Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1Y7eWtKs2 Under Creative Commons License: Attribution

Rabu, 8 Jun 2011

''SAAT-SAAT KE PUTRAJAYA"

Kepada pemikir,ahli politik,pembaca,blogger dan lainnya renungilah sejenak dimanakah tujuan kita...Akan tercapaikah ''saat''yang munkin akan memusnahkan diri tanpa kita sedari.
Putrajaya idaman PR....berdiamkah pula BN didalam ''lena ayam'' diPutrajaya???....atau mereka sembunyi strategi hingga membuatkan PR dalam bersenang hati serta selalu tidur bermimpikan Putrajaya .
Pernahkah kita terfikir kini ramai pemimpin PR terkejut dari mimpi akibat kejutan dari rakyat???.... Adakah rakyat dipersalah bila mengalih arah akibat dari ''pemimpin yang terlena''...Bangunlah dari lenamu ohh wahai pemimpin bangunlah!!!.....rakyat sentiasa dalam api kebangkitan!!! dan rakyat masih mengharapkan satu sentuhan belaian keadailanmu...jangan api mereka terpadam oleh sikapmu yang berpeluk tubuh bila terjaga dari mimipimu...masihkah ada saatnya......

2 ulasan:

  1. Aku amanahkan engkau untuk agihkan harta dan hak aku agar semua dapat rasa senang.. tapi engkau rampas harta aku dan agihkan kepada anak bini serta kroni engkau... namun aku masih lagi sokong engkau.. siapa yang bodoh? aku atau engkau ?

    Aku pilih engkau untuk menjaga kepentingan aku dan semua agar hak aku tak difaraidkan kepada "orang lain".. tapi engkau jualkan segala harta dan hak aku kepada "orang lain" untuk engkau dan anak bini serta kroni sakan berjoli...namun aku masih lagi sokong engkau.. siapa yang bodoh? aku atau engkau?

    Aku amanahkan engkau untuk menjaga agama aku.. tapi engkau dan anak isteri kau sendiri seperti orang yang tiada agama..namun aku masih lagi sokong engkau.. siapa yang bodoh? aku atau engkau?

    Aku bersusah payah membanting tulang empat kerat.. tak cukup siang ku sambung sampai ke malam.. nak membesarkan anak dalam keluarga yang semakin besar.. sehingga anak-anak aku terabai kerana singkatnya masa untuk bersama mereka.. tapi engkau senang lenang perah setiap titik peluh aku dengan bahasa lunak yang kau panggil "cukai".. namun aku masih lagi sokong engkau.. siapa yang bodoh? aku atau engkau?

    Engkau kerja apa? kerja engkau hanya mengatur dan mengira kemana harta rampasan (cukai) yang kau rampas dari aku untuk kau laburkan.. gaji kau aku yang bayar... yang berpenat lelah aku.. yang bertungkus lumus juga aku.. tapi kenapa engkau yang bersenang lenang? tapi kenapa aku juga yang hidup dalam tekanan? namun aku masih lagi sokong engkau.. siapa yang bodoh? aku atau engkau?

    Aku yang sanjung engkau.. aku yang tampal wajah-wajah senyum engkau di setiap kali adanya pilihanraya.. engkau berjaya kerana aku.. engkau di atas sana kerana aku.. tapi kenapa aku yang kau jadikan korban setiap kali kau ingin mengumpul harta kekayaan? namun aku masih lagi sokong engkau.. siapa yang bodoh? aku atau engkau?

    Hari ini aku bertanya lagi kepada diri aku.. sampai bila aku akan dibodohkan oleh engkau.. hidup aku semakin sukar.. anak-anak aku terbiar.. agama aku semakin lenyap.. jiwa aku semakin tertekan.. tapi engkau ketawa berdekah-dekah di atas sana.. kau merasa gembira dengan kekayaan engkau.. kau kata kau pandai sebab itu kau kaya.. tapi hakikatnya kau masih berkuasa kerana masih ada orang-orang seperti aku yang sanggup dibodohkan oleh engkau..

    Hari ini untuk yang terakhir kalinya aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada engkau.. walaupun lewat tetapi rasanya masih belum terlambat untuk aku menyedarinya.. percaya atau tidak.. berjaya atau tidak.. jika tidak di PRU 13.. 9 julai ini engkau akan tahu siapa yang lebih bodoh.. tataplah puas-puas muka bodohmu itu kerana masa untukmu telah begitu hampir. Kau akan tahu nanti siapa yang lebih bodoh.. engkau ataupun aku...

    BalasPadam