Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1Y7eWtKs2 Under Creative Commons License: Attribution

Isnin, 6 Februari 2012

Kenyataan akhbar mengenai masa depan Parti KITA

hiasan


Kenyataan akhbar ini bertujuan memperjelas pendirian rasmi parti mengenai saranan Ketua Parti, Dato Zaid Ibrahim, untuk membubarkan parti, yang telah dilaporkan secara meluas di dalam media....

Parti KITA ditubuhkan bagi mengubah jenis politik di Malaysia kepada sebuah politik yang lebih sesuai demi mewujudkan sebuah masyarakat yang betul-betul demokratik, moden, berpendidikan dan progresif. Parti ini ditubuhkan bagi menyediakan rakyat Malaysia sebuah parti politik alternatif yang menggalakkan prinsip demokrasi, kesederhanaan, toleransi serta menyediakan langkah-langkah yang berkesan untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan yang lebih tinggi di pentas global. Matlamat ini hendak dicapai dengan cara mempromosikan dan menggalakkan dialog yang terbuka, bermakna dan membina yang memfokuskan isu. Parti ini TIDAK MEMBENARKAN taktik kotor dan politik jijik (gutter politics).

Malangnya, apabila keahlian parti bertambah, ada sesetengahnya yang menyusup masuk menjadi ahli parti dengan satu-satunya agenda mereka iaitu untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Walaupun kami mengalu-alukan ahli-ahli yang benar-benar ingin bertanding dalam pilihan raya demi memperjuangkan manifesto dan prinsip parti, kami tidak akan meletakkan calon-calon yang objektifnya adalah untuk “merosakkan undi”, Parti juga tidak akan sekali-kali meletakkan calon yang diperalatkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang hendak bertanding untuk mencapai matlamat politik mereka. Tindak-tanduk seperti itu adalah keji dan ia bertentangan dengan prinsip parti. Sudah tentu kami tidak akan membenarkan parti diperalatkan seperti itu.

Kenyataan ketua parti Dato’ Zaid Ibrahim untuk membubarkan parti merupakan pandangan peribadi beliau dan adalah antara pilihan yang akan dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti akhir bulan ini. Sekiranya parti boleh dibebaskan daripada serangan anasir-anasir yang tidak diingini dan oleh mereka yang menyusup masuk tanpa perlu membubarkan parti, maka itu adalah satu pilihan yang akan diberi keutamaan. Akan tetapi jika kepimpinan parti berpendapat bahawa jalan terbaik untuk menghalang parti daripada dijadikan alat atau tunggangan bagi menyalahgunakan proses pilihan raya adalah dengan menutup parti, maka keputusan itulah yang bakal diambil kelak.

HJ MOHAMED MAZLAN BIN ABDUL MANAF
Ketua Penerangan Pusat
Parti KITA

012-3053600
Comments
0 Comments
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1Y7eO29et Under Creative Commons License: Attribution

0 comments:

Catat Ulasan