Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1Y7eWtKs2 Under Creative Commons License: Attribution

Jumaat, 17 Ogos 2012

PERUTUSAN AIDILFITRI ROAD TO PUTRAJAYA (RTPJ)





..Dengan kalimah Allah saya mewakili " PRESIDEN RTPJ" dan blogger-blogger harapan PR memohon ampun serta kemaafan atas segala ketelanjuran dalam pertuturan...perdebatan...perhujahan..perbincangan dan apa juga yang telah menguris serta menyakiti perasaan anda tanpa mengira pangkat,agama,bangsa dan kaum....




ALLAHHUAKBAR!! ALLAHHUAKBAR!! ALLAHHUAKBAR...
ALLAHHUAKBARKABIRRO,WALHAMDULLILLAHIHIKASIRO,WASUBSUHANALLAHIBUKKROTAN WAASILA.........................

assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh........
 Bersyukur kita kehadrat Allah SWT,dengan limpah kurniaNya kita telah pun menjejaki Bulan Syawal dan meninggalkan Ramadhan.....Banyak peristiwa pahit manis serta suka dan duka kisah ramadhan yang dapat kita jadikan renungan dan iktibar bersama. Bagi mereka ada yang menangis pabila ramadhan meninggalkan mereka kerana ''masihkah ada ramadhan buat mereka pada tahun depan''......para golongan ahli ibadah pastinya berlinang airmata, kerana ''Ramadhan terpaksa meninggalkan mereka''.Disaat ini juga ada yang gembira seolah-olah telah terlepas dari belenggu Ramadhan dan menganggapkan puasa amat menyusahkan hidup dan aktiviti seharian mereka seolah-olah terbelenggu juga dengan sistem pentadbiran kerajaan BN yang berbeza corak pentadbiran PR.....

ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR...WALILLAH ILHAMD....
Dihari ini saya menyeru kita sebagai umat Muhammad hendaklah bersatu dibawah panji kalimah syahadah. Buangkanlah,elakkanlah segala persengketaan,perbalahan,permusuhan sesama agama dan bangsa.Jadikanlah islam adalah contoh yang baik dimata masyarakat. Aidilfitri kali ini jadikanlah hari yang terbaik untuk kita menjalin hubungan baik antara agama ,bangsa serta kaum.Jalinkanlah kemesraan tanpa mengira parti atau kaum,pupuklah keharmonian serta kasih sayang sesama manusia.

Penuhilah waktu yang terluang untuk ziarah menziarahi serta merapatkan hubungan serta bermaaf-maafan diantara kita sebagai manusia.Janganlah dijadikan masa ini untuk berhibur tanpa batasan, siaran Tv dijadikan santapan keluarga dan para tetamu sekalian.Ingatlah sebulan telah kita beramal dan hancurnya amalan itu disatu Syawal.....adakah itu yang kita semua inginkan??....

ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR...WALILLAH ILHAMD....
Dikesempatan ini saya juga ingin mengingatkan dan meyatakan bahawa bukan pemimpin sahaja yang boleh buat perutusan... kita sebagai khalifah dan manusia dimukabumi adalah dipertanggungjawabkan akan apa yang kita buat.Kepada semua rakyat Malaysia berhati-hati dijalan raya semoga selamat sampai ke destinasi dan sebarkan maklumat terkini akitiviti Pakatan Rakyat kepada sanak saudara anda.

Dengan kalimah Allah saya mewakili " PRESIDEN RTPJ" dan blogger-blogger harapan PR memohon ampun serta kemaafan atas segala ketelanjuran dalam pertuturan...perdebatan...perhujahan..perbincangan dan apa juga yang telah menguris serta menyakiti perasaan anda tanpa mengira pangkat,agama,bangsa dan kaum.
~T.Presiden RTPJ@jaksa kotaraja/hanafiah husin

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....
                          MINAL IAZIL WALFAIZZIN...KULLU AMMIN WAANTUM BILKHOIR....



Comments
0 Comments
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1Y7eO29et Under Creative Commons License: Attribution

0 comments:

Catat Ulasan