Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1Y7eWtKs2 Under Creative Commons License: Attribution

Ahad, 23 Oktober 2011

SPR: Tarikh akhir bubar Parlimen 24 April 2013


Suruhanjaya Pilihan Raya SPR berkata tarikh akhir bagi pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013 Timbalan Setiausaha SPR Datuk Noordin Che Ngah berkata kuasa Parlimen akan tamat pada tarikh tersebut secara automatik kerana tempoh yang diberikan mandat oleh rakyat telah berakhir “Tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada Perdana Menteri Bagaimanapun sekiranya sehingga 24 April 2013 Parlimen masih tidak dibubarkan maka secara automatiknya parlimen terbubar ” katanya di sini hari ini

 Dipetik Bernama Online jelas beliau selepas tempoh itu berakhir SPR akan mengambil alih untuk diadakan pilihan raya umum yang ke-13 dalam tempoh 60 hari Spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa dari sekarang dengan ramai meramalkan ia akan dipanggil awal tahun depan Spekulasi itu semakin kuat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Bajet 2012 semalam dengan pelbagai ‘buah tangan’ yang bakal dinikmati sebahagian besar rakyat.
Comments
0 Comments
Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1Y7eO29et Under Creative Commons License: Attribution

0 comments:

Catat Ulasan