Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1Y7eWtKs2 Under Creative Commons License: Attribution

Khamis, 14 Julai 2011

Antara Ulama dan Umara

Sebelum persoalan tentang hubungan di antara Ulama dan Umara ini disentuh, baik sekali diperjelaskan satu istilah yang nampak nya berkaitan rapat, iaitulah “Orang Agama”. Istilah ini sebenar nya tidak mempunyai asas dalam tradisi Islam sebagaimana yang diwarisi oleh Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah. Sebalik nya ia merupakan istilah asing yang menyerap masuk melalui pengaruh orientalisme. Akar umbi nya ialah agama Kristian, dan telah mencapai tahap kesuburan yang tinggi dalam pergolakan di antara gereja dan masyarakat Eropah pada suatu masa lampau.(al-Badri)

Hakikat ini memperjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan “Ulama” dalam konteks perbicaraan ini bukanlah maksud nya “Orang Agama” dalam konsep yang dikembangkan oleh realiti agama Kristian di barat itu. Kerana di barat ia lahir sebagai pengubat luka kepada kekecewaan gereja atas kegagalannya melaksanakan tugas pemerintahan yang pernah direbut nya dari tangan para pemerintah atas dasar untuk merealisasikan keutamaan spiritual berbanding material. Bagi tujuan tersebut mereka mempopularkan kata-kata warisan yang berbunyi “Berikan apa yang dipunyai oleh raja kepada raja, dan apa yang dipunyai oleh tuhan kepada tuhan”.

Maksud nya istilah “Orang Agama” memberi erti pemisahan di antara urusan agama dengan urusan negara. Agama ada orang nya sendiri dan negara juga ada orang nya sendiri. Segala upacara keagamaan dikuasai dan dikelolakan oleh orang agama, sementara segala acara pemerintahan dikuasai dan dikelolakan oleh orang politik dan pemerintahan. (al-Badri)

Sedangkan dalam Islam tidak ada orang agama dan orang negara mengikut istilah berkenaan. Kerana pemisahan di antara agama dan negara tidak berlaku. Bagi Islam, tidak ada yang disebut sebagai kuasa agama yang terpisah daripada pemerintahan dunia dan sebaliknya pula tidak ada kuasa pemerintahan yang terpisah daripada agama.

Apa yang ada dalam Islam ialah “Ulama”. Penamaan ini tidak berdasarkan aspek kuasa, tetapi sebalik nya keilmuan. Maksud nya kepimpinan ilmu. Samalah juga dengan “Umara”. Penamaannya juga tidak berdasarkan kepada pembahagian kuasa. Sebalik nya ia memberi erti kepimpinan dalam pemerintahan. Kedua-dua nya bersatu di bawah agama “al-Din”. ~jaksa>yadim

Comments
0 Comments
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1Y7eO29et Under Creative Commons License: Attribution

0 comments:

Catat Ulasan