab semula..... ''baru mereka ketawa dan mengiyakan aku......sambil aku teguk lagi nescaffe yang dah jadi sejuk sebelum aku sambung berhujah...


dekat rm150 jugak kos minum petang tu....semua terkejut..!!!


Pada hemat jaksa kotaraja, dato nie bijak orangnya....pasal @masa aku bercakap dia mendengar dengan teliti....@beliau menegur rakannya yang potong cakap aku masa aku bercakap...@beliau berfikir dahulu sebelum bercakap @beliau tidak beremosi ...@beliau terima kritikan serta akui yang benar....
  JADI MEMANG ADA POTENSI.......




Jadi kesimpulannya......
@Adakah pemimpin begini akan diterima dalam UMNO..??
@Bolehkan pemimpin ini diterima oleh masyarakat..??
@Bagaimana perangainya pula jika jadi pemimpin...??


Oleh yang demikian janganlah biarkan umno membelenggui dan menyelubungi hidup anda....jika anda ada sebarang komen dan fakta yang menarik sila kongsikan bersama.....hantarkan komen dan fakta anda didalam ruangan yang disediakan.....
~jaksa kotaraja

Jumaat, 11 Mei 2012

MEDIA MASSA PERLU KESEIMBANGAN BAGI TATAPAN MASYARAKAT



MEDIA DILEMA KERANA SEOLAH-OLAH MEDIA KINI DIPANDANG SEBAGAI DUA ALAM OLEH PEMIMPIN ATAU KEPALA -KEPALA POLITIK...DAN SEHARUSNYA SEBAGAI SEORANG PETUGAS ATAU PENGAMAL MEDIA PERLU BIJAK UNTUK HIDUP DUA ALAM....UNTUK ITU, PENULIS,PENGKRITIK PERLU BIJAK MEMANCING PENGUNJUNG ATAU PEMBACA

JIKA DILHAT SEMUA PARTI/PEMIMPIN  MERASAKAN SELESA BILA IANYA DIPUJI ATAU DISANJUNG.PALING PELIK APABILA IANYA DIKRITIK,MAKA MELENTINGLAH DIA BAK SI PELANDUK YANG TERPERANJAT SEOLAH-OLAH MACAM TERLEPAS DARI PERANGKAP SENDIRI....PEMIMPIN/PARTI POLITIK SANGGUP MEMECAT ATAU MENGAMBIL TINDAKAN PERUNDANGAN TERHADAP PENYEBAR MEDIA YANG TERBABIT..

SEPATUTNYA PEMIMPIN/PEMOLITIK/PARTI PERLULAH BERFIKIR SECARA RASIONAL TENTANG APA YANG DIKRITIK.....JADIKANLAH KRITIK ITU SEBAGAI ''PANADOL'' /PENAWAR BAGI MERAWAT PENYAKIT YANG MEREKA SENDIRI TIDAK SEDAR ATAU KETAHUI....BARU PEMIMPIN /PARTI BOLEH MATANG LAGI DALAM SOAL KARIER MEREKA...

SIFAT ORANG POLITIK PULA TIDAK SUKA DIKRITIK,SEBAIKNYA MEREKA LEBIH GEMAR KEPADA SANJUNGAN/AMPU TIDAK KIRA SAMA ADA PR ATAU BN. KEMOROSOTAN PENJUALAN SEMUA AKHBAR ADALAH AKIBAT SEKATAN YANG DIKENAKAN KEATAS MEDIA TERSEBAUT WALAUPUN DASARNYA MEDIA TERSEBUT MENYOKONG PARTI ATAU ORGANASASI TERSEBUT....

KINI SEOLAH -OLAH PEMPIMPIN/PARTI SEAKAN KEANAK-ANAKAN YANG MASIH ''KETAGIHAN PUTING '' ATAU KETAGIHAN PUTING SUSU BOTOL YANG TELAH KOSONG YANG HANYA MENGEMBUNGKAN PERUT SAHAJA(SAKIT).

~jadi  jadilah pemikir yang baik serta penilai yang bijak...

MEDIA MELANGGAR PERUNDANGAN RUKUN NEGARA...KONVENSYEN AKSES MEDIA,ADIL& BEBAS


SEDARKAH KINI ANDA SEMUA BAHAWA APABILA MEDIA MASSA DAN MEDIA BARU YANG MENYIARKAN ARTIKEL PORNOGRAFI ,MAKA SEBENARNYA IANYA TELAHPUN MELANGGAR PERADABAN RUKUN NEGARA DALAM SISTEM PERUNDANGAN RUKUN NEGARA.....''SEWAJIBNYA'' IANYA PERLULAH PERLULAH MENJADIKAN MEDIA ADALAH SEBAGAI SATU ''AL RISALAH'' YANG MAMBAWA MAKNA KOMUNIKASI AUDIO VIDEO Y MENJADI PENDOMAN ATAU RUJUKAN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN INFORMASI, YANG INGINKAN SESUATU PENGETAHUAN YANG TERKINI MENGIKUT LANDASAN PERADABAN MANUSIA MELALUI PROSES PERADABAN RUKUN NEGARA YANG KE-5 IAITU KESOPANAN DAN KESUSILAAN....

