Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1Y7eWtKs2 Under Creative Commons License: Attribution

Isnin, 29 Ogos 2011

PERUTUSAN AIDILFITRI DARI TUAN PRESIDEN RTPJ



ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR...
ALLAHHUAKBARKABIRRO,WALHAMDULLILLAHIHIKASIRO,WASUBSUHANALLAHIBUKKROTAN WAASILA.........................
assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh........
 Bersyukur kita kehadrat Allah SWT,dengan limpah kurniaNya kita telah pun menjejaki Bulan Syawal dan meninggalkan Ramadhan.....Banyak peristiwa pahit manis serta suka dan duka kisah ramadhan yang dapat kita jadikan renungan dan iktibar bersama. Bagi mereka ada yang menangis pabila ramadhan meninggalkan mereka kerana ''masihkah ada ramadhan buat mereka pada tahun depan''......para golongan ahli ibadah pastinya berlinang airmata, kerana ''Ramadhan terpaksa meninggalkan mereka''.Disaat ini juga ada yang gembira seolah-olah telah terlepas dari belenggu Ramadhan dan menganggapkan puasa amat menyusahkan hidup dan aktiviti seharian mereka seolah-olah terbelenggu juga dengan sistem pentadbiran kerajaan BN

ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR...WALILLAH ILHAMD....
Dihari ini saya menyeru kita sebagai umat Muhammad hendaklah bersatu dibawah panji kalimah syahadah. Buangkanlah,elakkanlah segala persengketaan,perbalahan,permusuhan sesama agama dan bangsa.Jadikanlah islam adalah contoh yang baik dimata masyarakat. Aidilfitri kali ini jadikanlah hari yang terbaik untuk kita menjalin hubungan baik antara agama ,bangsa serta kaum.Jalinkanlah kemesraan tanpa mengira parti atau kaum,pupuklah keharmonian serta kasih sayang sesama manusia.

Penuhilah waktu yang terluang untuk ziarah menziarahi serta merapatkan hubungan serta bermaaf-maafan diantara kita sebagai manusia.Janganlah dijadikan masa ini untuk berhibur tanpa batasan, siaran Tv dijadikan santapan keluarga dan para tetamu sekalian.Ingatlah sebulan telah kita beramal dan hancurnya amalan itu disatu Syawal.....adakah itu yang kita semua inginkan??....

ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR...WALILLAH ILHAMD....
Dikesempatan ini saya juga ingin mengingatkan dan meyatakan bahawa bukan pemimpin sahaja yang boleh buat perutusan... kita sebagai khalifah dan manusia dimukabumi adalah dipertanggungjawabkan akan apa yang kita buat.Kepada semua rakyat Malaysia berhati-hati dijalan raya semoga selamat sampai ke destinasi dan sebarkan maklumat terkini akitiviti Pakatan Rakyat kepada sanak saudara anda.

Dengan kalimah Allah saya mewakili " PRESIDEN RTPJ" dan blogger-blogger harapan PR memohon ampun serta kemaafan atas segala ketelanjuran dalam pertuturan...perdebatan...perhujahan..perbincangan dan apa juga yang telah menguris serta menyakiti perasaan anda tanpa mengira pangkat,agama,bangsa dan kaum.
~T.Presiden RTPJ@jaksa kotaraja/hanafiah husin


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....
                          MINAL IAZIL WALFAIZZIN...KULLU AMMIN WAANTUM BILKHOIR....







PERUTUSAN AIDILFITRI 2011

                       
  BISMILLAHIRROHMANNIRROHIM,,
 ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR...
ALLAHHUAKBARKABIRRO,WALHAMDULLILLAHIHIKASIRO,WASUBSUHANALLAHIBUKKROTANWAASILA..,LAILLAHAILLAHIWALLANAKBUDUILLAHUMUKHLISI,NALAHUDDIN.....WALAUKARIHALMUNAFIKUUUUUNN............WAALUKARIHALMUSHRIKUUUUUUNN.............WALAU KARIHAL KAFIRUUUUUUNN......
LAILLAHAILLALLAHUWAHDAH,SODAKOWAK'DAH,WANASAROLABDAH,WAWAAZ'ZAJUNDUWAHAZAMMALAHZAB BAWAHDAH
LAILLAHAILLAHUWALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR WALILLAH ILHAMD...

