Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1Y7eWtKs2 Under Creative Commons License: Attribution

Ahad, 5 Jun 2011

Buang label komunis terhadap kaum Melayu dan Cina

Kehadiran komunis asalnya atas rasa tak puas hati rakyat apabila British datang menjajah negara ini terutamanya di kalangan Melayu dan Cina, kata perwakilan PAS Kawasan Batu.

Laporan Muktamar Tahunan PAS ke 57

GOMBAK: Gelaran komunis yang dilabelkan terhadap segelintir masyarakat Cina dan Melayu perlu dibuang kerana mereka bukannya petualang bangsa sebaliknya kumpulan pejuang yang mahu membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman British dan kerajaan Perikatan.

Demikian menurut perwakilan PAS Kawasan Batu Zabur Nawawi ketika sesi perbahasan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di Dewan Dato’ Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, Taman Melewar di sini hari ini.

Zabur ketika membahaskan usul kebajikan bekas anggota tentera yang dibawa oleh perwakilan PAS Kawasan Tenggara berkata, kerajaan Perikatan (kini Umno-Barisan Nasional) telah mengeksploitasikan sejarah perjuangan kumpulan tersebut yang asalnya tidak bersetuju dengan penjajahan British sebelum zaman kemerdekaan.

“Kehadiran komunis asalnya atas rasa tak puas hati rakyat apabila British datang menjajah negara ini terutamanya di kalangan Melayu dan Cina.

“Mereka kebetulan bekerjasama dengan komunis menyertai Bintang Tiga untuk menentang penajajah,” katanya yang turut disokong sebulat suara oleh perwakilan muktamar terhadap usul itu.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan tanggapan petualang bangsa yangn dilabelkan sebagai komunis itu ditukar kepada satu ‘kumpulan yang tidak sebulu dengan kerajaan yang memerintah pada ketika itu’, iaitu kerajaan British dan Perikatan.

“Umno sudah lama mengeksploitasi cerita Hang Tuah yang menabalkannya sebagai wira sedangkan Hang Jebat yang bangun dan lawan untuk menentang kezaliman itu dianggap penderhaka.

“Hang Tuah diangkat sebagai hero orang Melayu sedangkan orang Melayu ketika itu diperbodohkan oleh kerajaan Melayu Melaka sendiri,” katanya yang merujuk kepada sejarah zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Sementara itu, perwakilan PAS Kawasan Tenggara Leftenan Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar yang membuat usul tersebut menuntut supaya kerajaan negeri Pakatan Rakyat menubuhkan Sekretariat Kebajikan Tentera Dan Veteran Malaysia (Kerabat) yang dipengerusikan oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri memastikan kebajikan kira-kira 400,000 bekas pasukan tentera terjamin.

Beliau juga mendakwa tentera kini sangat kecewa apabila kerajaan mahu menjual secara lelong tanah TUDM Sungai Besi dan pengkalan udara itu dipindahkan ke Sendayan, Negeri Sembilan, dengan harga tidak melebihi RM11,000.

“Ini bermakna, harga satu lot tanah tidak lebih daripada RM1,000,” katanya.

“Sehubungan itu, saya mencadangkan agar PAS menubuhkan satu lujnah (biro) baru iaitu Lujnah Pertahanan, Keselamatan dan Kedaulatan supaya satu perkampungan veteran dapat dibina atas tanah yang telah dijualoleh kerajaan,” katanya.

Comments
0 Comments
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1Y7eO29et Under Creative Commons License: Attribution

0 comments:

Catat Ulasan