APABILA KINI KEBEBASAN MEDIA ARUS PERDANA/TERDIOSIONAL TIDAK DIKAWAL....  MAKA KINI TIMBULLAH FENOMENA PORNOGRAFI SEOLAH-OLAH ADALAH BERLANDASKAN ''KESOPANAN'' DALAM SISTEM RUKUN NEGARA.....ADAKAH ANDA SETUJU????

JIKA DILIHAT, APAKAH KEBENARAN MEDIA BOLEH MENYIARKAN PORNOGRAFI SECARA ''HALALAN TOIYIBA..''ADAKAH IANYA MENEPATI TATAPAN UNTUK BERBILANG BANGSA SERTA SESUAI UNTUK SEMUA LAPISAN MASYARAKAT....

MEDIA HARUSLAH MEMBUDAYAKAN MASYARAKAT MEMBENTUK SATU MASYARAKAT BERDAYA MAJU DAN BERFIKIRAN TERBUKA DALAM MENCORAK KEHIDUPAN NEGARA...
~tika ini jaksa dan yob masih lagi dalam konvensyen ....masih ada coretan yang lebih sensasi akan di paparkan


Isnin, 30 April 2012

BERSIH 3.0 DICABULI DAN DIPERKOSAKAN ATURCARANYA.....PENDEMONTRANS TERTIPU...???

28 APRIL 12 MENJADI SAKSI  PERISTIWA BERSIH YANG DILANCARKAN...... RUPA-RUPANYA ADA AGENDA YANG TERSEMBUNYI....JANGKAAN JAKSA KOTARAJA TEPAT DIATAS BLOG YANG TERDAHULUNYA. BLOG LALU MENGOLAHKAN BAHAWA SESEORANG INDIVIDU ADA MELETAKKAN AGENDA PERIBADI BAGI MEROSAKKAN PERANCANGAN YANG DIBUAT OLEH PENGANJUR BERSIH.....
JAKSA,YOB,LYNA  DAN LAIN-LAIN RAKAN KAMI BERADA DILOKASI YANG TELAH DITETAPKAN OLEH BERSIH......SEMUANYA BERJALAN AMAN, SEHINGGA ADA SUARA YANG MENGARAHKAN SEMUA PESERTA BERSIH MEREMPUH KAWAT DURI UNTUK MASUK KE DATARAN MERDEKA.....

ADAKAH IANYA SUARA KEBENARAN DARI ''NAJIB'' SENDIRI YANG MENGARAHKANNYA SUPAYA PENDEMONSTRAN MEREMPUH ''MASUK KE DATARAN MERDEKA.......korang tengok dulu video nie dan lepas tu baru sambung baca aa....

    


dah tahu siapa kan punya kerja ...AKIBATNYA UNIT AMAL PAS DIPERSALAHKAN KERANA MEREMPUH PAGAR BERDURI....... semua tahu dan lihat unit amal yang rempuh dahulu ?? ye ker...arahan siapa ?? dari pemimpin yang mana ??NIK AZIZ KOT... YANG SURUH??? TAK MUNGKIN!!!





lihat lagi video nie ...SIAPA ENGKAR BERSIH !!!

JIKA DILIHAT, SEMUA PENDEMONSTRAN MENGIKUT ARAHAN PERHIMPUNAN BERSIH..

SURUH DATANG.....KAMI DATANG ,.......SURUH SOKONG BERSIH ,KAMI SOKONG ...


SURUH DUDUK ...KAMI DUDUK...SURUH BANTAH, KAMI BANTAH...


SURUH SORAK KAMI SORAK ........SURH BERKUMPUL ,KAMI BERKUMPUL...

APA NAK LAGI NIE........DALAM ATURCARA BERSIH 3.0'' TIDAK ADA PUN YANG TERTULIS SURUH KAMI MEREMPUH KE DATARAN MERDEKA....''TULISAN KECIL'' MACAM SYARAT PERJANJIAN  PEMBELIAN PUN TAK ADA....BELAKANG BANNER/ATAU PAMPLET PUN TAK ADA TULIS SURUH KITA REMPUH ....