 Bersyukur kita kehadrat Allah SWT,dengan limpah kurniaNya kita telah pun menjejaki Bulan Syawal dan meninggalkan Ramadhan.....Banyak peristiwa pahit manis serta suka dan duka kisah ramadhan yang dapat kita jadikan renungan dan iktibar bersama. Bagi mereka ada yang menangis pabila ramadhan meninggalkan mereka kerana ''masihkah ada ramadhan buat mereka pada masa nanti''......para golongan ahli ibadah pastinya berlinang airmata, kerana ''Ramadhan terpaksa meninggalkan mereka''.Disaat ini juga ada yang gembira seolah-olah telah terlepas dari belenggu Ramadhan dan menganggapkan puasa amat menyusahkan hidup dan aktiviti seharian mereka.

ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR...WALILLAH ILHAMD....
Dihari ini saya menyeru kita sebagai umat Muhammad hendaklah bersatu dibawah panji kalimah syahadah. Buangkanlah,elakkanlah segala persengketaan,perbalahan,permusuhan sesama agama dan bangsa.Jadikanlah islam adalah contoh yang baik dimata masyarakat. Aidilfitri kali ini jadikanlah hari yang terbaik untuk kita menjalin hubungan baik antara agama ,bangsa serta kaum.Penuhilah waktu yang terluang untuk ziarah menziarahi serta merapatkan hubungan serta bermaaf-maafan diantara kita sebagai manusia.Janganlah dijadikan masa ini untuk berhibur tanpa batasan, siaran Tv dijadikan santapan keluarga dan para tetamu sekalian.Ingatlah sebulan telah kita beramal dan hancurnya amalan itu disatu Syawal.....adakah itu yang kita semua inginkan??

ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR...WALILLAH ILHAMD....
Dikesempatan ini saya juga ingin mengingatkan dan meyatakan bahawa bukan pemimpin sahaja yang boleh buat perutusan... kita sebagai khalifah dan manusia dimukabumi adalah dipertanggungjawabkan akan apa yang kita buat. Nasihat saya ....Perlu dingatkan juga kita hendaklah berjimat cermat dalam perbelanjaan kita di musim perayaan(nak eksen pada orang konon). Kepada pemandu sila berhati-hati sewaktu dalam perjalanan anda,semoga anda selamat menuju destinasi.  Yang tidak pulang atau bertugas, perhatikan keselamatan rumah jiran tetangga(jadilah jaga sekejap) Sesuatu yang nak diingatkan,kanak-kanak jangan bermain mercun, kadang-kadang mak/bapak yang lebih pulak.
Dengan kalimah Allah saya Jaksa kotaraja@Hanafiah Husin memohon ampun serta kemaafan atas segala ketelanjuran dalam pertuturan...perdebatan...perhujahan..perbincangan dan apa juga yang telah menguris serta menyakiti perasaan anda tanpa mengira pangkat,agama,bangsa dan kaum. Jaksa kotaraja@Hanafiah sekali lagi memohon maaf dan ampun buat diri ini bagi mewakili pihak kami sekeluarga, minta dihalalkan makan dan minum serta maaf atas segalanya ...
~JAKSA KOTARAJA

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....

                          MINAL IAZIL WALFAIZZIN...KULLU AMMIN WAANTUM BILKHOIR....

TEL: 0163851163          

Ahad, 21 Ogos 2011

Cincin AS$24 juta: Najib nafi, akhbar Kompas minta maaf...




