Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1Y7eWtKs2 Under Creative Commons License: Attribution

Rabu, 19 Oktober 2011

HIMPUNAN SELAMATKAN , PARTI, POLITIK, KRONI ....????

@ KESIMPULANNYA DISINI ADALAH, OLEH DISEBABKAN PEMIMPIN PUNYA PASAL, RAKYAT PULA JADI MANGSA...
@ DI PARLIMEN TU MAJORITI PEMIMPIN ADALAH ISLAM TAPI MASIH ''BANGANG PIANG'' UNTUK KATA SEPAKAT TENTANG ISLAM
@ DI MEDIA,...AKHBAR SIBUK BERTELAGAH TENTANG ISU ISLAM...APALAH BODOH..
     TAK LAIN UNTUK KEPENTINGAN PARTI MASING-MASING...
@ KINI TAK PASAL-PASAL KITA PULAK NAK KELUAR DUIT UNTUK PETROL,PARKING DLL PASAL NAK BERHIMPUN KONON.....
@ ASIK-ASIK RAKYAT JE YANG TERKENA ATAU MANGSA ....PASAL TU AGAKNYA RAMAI YANG TAK SUKA POLITIK....PADAN MUKA...!!!
@ JADI CUBA BACA KENYATAAN PEMIMPIN ISLAM KAT BAWAH NIE.....BERBELIT -BELIT BEB !!......MENGALAHKAN ULAR.....BAIK KITA MAIN ULAR-HUP..!!






                                                        
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri tidak akan mencampuri Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang akan diadakan di Shah Alam Sabtu ini.

"Ini (program) NGO. Kerajaan negeri tidak campur dalam hal ini. Ini NGO," katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menjawab secara langsung sama ada beliau menyokongnya atau tidak, ketika ditanya pemberita.

Ditanya sama sama ada exco kerajaan negeri dibenarkan terlibat dalam perhimpunan itu, Khalid juga tidak menjawab secara langsung. Sebaliknya, kata Khalid, kalau pegawai kerajaan Selangor hendak turut serta, terpulang pada diri masing-masing selagi ia di luar waktu kerja.

                                              
PKR tidak akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Sabtu ini di Stadium Shah Alam, Selangor.Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat selepas mengadakan mesyuarat semalam dan semua anggota pembangkang sebulat suara mendapati ia tidak akan memberi hasil yang positif kepada parti tersebut.

"PKR bimbang penyertaannya dalam Himpun kelak akan dipergunakan dan diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya daripada beberapa parti politik arus perdana," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

                                                     

"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program,PAS memutuskan tidak akan menyertai Perhimpunan Sejuta Umat atau HIMPUN yang tujuannya bagi menyelamatkan akidah umat Islam Sabtu ini.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat biro politik parti Islam itu dalam mesyuarat di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pada Selasa malam." kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri).
Penganjur acara itu pada Selasa memberi jaminan HIMPUN tidak mempunyai kaitan politik ataupun akan digunakan bagi menyerang mana-mana kumpulan.


                                                             

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau tiada masalah dengan penganjur Perhimpunan Sejuta Umat yang tidak mahu beliau berucap dalam perhimpunan 22 Oktober.

"Kita pun tak berminat (berucap)," katanya lagi ketika ditemui di bangunan parlimen hari ini.
Jelasnya, penglibatan beliau dalam perhimpunan itu hanyalah dalam soal memberikan ucapan.
"(Penganjur) nafikan (penglibatan) sebab ada khabar angin kata saya dan (ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk) Zulkifli Noordin berucap.

"Malah PERKASA turut diundang secara rasmi pada awal lagi untuk menyatakan sokongan," katanya lagi."Tapi kita sokong dan akan turut serta dalam perhimpunan itu.
Dalam pada itu, beliau mempertikaikan pendirian penganjur yang tidak mahu badan politik turut sama terlibat dalam perhimpunan itu.

"Sebab Islam sendiri tidak boleh pisah dengan politik, jadi macam mana nak halang badan politik terlibat.


                                                     

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenepikan kekhuatiran PAS bahawa Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) akan mengundang polemik antara agama.Katanya, penganjur itu sendiri telah diberikan kebenaran untuk mengadakan HIMPUN di Stadium Shah Alam, menunjukkan bahawa perhimpunan itu akan terkawal.

"Saya tengok penganjur pun dah beri akujanji untuk jaga ketertiban itu. Ini berbeza dengan semangat yang tak boleh dikawal. "Bila ada permit dia mesti ada peraturan yang perlu dipatuhi. Bila berhimpun dalam stadium, dia kurangkan masalah.

"Pihak yang benarkan perhimpunan akan tentukan perjalanan itu (berlangsung dengan baik)," katanya lagi ketika ditemui di bangunan parlimen hari ini. Beliau yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam turut mempertahankan tujuan perhimpunan itu diadakan - "untuk pertahankan Islam demi penyatuan umat."

"Jadi itu berbeza daripada tunjuk perasaan yang bersifat marah dan sebagainya," katanya lagi ketika ditanya.


Penganjur ‘Himpunan Sejuta Umat’ yang dijadualkan Sabtu ini memberi jaminan majlis berkenaan tidak mempunyai kaitan politik ataupun akan digunakan bagi menyerang mana-mana kumpulan.
Dalam kenyataan media hari ini, pengerusi bersama, perhimpunan itu, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata sebarang tindakan mempolitikkan atau mempunyai niat terselindung adalah tidak dibenarkan sama sekali.

“Saya tidak akan membenarkan inisiatif ini dicemari dengan niat terselindung oleh mana-mana pihak dan akan membuat pendirian tegas.“Isu ini adalah isu menyelamatkan aqidah Islam dan bukan isu politik untuk menyerang mana-mana pihak,” katanya. Secara khusus, Mohd Azmi menjelaskan majlis berkenaan tidak ada kaitan dengan beberapa ahli politik yang kontroversial, termasuk ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin yang mendakwa bgeliau akan berucap pada majlis tersebut.

“Zulkifli Nordin , Senator Ezam Mohd Noor dan (ahli parlimen Pasir Mas) Datuk Ibrahim Ali tidak terlibat dalam kepimpinan HIMPUN. Mereka juga tidak telibat dengan ucapan tokoh pada hari perhimpunan. “Jika mereka mengeluar sebarang kenyataan berkait dengan perhimpunan , itu tidak mewakili HIMPUN,” . Katanya lagi, pihaknya juga tidak akan membenarkan kumpulan tertentu atau golongan yang berkepentingan politik merampas agenda perhimpunan itu, mahupun melaga-laga antara kaum dan penganut agama lain.

Menurut Mohd Azmi, isu yang akan disentuh adalah untuk menyelamatkan akidah Islam dan memberi penekanan untuk memupuk kefahaman dan kesatuan antara umat Islam.


OLEH YANG DEMIKIAN... JANGANLAH BIARKAN HIDUP DIRI ANDA DI BELENGGU OLEH MASALAH AKIDAH DARI AKIBAT POLITIK MEREKA ....


@Jika anda ada sebarang maklumat atau cerita... sila kongsikan bersama, sila kirimkan atau E-mailkan pada alamat yang tertera....oleh itu jangan biarkan hidup anda diselubungi ............
......AKIDAH... !!!..@jaksa kotaraja...










Comments
0 Comments
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1Y7eO29et Under Creative Commons License: Attribution

0 comments:

Catat Ulasan