APA NIE....DAH GILA KE.......DAH NYAYOK NIE......ATAU MABUK BERSIH KOT..


KAMI PENYOKONG BERSIH RASA TERKILAN DAN LEBIH LAGI PEDIH SERTA SAKIT DIHATI DARI SAKIT DIBADAN AKIBAT ''SEMBURAN WANGIAN'' DARI PENGUASA AKIBAT TINDAKAN SERTA ARAHAN YANG BANGANG..... SAMPAI RAKAN JAKSA YOB TUALANG SEKAH>> https://www.facebook.com/Dr.Kamaruddin MEMBUAT RAWATAN DI SEBUAH HOSPITAL(PINGGANG/KAKI TERKEHEL) AKIBAT TERJUN KE TEBING SUNGAI KLANG AKIBAT MENYELAMATKAN DIRI DARI DITANGKAP DAN MENGELAKKAN TERHIDUNYA ''WANGIAN KERAJAAN''......JADI JAKSA TELAH MENGHANTAR YOB PULANG KEPANGKUAN KELUARGA.....DAN YANG BACA NIE KORANG RASA NAK PULANG KER KE PANGKAL JALAN...!!

JAKSA AKAN TERUS MENGKRITIK JIKA IANYA ADALAH FAKTA YANG BUKAN AUTA KERANA KINI ADALAH ZAMAN AUTO DAAA.....

JAKSA SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN RTPJ'' DAN PRESIDEN RTPJ SELANGOR''  TIDAK MAHU RAKYAT DIKELIRUKAN DALAM PEMIMPIN PUNYA AGENDA YANG PERIBADI....

''YANG SALAH JANGAN DISELINDUNGKAN''...................

WALAUPUN PAHIT IANYA ADALAH PENAWAR BUAT KALIAN .....WASSALAM
~JAKSA KOTARAJA





Sabtu, 28 April 2012

trajedi bersih 3.0


MAKLUMAN: 2 orang budak terpisah dari keluarga kini berada di Pejabat Agung PAS. Mohd Amir Mohd Razi (darjah 4) datang dengan emak terpisah di masjid, manakala Mohd Afis dari Rawang terpisah dengan abangnya, Mohd Izwan.

5:28 pm: Diberitakan seorang peserta Bersih meninggal dunia akibat dilanggar oleh kenderaan polis di hadapan Sogo.

4.56 pm: Sebuah kereta yang diparking di hadapan Dataran Maybank pecah cermin belakang akibat terkena peluru gas pemedih mata.

4.48 pm: Anggota FRU mula berkumpul di hadapan bangunan Maju Junction bagi menghalang orang ramai terus berhimpun di sepanjang Jalan TAR. Ketika ini ramai peserta berhimpun di persimpangan Jalan Sultan Ismail yang terhalang untuk bergerak ke tempat lain kerana stesen LRT ditutup.

4.35 pm: Pertama Kompleks - Peserta himpunan dipukul oleh pihak polis, dianggarkan lebih kurang 15 orang polis terlibat, sementara itu wartawan bernama ditendang pihak polis kerana mengambil gambar.

4.30 pm: Polis mula membuat tangkapan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman. Mereka mengkhususkan kepada mereka yang memakai baju berwarna kuning.

4.25 pm: Hampir 30 orang yg ditahan di Jalan Tunku Abdul Rahman sedang dikumpulkan dihadapan pintu masuk ke bangunan DBKL.

4.10 pm: Sebahagian kumpulan peserta yang terpecah kini berkumpul berhampiran stesen KTM Bandaraya.

4.05 pm: Lagi tembakan gas pemedih mata di Jalan Tunku Abdul Rahman di hadapan bangunan KWSP. 6 buah trak FRU termasuk water canon ditempatkan di sini.

3.59 pm: Berpuluh orang ditangkap. Ada peserta yang sesak nafas dan pengsan, dibawa dengan ambulan untuk rawatan.

Sebuah kenderaan pacuan empat roda milik DBKL pecah cermin belakang selepas terkena canister gas pemedih mata yang dilepaskan polis.

3.40 pm: Polis mula menyembur gas pemedih mata ke arah Puduraya.

Peserta himpunan dari Jalan Tun Perak lari bertempiaran ke Jalan Raja Chulan selepas ditembak FRU.

3.05 pm: Peserta yang tersekat di Jalan Tun Perak berpatah balik ke Dataran Maybank setelah FRU menembak gas pemedih mata.