JAKARTA, 21 Ogos — Akhbar Indonesia Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya atas satu laporan — berkaitan cincin berlian — yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.
Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah.
Pertengahan bulan lalu Rosmah berkata laporan beberapa blog mengenai cincin itu satu fitnah.
Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.
“Atas berita tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada ketua kerajaan dan keluarga,” kata Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini dipetik oleh Bernama Online.
Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar tersebut dalam satu laporan bertajuk “PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia”, tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto.
Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lalu berkata beliau sendiri telah menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya, pada Khamis.
Semasa pertemuan itu Najib telah menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu.
“Saya terperanjat dengan laporan tersebut. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali,” Najib dipetik akhbar itu dalam tulisan Harianto hari ini.
“Apa lagi hal ini berkaitan nama Ketua Kerajaan negara jiran, yang mana hubungan kita amat penting sekali,” kata Najib.
Pada pertemuan dengan Najib itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.
Najib yang ditanya mengenai harapan Malaysia kepada Indonesia sebagai negara jiran dan Pengerusi Asean kali ini, berkata beliau mengharapkan hubungan dua hala yang sangat akrab, ibarat hubungan dua negara jiran yang mempunyai warisan yang sama dan erat daripada segi sejarah.
“Hubungan budaya, agama, dan hubungan kekeluargaan (Najib keturunan ke-11 daripada Kerajaan Gowa, Sulawesi Selatan).
“Sudah tentu hubungan Malaysia dan Indonesia ini diasaskan atas faktor yang lebih istimewa dan lebih unik, dan kita harus menterjemahkan apa yang kita warisi ini sebagai legasi dalam bentuk hubungan pada konteks masa kini. Saling memberi manfaat kepada kedua-dua bangsa,” Najib dipetik sebagai berkata.
Perdana Menteri juga percaya isu pertikaian sempadan maritim kedua-dua negara akan dapat diselesaikan namun kedua-dua pihak harus ada kompromi jika mahu mencari penyelesaian politik berhubung isu itu.
Mengenai demokrasi, Najib menjelaskan bahawa demokrasi yang diamalkan di Malaysia merupakan sistem yang telah melalui proses evolusi namun prinsipnya jelas sekali bahawa tidak ada sebarang kekebalan, walaupun kepada parti pemerintah.
“Bila ada pilihan raya, parti pemerintah senasib dengan parti pembangkang. Nasib di tangan rakyat, tak berlaku sebarang manipulasi untuk menentukan kesahihan dari perolehan suara. Undi ditentukan oleh rakyat,” kata Najib.
Yang selalu menjadi polemik ialah definisi keterbukaan kerana kerajaan mempunyai pendapatnya sendiri tentang perkara itu dan parti pembangkang ada pendapatnya juga, namun prinsip utamanya ialah hak rakyat untuk memilih kerajaan secara adil dan bebas.
“Demokrasi berlaku di Malaysia. Parti pemerintah pernah kalah di peringkat negeri dan memang belum pernah di peringkat pusat,” kata Najib.
Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Perdana Menteri berkata rakyat kini semakin yakin dengan BN berdasarkan keputusan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, namun parti itu tidak menjadikan keputusan-keputusan itu sebagai ukuran mutlak.
Oleh itu BN terus berusaha dengan segala upaya membentangkan agenda dan program yang dapat memberi kepuasan dan keyakinan kepada rakyat.
“Bukan sahaja dengan (membentangkan) program kerajaan, program ekonomi, tetapi juga program yang menyentuh rakyat. Program yang memberi kelegaan dan kepuasan kepada rakyak, terutama dalam konteks fenomena inflasi global - hubungan dengan kenaikan harga makanan dunia.
“Ini semua adalah isu-isu yang perlu kita tangani. Dan yang tak kurang penting ialah menjaga komunikasi dengan rakyat,” kata Najib.
                              ALAMAK ....KENA SAMAN KE NIE................

