Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1Y7eWtKs2 Under Creative Commons License: Attribution

Sabtu, 21 April 2018

1 MEI Perutusan PRM



PERRUTUSAN 
Hari Buruh 1 Mei Parti Rakyat Malaysia (PRM)

Bersatulah Seluruh Umat Buruh Malaysia dan Sedunia!

Parti Rakyat Malaysia mengucapkan selamat Hari Buruh kepada seluruh umat buruh Malaysia dan Sedunia. Bersatulah, buat kesimpulanlah perjuangan setahun yang lalu, tingkatkan kesedaran politik dan ekonomi umat buruh. Dalam keadaan sosio-ekonomi negara dan dunia yang kurang menggalakkan dan penuh dengan ketidakpastian, tuntutlah keterjaminan pekerjaan umat buruh (job security), suasana kerja yang lebih kondusif, gaji dan kebajikan yang lebih baik, dan pertahankan hak-hak umat buruh untuk masa setahun akan datang.


Hari Buruh tanda kemenangan perjuangan umat buruh di seluruh dunia menentang penindasan dan eksploitasi yang zalim, menambahbaik keadaan dan suasana tempat kerja, meningkatkan kebajikan dan gaji, serta tuntut dan pertahan hak-hak umat buruh.

Kini, negara dan masyarakat kita sedang menghadapi kemelut ekonomi yang serius. Harga minyak mentah dan hasil sumber asli seperti getah terjunam jatuh, sumber-sumber lain kian berkurangan, eksport barangan pembuatan kurang baik, manakala elit pemerintah hidup dengan mewah dan boros, sedangkan rakyat jelata hidup sengsara dan susah.

Dalam keadaan sumber-sumber kita makin tipis, demi mengisi kewangan yang makin kurang, elit pemerintah tidak menghiraukan kesusahan dan bantahan rakyat jelata, subsidi untuk barangan keperluan asas ditarik balik, pelbagai cukai dilaksana serta dinaikkan, GST (cukai penjualan dan perkhidmatan) dikenakan dan sebagainya.

Akibatnya, harga barang melambung naik, menyebabkan kehidupan orang ramai tertekan dan terhimpit, kehidupan mereka kian hari kian susah, khususnya keadaan hidup umat buruh kasar dan yang bekerja manual paling teruk. Sebaliknya upacara perkawinan anak elit pemerintah mencurahkan perbelanjaan 3 juta ringgit untuk menghias dewan perkahwinan, sedangkan rakyat dikenakan dan dibebankan membayar cukai GST 6%.

Parti Rakyat Malaysia menyeru seluruh umat buruh sama ada bekerja secara manual atau secara intelek bersatulah, berkesatuanlah, tingkatkan semangat perjuangan menentang tekanan, penindasan dan eksploitasi, menentang dasar buruh murah buruh pendatang. Kita semua senasib, sama-sama kita berjuang, mengubah sistem yang tidak munasabah dan menekan, sama-sama mencipta masa depan yang ceria dan cerah.

Yang benar,


Koh Swe Yong
(Setiausaha Agung PRM)
012-2766551
Comments
0 Comments
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1Y7eO29et Under Creative Commons License: Attribution

0 comments:

Catat Ulasan