3 pm: Loceng amaran FRU dibunyikan. Sebahagian orang ramai merempuh masuk ke Dataran. Water cannon sudah mula ditembak dan gas pemedih mata dilepaskan. Orang ramai berlari ke bangunan DBKL. Difahamkan ketika itu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru memulakan ucapan.

2.58 pm: Arahan bersurai kali kedua dikeluarkan pihak polis

2.30 pm: Para pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedang berucap di tengah-tengah jalan Tun Perak menghala ke Jalan Pudu di depan Wisma Permim. Sambil melaungkan "Hidup Rakyat".

2.24 pm: Peserta yang berkumpul di jalan berdekatan Dataran Merdeka melaungkan "We Want Dataran", diselangi laungan "Buka, buka, buka Dataran".

2.15 pm: Lokasi Dataran Maybank - Peserta perarakan Bersih berhenti di Dataran Maybank, menanti kumpulan perarakan yg lain. Jumlah peserta kini mencecah angka ratusan ribu.

2 pm: Para peserta Bersih dari CM sedang berarak menuju Dataran, bagaimanapun perarakan agak perlahan di depan Bangkok Bank kerana sekatan polis di hadapan BAR Council.

1.48 pm: Lokasi Masjid Negara - perarakan bermula dan peserta seramai 10 ribu orang.

1.45 pm: Karpal Singh dibenar melepasi sekatan pihak polis selepas perbincangan antara mereka.

Dua jenis senapang dilihat digunakan pihak polis. Senapang biasa untuk gas pemedih mata dan juga senapang peluru getah. Bagaimanapun polis masih belum melepaskan sebarang tembakan, hanya bersedia.

Seorang lelaki cuba menghadiahkan jambangan bunga kepada anggota polis yang sedang berbaris, tetapi tidak dilayan.

1.43 pm: Kumpulan peserta di Central Market mula bergerak ke Dataran sambil melaungkan "Bersih, bersih , bersih". Kumpulan ini bertambah ramai dengan kehadiran peserta dari Brickfields. Dianggarkan jumlah peserta kumpulan ini kira-kira 10 ribu orang.

1.37 pm: Lokasi Masjid Negara - Presiden PAS TG Abdul Hadi tiba di lokasi dan akan bersama-sama berarak ke Dataran.

1.34 pm: Peguam Karpal Singh yang berkerusi roda cuba memohon untuk melepasi sekatan pihak polis. Perbincangan sedang berlaku.

1.30 pm: Pesuruhjaya Suhakam, James Nayagam berpendapat perhimpunan hari ini berlangsung dengan aman. Beliau berharap semua pihak memberikan kerjasama selaras dengan semangat Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak rakyat untuk berkumpul dan berhimpun.

Suhakam meletakkan 15 orang wakilnya bagi memantau himpunan ini.
Unit Amal bersiap sedia untuk berarak dari Masjid Negara.

1.20 pm: Polis dalam keadaan bersedia melepaskan tembakan gas pemedih mata.

1.15 pm: Sebahagian besar masih tetap di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Tunku Abdul Rahman berhampiran Dataran.

1.05 pm: Lokasi Masjid Negara - pihak polis membuat sekatan ketat dilaluan menghala ke Dataran Merdeka dengan anggota melebihi 200 orang bagi tujuan menghalang kemaraan pemimpin PR dan peserta Bersih di Masjid Negara dianggar melebihi 10 ribu orang.

1.04 pm: Peserta di Dataran Merdeka mula berundur ke jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak berhampiran Masjid Jamek.

1.02 pm: Pasukan FRU bersedia melepaskan tembakan.

12.59 pm: Amaran bersurai diumumkan pihak polis.

12.55 pm: Pemimpin-pemimpin utama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa orang lagi memulakan ucapan semangat sementara menunggu masuknya waktu Zuhur di Masjid Negara.

12.52 pm: Lokasi KLCC - Polis mula menganas dengan menangkap 3 pemuda peserta himpunan sebaik sahaja semua peserta himpunan dari KLCC bergerak menuju Dataran Merdeka.

Mereka ditangkap, ditendang dan diheret ke dalam van polis. Peserta lain yang melihat kejadian mengecam tindakan ganas polis.

Antara peserta yang lihat kejadian berkata, "Sekiranya mengapa-apakan peserta yang ditangkap, PRU 13 kita tolak Umno. Najib tak layak jadi PM."

Tinjauan di tempat kejadian di KLCC. Didapati hampir 20 ribu mula bergerak ke dataran merdeka namun Jalan Pudu ditutup.

12.50 pm: Dataran - Pasukan polis sudah bersedia untuk lepaskan gas pemedih mata.