Mashitah: Suami masih boleh ‘curi makan’ meskipun beristeri empat




KUALA LUMPUR, 17 Jun — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang dari awal lagi tidak setuju dengan idea Kelab Taat Suami menegaskan suami masih boleh berlaku curang meskipun isteri sangat taat kepada pasangannya.
“Betapa taat sekalipun isteri, suami masih boleh berlaku curang. Malah, orang yang beristeri empat pun masih lagi curi makan!” kata beliau dalam ruangannya di Sinar Harian hari ini, di bawah tajuk “Taat sehingga boleh diliwat?”, yang menyentuh penubuhan Kelab Taat Suami baru-baru ini.
Sehubungan itu kata beliau, matlamat wanita adalah mahu menjadi isteri kelas pertama, bukan “pelacur kelas pertama.”
“Pada saya, tiada perlunya kelab seperti ini (Kelab Taat Suami) di Malaysia kerana ia bukan bertujuan menyelesaikan sesuatu masalah yang kritikal.
“Jangan lepas ini ada pihak yang mahu tubuhkan kelab suami taat, yang menganjurkan suami menjadi gigolo kelas pertama pula,” katanya.
Kata beliau, cadangan agar isteri melayan nafsu seks suami seperti pelacur kelas pertama menjatuhkan maruah wanita.
“Ia mengukuhkan stereotaip wanita sebagai objek seks, lemah dan rendah intelek.
“Bagi mereka yang tidak pernah melanggan pelacur atau mendapat perkhidmatan pelacur kelas pertama, mereka tidak tahu cara, tapi bagaimana pula kelab itu tahu aksi pelacur kelas pertama memberi perkhidmatan?” kata timbalan menteri.
Kata beliau, daripada respons masyarakat umum, ramai juga lelaki termasuk suami dan bapa berasa terhina cadangan ini kerana tidak mahu isteri dan anak perempuan diistilah pelacur.
“Justeru, apakah motif sebenar Kelab Taat Suami membuat cadangan itu?
“Kelab Taat Suami adalah penjenamaan semula Kelab Poligami Ikhwan, diasaskan Hatijah Aam, isteri kedua Ashaari Muhammad, pengasas kumpulan Al-Arqam,” katanya lagi.
Kata beliau, tujuan kelab itu adalah untuk memberi kaunseling pernikahan, pendidikan seks dan kefahaman tentang taat kepada suami.
“Pada asasnya nampak baik tetapi tujuan yang baik tidak serta-merta menghasilkan kebaikan jika jalan diambil adalah keliru, salah dan menderitakan orang.
“Penyampaian dan mesejnya juga tidak sesuai. Adakah ahli-ahli kelab ini mendidik anak-anak perempun mereka bermentaliti pelacur apabila berkahwin kelak?” kata Mashitah.
Tambah beliau, dalam rumah tangga memang menjadi tanggungjawab isteri taat dan melayan suami. Namun, tidak bermakna suami boleh lakukan apa sahaja terhadap isterinya.
“Suami juga kena hargai isteri yang bekerja dan penat lelahnya sepanjang hari mengurus rumah tangga dan keluarga,” kata beliau lagi.
Seterusnya Mashitah menulis, walaupun poligami dibenarkan dalam Islam, tetapi jangan kaburi pemahaman isteri tentang taat atau pengorbanan semata-mata untuk berkahwin ramai.
“Taat isteri ada hadnya. Perbuatan suami yang menyeksa, memaksa atau mendorong isteri ke arah dosa dan mungkar tidak perlu diikuti,” katanya yang turut menekankan bahawa punca sesuatu perceraian tidak semesti kerana layanan seks isteri kepada suami tidak setaraf pelacur kelas pertama.
Kata Mashitah, ramai pasangan bercerai kerana masalah kewangan atau mentua, tiada persefahaman, malah kerana perbezaan politik pun ada.
“Jika suami makan luar, tidak semestinya salah isteri, suami masih boleh berlaku curang,” kata beliau.
“Pada saya, tiada perlunya kelab seperti ini di Malaysia kerana ia bukan bertujuan menyelesaikan sesuatu masalah yang kritikal,” kata beliau.
Dalam ulasannya minggu lalu, Mashitah berkata, Kelab Taat Suami cuba mencetuskan kontroversi untuk meraih publisiti dan mencari populariti bagi menarik lebih ramai ahli menyertai kelab itu.
Mashitah berkata, kewujudan kelab itu juga menimbulkan tanda tanya kerana ia dibimbangi menjadi kelab yang digunakan oleh golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab untuk menyampaikan mesej “taat” kepada golongan isteri dengan cara yang salah.
Kata beliau, kewujudan kelab itu perlu dilihat semula bagi mengetahui siapa yang berada di sebaliknya yang mengambil inisiatif untuk menggerakkan kelab berkenaan.
Baru-baru ini, Naib Presiden Kelab Taat Suami Dr Rohaya Mohamed dipetik berkata golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti “pelacur kelas pertama.”
Bagaimanapun penganjur kelab itu menafikan pihaknya ada menggunakan istilah sedemikian.
Mashitah juga meminta Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab berkenaan.

RTPJ-P. K.RAJA -BLOGGER.YADIM


YADIM BERSAMA BLOGGER/FACEBOOKER KE PONDOK PAK ALI




SUMBANGAN YDP YADIM DATUK AZIZ KEPADA PAK ALI RM 500.00




Rabu, 3 Ogos 2011

Daripada penyair menjadi pahlawan




..Semasa perang Uhud, Ka’ab bin Malik mengenakan perisai milik Rasulullah s.a.w yang berwarna kuning. Beliau terkena sebelas luka sewaktu mempertahankan Islam.

SALAH seorang tiga penyair Rasulullah s.a.w adalah Abu Abdillah atau nama lengkapnya Ka’ab bin Malik bin Amr bin Qain Al-Anshari As-Salami Al-Khazraji. Beliau termasuk salah seorang penyair terkemuka Rasulullah s.a.w.

Mengenai syairnya, Rasulullah s.a.w pernah mengatakan kepada Ka’ab ; “Anda benar-benar memiliki syair yang sangat bagus,” dan “Sungguh syairmu ini lebih dahsyat daripada tikaman anak panah”.

