Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1Y7eWtKs2 Under Creative Commons License: Attribution

Jumaat, 23 Ogos 2013

CUKUPLAH AZILAH DAN SIRUL TERSEKSA 7 tahun , RAHMAT AIDILFITRI DIKURNIAKAN....

Mereka masih ada yang sayang diluar sana..anak-anak dan keluarga mereka sering berdoa akan keselamatan mereka.Kini makbul impian mereka.Janganlah kita pandai pula nak menghukum. Ramai yang tidak meyangka mereka berdua akan dibebaskan.Janganlah kita pula marahkan atau tetap salahkan mereka,7 tahun dibelenggu bayangan maut... namun kini mereka lega dan bersyukur.. pada renungan Jaksa Kotaraja, mereka di '' kurniakan RAHMAT AIDILFITRI''
Takdir menyebelahinya... Cif Inspektor Azilah Hadri, 37 dan Koperal Sirul Azhar yang merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK). Mereka kini menjalani kehidupan di luar penjara setelah menghuninya selama 7 tahun  setelah Mahkamah Rayuan membebas dan melepaskannya daripada hukuman serta sabitan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu. Sebelum ini,Pada 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam mensabit kesalahan dan menjatuhi hukuman mati terhadap Azilah dan Sirul Azhar atas tuduhan membunuh Altantuya  28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Okt 2006.
Tunang Azilah, Nor Azila Baharuddin, 35, pula dilihat mengalirkan air mata apabila mendengar keputusan itu. Manakala Anak lelaki Sirul Azhar yang berusia 13 tahun, turut kelihatan amat gembira dengan pembebasan ayahnya dan dia yang diiringi dua anggota keluarga terdekat sempat menyatakan amat merindui bapanya.
Kita lihatlah anak,tunang serta keluarga mereka yang menanti mereka... mereka amat setia menunggu... jika kita bagaimana..
BEBAS atau TERHUKUMNYA seseorang itu adalah diadili dimahkamah dunia.... maka janganlah kita pula lebih bijak MEMBUAT HUKUMAN DARI MAHKAMAH...