12.45 pm: Lebih 500 anggota polis dihat bergerak menuju ke persimpangan hadapan Bank rakyat. Mereka berkumpul di bawah jejantas berhampiran medan selera D' Tebing.
Pasukan LSF mula membuat sekatan di persimpangan jalan di hadapan medan selera D' Tebing. Di sini dipercayai laluan kumpulan dari Masjid Negara untuk bergabung dengan kumpulan Dataran Merdeka

Dianggarkan hampir 1,000 anggota LSF dan polis berhimpun menutup jalan di sini

12.40 pm: Wakil Juham, Abang Mohd Kerdee Abang Masagos berkata, pihak polis enggan berunding. Ketibaan peguam Juham disambut dengan sorakan peserta yang menunggu di Dataran.

12.37 pm: Trak water canon fru kini mula memasuki kawasan dataran merdeka. Dianggarkan lebih 20 buah.

Naib Presiden PAS mula bergerak dari Pejabat Agung Pas menuju ke Dataran Merdeka. Jumlah peserta di dataran merdeka kini dianggarkan mencecah 10,000 orang. Turut kedengaran laungan 'Duduk bantah, berdiri Umno'

12.35 pm: Kereta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat melalui Masjid Negara menuju ke Dataran Merdeka. Bagaimanapun masih belum diketahui beliau akan turun di mana.

12.31 pm: Peserta dari Sogo mula bergerak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman. Perarakan diketuai oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli sambil diiringin laungan kata-kata semangat.

Polis mula bergerak menghampiri Dataran Merdeka, dipercayai bagi menyekat kemaraan peserta.

12.30 pm: Pasukan Unit Amal mula mengawal ketat keselamatan pemimpin utama di Masjid Negara.

12.10 pm: Dataran - Peserta beramai-ramai melaungkan lagu negaraku.

12.08 pm: Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir tiba di perkarangan Masjid Negara.

12.06 pm: 16 belas trak FRU termasuk 1 trak water canon dilihat mula bergerak masuk dari jalan parlimen menuju ke Masjid Negara.

12.05 pm: Kumpulan dari KLCC tiba di hadapan kompleks Pertama. Kelihatan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Dr Hatta ramli dan Dr Syed Azman berada dalam kumpulan tersebut.

12.04 pm: Seorang peniaga di kompleks Pertama melahirkan rasa kesal dengan melaungkan kata-kata kekesalan terhadap peserta yang berkumpul. Pihak polis sebelum ini cuba mententeramkan beliau. Ramai peserta menganggap ia sebagai satu provokasi.

12.02 pm: Zunar yang baru tiba di perkarangan CM meminta semua peserta Bersih tunggu di situ sementara menunggu arahan daripada pimpinan Bersih. Menurut zunar para peserta akan bergerak ke Dataran Merdeka jam 1.30 petang.
Para peserta Bersih kelihatan bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk ke Dataran Merdeka. Ketika ini suasana di depan CM bertambah meriah dengan iringan sajak yang disampaika oleh salah seorang peserta bersih. Sebelum itu, para peserta turut menyanyikan lagu Negaraku.

12.00 pm: Lebih 5,000 berkumpul di perkarangan Masjid Negara. Sebahagiannya menyanyikan lagu Negaraku.

11.59 am: Kumpulan di Masjid negara melaungkan "Bangkit Melayu, Bangkit Cina, Bangkit India, Kita Sama, Sokong Bersih"

11.57 am: Hampir 1000 orang menghampiri Sogo sambil melaungkan takbir, reformasi dan pelbagai kata-kata semangat. Terdapat beberapa provokasi kecil, bagaimanapun tiada sebarang kekacauan berlaku.

11.55 am: Dianggarkan jumlah peserta di Dataran Merdeka kini mencecah 7,000 orang. Kumpulan dari Masjid Jamek turut bergabung di sini. Sepanjang jalan dari persimpangan Bank Rakyat ke stesen masjid jamek penuh dengan peserta.
Mereka kini mula memenuhi simpang Jalan Tunku Abdul Rahman pula.
11.52 am: 2 buah helikopter polis berlegar rendah di perkarangan masjid Negara.

11.50 am: Azmin Ali memberikan ucapan dihadapan ribuan peserta.

Lokasi Dataran - Alat yang didakwa LARD yg dipasang di tiang lampu isyarat jalan raja berhadapan mahkamah

11.46 am: Kira-kira 300 peserta dari Kajang berarak dari stesen KTM Kuala Lumpur ke Masjid Negara.

11.45 am: Kumpulan dari Masjid Jamek dipimpin Azmin Ali tiba di dataran dengan laungan reformasi.