Tatkala turunnya firman Allah s.w.t yang bermaksud ; “ Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat- tidak berketentuan hala.” (Surah Asy-Syu’ara : 224).

Menyedari akan perkara itu, maka Ka’ab dengan segera menemui Rasulullah s.a.w dan bertekad untuk berhenti melantunkan syair kerana takut akan kesalahan syairnya mengenai kebenaran sirah Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah s.a.w mengatakan kepadanya ; “Seorang mukmin itu dapat berjuang dengan pedang dan lisannya.”




Turunnya firman Allah s.w.t ( Asy-Syu’ara : 224) ini adalah kerana menerangkan perbezaan di antara Rasulullah s.a.w yang benar serta mendapat wahyu Allah s.w.t, dan ayat-ayat sambungan daripada Surah tersebut bahawa Al-Quran ul-Karim bukanlah syair, dan Baginda yang menyampaikan bukanlah sebagai seorang penyair sebagaimana dituduh oleh kaum kafir musyrik kerana lazimnya penyair-penyair tidak berasaskan kebenaran dan mereka menjadi ikutan bagi orang-orang yang sesat.

Walau bagaimanapun, pada ayat 227 Surah Asy-Syu’ara pimpinan Ar-Rahman menerangkan bahawa bukan semua syair dan ahli-ahli penyair itu keji, bahkan ada di antaranya yang terpuji dan diredhai Allah s.w.t, iaitu syair-syair yang dicipta oleh penyair yang beriman dan bertakwa serta berdasarkan kebenaran Rasulullah s.a.w, kebenaran Islam, dan hidayah petunjuk-Nya sebagaimana penyair-penyair Islam di zaman Rasulullah s.a.w.

Antara yang pernah mendengar syair Ka’ab bin Malik adalah Ibnu Sirin, yang mengatakan; “Aku pernah mendengar berita bahawa kabilah Dus masuk Islam kerana takut dengan ucapan Kaab dalam bait syairnya yang berbunyi” ;
“Kami telah membinasakan penduduk Tahamah dan Khaibar. Kemudian kami kumpulkan semua pedang (senjata) milik mereka.”

”Kami bertanya kepada pedang-pedang itu, seandainya pedang-pedang itu dapat berbicara, maka mereka menjawab akan menebas leher orang-orang Dus dan Tsaqif.”

Semasa perang Uhud, Ka’ab bin Malik mengenakan perisai milik Rasulullah s.a.w yang berwarna kuning. Beliau terkena sebelas luka sewaktu mempertahankan Islam.
Kaab bin Malik juga pernah mengikuti perjanjian Ba’it Aqabah II bersama orang-orang Ansar dan Rasulullah s.a.w mempersaudarakannya dengan Thalhah bin Abdullah.


Selasa, 2 Ogos 2011

NAMA YANG PELIK DIRAMADHAN



Mercon Dan Balap Liar, Stop Selama Ramadhan

Mercon dilarang terlebih dalam bulan ramadhan


Mercon Dan Balap Liar, Stop Selama Ramadhan
INI RUPANYA ''MERCON'' ATAU NAMA DI MALAYSIA= REMPIT
Berita Terkait :
Senin, 01 Agustus 2011 | 17:06 WIB
Jakarta - Mercon atau petasan dan balapan liar yang seringkali mewarnai bulan ramadan menurut Kapolda Metro Jaya, Untung S Rajab sebaiknya tidak dilakukan dalam bulan ramadhan kali ini.

"Mercon dilarang terlebih dalam bulan ramadhan, karena bisa sebabkan kematian, luka serius hingga cacat permanen. Dari pada untuk membeli mercon lebih baik uangnya bisa untuk diberikan kepada fakir miskin dari pada membeli barang yang membahayakan diri sendiri dan orang lain," ujarnya, saat di ruang rapat Polda, Senin (1/8/2011).

Untung juga menyebut, selain mercon, kebut-kebutan atau balapan liar yang sering terjadi di bulan ramadhan akan terus diantisipasi oleh jajarannya dengan melakukan penjagaan dan penertiban di tempat-tempat yang terdeteksi sering dijadikan balapan liar.

"Tahun 2009 terdapat 68 data tentang angka kematian akan kecelakaan lalu lintas, setelah itu angka menurun menjadi 62 jiwa. Untuk itu polisi lalu lintas harus memberikan pelayanan yang baik pada lalu lintas di daerah Jakarta," tambahnya.

Selain penertiban juga mengadakan sosialisasi seperti operasi ketupat untuk pengguna jalan terhindar dari kecelakaaan