Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1Y7eWtKs2 Under Creative Commons License: Attribution

Khamis, 14 Julai 2011

Yadim salur bantuan kepada mualaf




Datuk Aziz bersama penerima sumbangan, Ali Abdullah bersama motor beroda tiga yang diterimanya.


















KLANG 15 Julai – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) semakin giat meneruskan aktiviti dakwah yang dilaksanakan melalui pelbagai cara dan tindakan termasuklah turun padang memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan tidak kira di mana sekalipun lokasi mereka berada.

Terbaharu, Yadim menyumbangkan sebuah motorsikal beroda tiga dan sebuah mesin tebu kepada seorang mualaf, Ali Abdullah yang berusia 65 tahun di sebuah majlis yang diadakan baru-baru ini untuk beliau terus berusaha mencari rezeki yang halal.

Menurut Yang Dipertua Yadim, Datuk Aziz Jamaludin, pihaknya akan menyalurkan sebarang bentuk bantuan yang boleh digunakan oleh golongan mualaf bagi mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.

Datuk Aziz juga mengalu-alukan maklumat dari mana-mana pihak tentang golongan mualaf yang terpinggir ini untuk menerima bantuan yang sewajarnya.

Bagi kes Ali, sejak memeluk Islam 6 tahun lalu, beliau berusaha sedaya mungkin meneruskan kehidupan tanpa meminta bantuan sesiapapun dengan bertanam sayur berdekatan tanah lapang dan hasilnya dijual kepada pekedai.

Dengan pendapatan RM30-RM40 seminggu, beliau redha dan berpegang kepada prinsip ‘berdiri di atas kaki sendiri’ walaupun hanya mampu tinggal di bawah jambatan Kampung Pandan sejak enam tahun lalu.

Majlis yang dirai bersama para blogger di Restoran N’Chom, Kampung Jawa ini turut dihadiri oleh orang kampung disekitarnya.
~ yadim>jaksa
Comments
0 Comments
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1Y7eO29et Under Creative Commons License: Attribution

0 comments:

Catat Ulasan