11.42 am: Kumpulan dari Masjid Jamek kini mula beransur-ansur bergabung dengan kumpulan yang berkumpul di dataran merdeka.

11.40 am: Lebih 1,000 peserta Duduk Bantah berkumpul di perkarangan Masjid Negara sementara menunggu jam 2 petang.

11.37 am: Sebahagian peserta kini mula bergerak dari dataran ke masjid negara. Difahamkan pimpinan Bersih dan Pakatan Rakyat akan berada di sana.
Hampir 4,000 peserta sudah berada di sini memenuhi jalan bersebelahan dataran merdeka yang dipagar. Dianggarkan lebih separuh dari peserta di sini sedang bergerak ke masjid negara

11.35 am: Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam mengharap pihak berkuasa memberi ruang kepada peserta berhimpun secara aman sehingga selesai.
Perhimpunan aman dijamin perlembagaan. Kedua dua pihak sama ada pihak keselamatan mahupun peserta diharap bersabar dan menahan diri dari melakukan tindakan yang tidak wajar.
"Saya lihat semua peserta berhimpun secara aman, dan saya rasa tiada sebab untuk mana-mana pihak bertindak diluar batasan," katanya

11.32 am: Kira-kira lebih 2000 peserta Bersih memenuhi ruang letak kereta di depan Central Market (CM). Beberapa kedai di dalam CM ditutup bagaimanapun orang ramai boleh memasuki bagunan itu tetapi tidak di benarkan bersantai disitu.
Kelihatan beberapa anggota RELA mengawal pintu masuk CM. Kira-kira 200 orang anggota Unit Amal Malaysia sedang bersiap sedia untuk mengawal peserta himpunan, mereka kini berkumpul di astaka di hadapan CM.

Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga dan beberapa anggota Bersih turut berada bersama anggota unit amal.

11.30 am Kira-kira 4,000 orang berkumpul di pekarangan Masjid Negara dan stesen KTM Kuala Lumpur. Jumlah dilihat semakin bertambah.

11.25 am 9 trak polis dengan 6 daripadanya dipenuhi anggota tiba di Dataran Merdeka.

11.23 am: Dataran - Seorang pemuda menarik perhatian orang ramai apabila berjalan dihadapan barisan kawalan polis sambil menayangkan kertas bertulis 'Semoga Allah lembutkan hati abg polis'.

11.20 am: Lokasi SOGO - Timb Presiden PKR, Azmin Ali tiba dan bertemu dengan peserta Bersih.

11.12 am: PDRM akan guna LRAD = Long Range Acoustic Device, alat yg akan buat demonstran sakit telinga & hilang imbangan. Bawa earplug/kapas.

11.10 am: Polis terus berkawal di sekitar KLCC.

11.05 am: Jumlah yg tiba di dataran semakin bertambah. Laungan "Bersih, Bersih!, Reformasi, hidup rakyat" kedengaran sejak tadi. Sebahagian peserta ada yang duduk dan berehat sementara menunggu jam 2 petang.

Turut dilaungan 'kuning-kuning Najib pening' disamping beberapa ucapan bersemangat dikalangan peserta.

11 am: Dataran Merdeka: Lebih 2,000 peserta sudah berkumpul di sini. Ada yang bermalam dari malam tadi di sini.

10.57 am: Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS "Kita minta semua peserta bersih 3.0, disamping duduk bantah, boleh lah berbelanja RM10 seorang untuk menyemarakkan lagi himpunan pada hari ini."

10.54 am: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tiba di Masjid Negara diiringi dengan laungan "duduk"

10.50 am: Sekita Sogo - Laungan "reformasi" mula kedengaran dari kumpulan orang ramai yang dianggarkan seramai 200 orang di hadapan kompleks Pertama.

10.41 am: Meskipun kawasan Dataran Merdeka ditutup dan dikawal polis, peserta Duduk Bantah duduk santai di kawasan sekitar dengan berpakaian kuning. Laungan "reformasi" dan "bersih bersih" turut kedengaran. Lebih 500 orang di sini.
Peserta berehat menunggu detik 2 petang.
10.35 am: Lokasi Dataran Merdeka - dianggarkan melebihi 6 ribu orang berkumpul diatas jalan raya.

10.30 am: Lokasi Masjid India - peserta Bersih memenuhi sekitar masjid india dianggarkan mencecah 3 ribu orang.

10.22 am: Orang ramai beratur untuk membeli tiket di Stesen LRT Titiwangsa

10.20 am: Sekitar Sogo - Pihak polis memperkemas barisan bagi menghadapi sekumpulan peserta di hadapan premis KFC. Beberapa individu yang berjalan dalam kelompok kecil dimita kembali ke kompleks Pertama.

10 am: Pusat Membeli Belah Sogo mula membuka premis perniagaan, bagaimanapun pihak polis meletakkan pita yang dikenali 'tali merah' di kalangan pihak polis di hadapan pintu masuk Sogo. Hanya satu pintu di bahagian tepi kompleks Sogo dibuka.

9.57 am: Sekitar pasaraya Sogo - Sebuah helikopter kelihatan berlegar-legar di udara.

9.35 am: Di pusat membeli -belah Sogo, puluhan polis menghalang laluan masuk ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan mendirikan 'pagar manusia' yang terdiri daripada anggota polis.

Kelihatan sekumpulan orang yang dipercayai peserta himpunan Bersih 3.0 berkumpul di hadapan Kompleks Pertama. Bilangan mereka bertambah dari semasa ke semasa.

9.15am: Jalan Tun Razak sesak apabila polis trafik telah menutup susur jalan ke Tabung Haji menghala ke KLCC.

9.10am: Orang ramai mula tiba di stesen LRT KLCC dan kelihatan pihak polis berkawal.

9.05am: Trafik dari Kajang sehingga tol Sungai Besi berjalan lancar setakat ini. Tidak ada sebarang sekatan dibuat.

Bagaimanapun trafik mulai sesak di Lapangan Terbang Sungai Besi dan kelihatan tidak bergerak kerana beberapa jalan telah ditutup.

9 am: Laluan ke Kg Baru dari Jalan Semarak ditutup kepada semua pengguna jalan raya. Beberapa pengguna jalan raya dilihat turun dari kenderaan masing2 untuk berbincang dengan pihak polis. Semua kenderaan diarahkan melalui jalan Tun Razak.

Laporan lanjut menyusul.

Khamis, 26 April 2012

UPDATED!!!! TERKINI!!!.....WORLD OF BERSIH...........detail information 28/4/2012 / DUNIA BERSIH .......perisian penuh 28/4/2012


For those of you planning to GATHER and join our OTHER fellow Malaysians in the BERSIH 3.0 rally THIS Saturday 28th of April 2012...

REMEMBER...YOU ARE NOT ALONE!

Our fellow MALAYSIANS across the globe in 29 COUNTRIES in 72 Locations are ALSO marching WITH you!

The following are BERSIH 3.0 locations across the Globe:

29 Countries / 72 Locations

Last updated: 24 April 2012 8pm MYT.

MALAYSIA
-PLEASE STAY FOCUSED ON Dataran Merdeka, KUALA LUMPUR only.








SINGAPORE
1.Bersih 3.0 Singapore

HONG KONG
2. Bersih 3.0 Hong Kong 

JAPAN
3. Bersih 3.0 Osaka 
4. Bersih 3.0 & Himpunan Hijau Tokyo 

AUSTRIA
5. Bersih 3.0 Graz, Austria 

AUSTRALIA
6. Bersih 3.0 Brisbane, Australia 
7. Bersih 3.0 Canberra, Australia 
8. Bersih 3.0 Perth, Australia 
9. Bersih 3.0 Melbourne, Australia 
10. Bersih 3.0 Sydney, Australia 
11. Bersih 3.0 Adelaide, Australia 
12. Bersih 3.0 Hobart, Australia 

USA
13. Bersih 3.0 Houston, USA 
14. Bersih 3.0 Atlanta, USA
15. Bersih 3.0 Pittsburgh, USA 
16. Bersih 3.0 Minneapolis, USA 
17. Bersih 3.0 San Francisco, USA
18. Bersih 3.0 New York City, USA 
19. Bersih 3.0 Washington DC, USA 
20. Bersih 3.0 Los Angeles, USA 
21. Bersih 3.0 Boston, USA 
22. Bersih 3.0 Chicago, USA 
23. Bersih 3.0 Portland, USA 
24. Bersih 3.0 Columbus, USA 
25. Bersih 3.0 Wichita, Kansas, USA 
26. Bersih 3.0 Ames, Iowa, USA 

CANADA
27. Bersih 3.0 Toronto 
28. Bersih 3.0 Montreal 

NEW ZEALAND
29. Bersih 3.0 Auckland, NZ 
30. Bersih 3.0 Wellington, NZ 
31. Bersih 3.0 Motueka, NZ 
32. Bersih 3.0 Christchurch, NZ 

TAIWAN
33. Bersih 3.0 Taipei, Taiwan
34. Bersih 3.0 Tainan, Taiwan 
35. Bersih 3.0 Hualien, Taiwan 

UK
36. Bersih 3.0 London, UK 
37. Bersih 3.0 Edinburgh, Scotland 
38. Bersih 3.0 Newcastle, UK 
39. Bersih 3.0 Manchester, UK 
40. Bersih 3.0 Nottingham, UK 

IRELAND
41. Bersih 3.0 Dublin, Ireland 
42. Bersih 3.0 in Sligo, Ireland 

SWITZERLAND
43. Bersih 3.0 Zurich, Switzerland 
44. Bersih 3.0 Geneva, Switzerland 

SWEDEN
45. Bersih 3.0 Uppsala, Sweden 
46. Bersih 3.0 Mälmo, Sweden 

GERMANY

47. Bersih 3.0 Koeln/Bonn, Germany
48. Bersih 3.0 Berlin, Germany 

CHINA
49. Bersih 3.0 Shanghai, China 
50. Bersih 3.0 Beijing, China 
51. Bersih 3.0 Suzhou, China -

FRANCE
52. Bersih 3.0 Paris, France

THAILAND
53. Bersih 3.0 Bangkok, Thailand 

KOREA
54. Bersih 3.0 Seoul, Korea 
55. Bersih 3.0, Busan, Korea

FINLAND
56. Bersih 3.0 Helsinki, Finland 

RUSSIA
57. Bersih 3.0 Moscow, Russia 

JORDAN -
58. Bersih 3.0 Amman, Jordan
59. Bersih 3.0 Mafraq, Jordan
60. Bersih 3.0 Irbid, Jordan
61. Bersih 3.0 Mu’tah, Jordan

BANGLADESH

62. Bersih 3.0 Dhaka, Bangladesh 

NETHERLANDS

63. Bersih 3.0 The Hague, Netherlands 

INDONESIA

64. Bersih 3.0 Jakarta, Indonesia 
65. Bersih 3.0 Bali, Indonesia 

SOUTH AFRICA
66. Bersih 3.0 Cape Town, South Africa


INDIA
67. Bersih 3.0 Mumbai, India 

UNITED ARAB EMIRATES (UAE)
68. Bersih 3.0 Abu Dhabi, UAE 
69. Bersih 3.0 Dubai, UAE

SAUDI ARABIA

70. Bersih 3.0, Mecca, Saudi Arabia
71. Bersih 3.0, Medina, Saudi Arabia 

NEPAL
72. Malaysian mountaineer at Mount Everest






                         

MORE INFO.............>>>>










IF YOU ARE ARRESTED PLEASE CALL  >>>


SUARAM URGENT ARREST TEAM(MALAYSIA)
OFFICE NUMBER : 
03 - 77843525 DIANE

CENTRAL MARKET 
019 - 3043159 NALINI
018 - 3181179 SARAH

MASJID NEGARA
011 - 15542640 SYUKRI

JALAN SULTAN
012 - 218 7476 MAISARAH

MASJID INDIA
016 - 224 7255 ANDIKA

BRIEKFIELDS
013 - 384 5740 THEVA

KLCC
014 - 925 4010 HASBEE




kisah BERSIH lalu>>



http://jaksakotaraja.blogspot.com/2011/07/gula-jawa-penawar-bersih.html

http://jaksakotaraja.blogspot.com/2011/06/erti-sebuah-bersih-atau-dibersihkan.html


TERKINI>>>27/4/12



@ Masjid Negara : Diketuai Mursyidul Am PAS, Presiden PAS, Timbalan Pres PAS, DSAI, CM Lim Guan Eng.
@ KLCC : Kumpulan Green Peace (HIJAU 3.0) dan Ngo's
KL Sentral/ Jalan Sultan : Dato Husam Musa, Dato Abu Bakar Chik, Marina Chin.
@ Menara Maybank : YB Salehuddin Ayob, Suhaizan Kayat, Onn Jaafar.
@ Masjid India : Dato Mahfuz Omar, Tian Chua, AMK Keadilan.
@ Pasar Seni/ Central Market : Dato Ambiga, Sivarasa - hanya untuk Ngo's sahaja.
@ Jalan Brickfields : Nik Abduh, Arunaselvan, Sani Hamizan.

ROAD BLOCK!!!
1.Jln Kepong (In front of police station)
2.Selayang (near Warta Supermarket)
3.NKVE PLUS Hiway (between Putra Height to Subang Interchange) 4.Seremban Hiway (near Desa Petaling/Huge furniture shop)
5.Jln Ipoh (near Templer park n 5th mile)
6.Jln Kuching (after Segambut roundabout)
7.Jln Ampang (near Great Eastern)
8.Federal Hiway (near volvo)
9.Old Klang Road (near Petaling police station intersection). 10.Road near lake garden.
11.Jln Damansara (near UN building)