Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1Y7eWtKs2 Under Creative Commons License: Attribution

Ahad, 19 Februari 2012

ADA DALANG MENADAH DULANG DALAM PR....??



PADA 18 02 2012 SATU MAJLIS MINUM PETANG TELAH DIADAKAN DI SEBUAH KAWASAN YANG DIKATAKAN ''PANAS'' DISELANGOR. PROGRAM INI DIANJURKAN OLEH RTPJ BERSAMA PENYELARAS DUN.  JAKSA SENDIRI ADALAH SEBAGAI PENOLONG PENGARAH PROGRAM DAN MEMPENGERUSIKAN MAJLIS MINUM PETANG INI.

PROGRAM INI ADALAH PROGRAM RAKYAT, YANG MANA PEMIMPIN BOLEH MEMBERI JAWAPAN DIATAS TAJUK MINUM PETANG IAITU ''NEGARA INI MILIK SIAPA'' YANG MENJADI TAJUK MAJLIS MINUM PETANG. PENGUNJUNG ATAU TETAMU YANG HADIR BOLEH BERDISKUSI ATAU MENYOAL SOALAN APA YANG TIDAK DIKETAHUI DAN DIFAHAMI DALAM HALA TUJU ''MILIK SIAPA NEGARA INI.''

PROGRAM INI TELAH DIATURKAN DALAM MASA 2 BULAN PERANCANGANNYA. SEGALA PERALATAN ATAU LOGISTIK BERJALAN LANCAR WALAUPUN TERDAPAT SABOTAJ DARI ''NYAMUK'' DAN ''TIKUS KECIL'' DARI PR SENDIRI YANG MERASAKAN MEREKA ''LEBIH ARIF DAN BIJAK''. MEREKA ''MERASAKAN'' MEREKA ADALAH KALANGAN YANG ''TERKENAL'' DALAM PR SERTA MEMPUNYAI PENGARUH YANG KUAT .

NAMUN, DI SEBALIK ITU RIBUAN DAN JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN DIATAS KEHADIRAN ''PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT'', KETUA-KETUA ATAU WAKIL NGO, PARA DERMAWAN ATAU PENYUMBANG KEWANGAN YANG TERDIRI DARI PELBAGAI GOLONGAN DARI WAKIL RAKYAT HINGGA KE ORANG -PERSEORANGAN .MEREKA YANG MEMBANTU DARI ''DIBELAKANG TABIR ATAS DASAR KESELAMATAN'' AMAT DIHARGAI DAN DIUCAPKAN SETINGGI PENGHARGAAN BUAT SEMUA YANG MENJAYAKAN PROGRAM INI.

 MEREKA YANG HADIR KERANA MERASAKAN RAKYAT INGINKAN SATU PEMBAHARUAN DALAM NEGARA DI UCAPKAN SYABAS DAN TERIMA KASIH DIATAS KESUDIAN MELAPANGKAN WAKTU BUAT KAMI(RTPJ). JAKSA JUGA MOHON MAAF JIKA TERDAPAT KESULITAN SEMASA PROGRAM INI DIJALANKAN DAN JUGA BUAH BICARA YANG ''TIDAK MENYENANGKAN PIHAK YANG TERASA''
 PERSOALAN AKHIR ??  SIAPA UNTUNG SIAPA YANG RUGI..
................RTPJ..., RTPJ ORI..., PAKATAN RAKYAT...., BARISAN NASIONAL....
Oleh yang demikian......janganlah biarkan diri anda diselubungi kebodohan misteri 

~JAKSA KOTARAJA

 SILA KLIK >>  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150603742021686&set=a.98446866685.91927.556081685&type=1&theater

Isnin, 6 Februari 2012

Kenyataan akhbar mengenai masa depan Parti KITA

hiasan


Kenyataan akhbar ini bertujuan memperjelas pendirian rasmi parti mengenai saranan Ketua Parti, Dato Zaid Ibrahim, untuk membubarkan parti, yang telah dilaporkan secara meluas di dalam media....

Parti KITA ditubuhkan bagi mengubah jenis politik di Malaysia kepada sebuah politik yang lebih sesuai demi mewujudkan sebuah masyarakat yang betul-betul demokratik, moden, berpendidikan dan progresif. Parti ini ditubuhkan bagi menyediakan rakyat Malaysia sebuah parti politik alternatif yang menggalakkan prinsip demokrasi, kesederhanaan, toleransi serta menyediakan langkah-langkah yang berkesan untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan yang lebih tinggi di pentas global. Matlamat ini hendak dicapai dengan cara mempromosikan dan menggalakkan dialog yang terbuka, bermakna dan membina yang memfokuskan isu. Parti ini TIDAK MEMBENARKAN taktik kotor dan politik jijik (gutter politics).

Malangnya, apabila keahlian parti bertambah, ada sesetengahnya yang menyusup masuk menjadi ahli parti dengan satu-satunya agenda mereka iaitu untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Walaupun kami mengalu-alukan ahli-ahli yang benar-benar ingin bertanding dalam pilihan raya demi memperjuangkan manifesto dan prinsip parti, kami tidak akan meletakkan calon-calon yang objektifnya adalah untuk “merosakkan undi”, Parti juga tidak akan sekali-kali meletakkan calon yang diperalatkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang hendak bertanding untuk mencapai matlamat politik mereka. Tindak-tanduk seperti itu adalah keji dan ia bertentangan dengan prinsip parti. Sudah tentu kami tidak akan membenarkan parti diperalatkan seperti itu.

Kenyataan ketua parti Dato’ Zaid Ibrahim untuk membubarkan parti merupakan pandangan peribadi beliau dan adalah antara pilihan yang akan dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti akhir bulan ini. Sekiranya parti boleh dibebaskan daripada serangan anasir-anasir yang tidak diingini dan oleh mereka yang menyusup masuk tanpa perlu membubarkan parti, maka itu adalah satu pilihan yang akan diberi keutamaan. Akan tetapi jika kepimpinan parti berpendapat bahawa jalan terbaik untuk menghalang parti daripada dijadikan alat atau tunggangan bagi menyalahgunakan proses pilihan raya adalah dengan menutup parti, maka keputusan itulah yang bakal diambil kelak.

HJ MOHAMED MAZLAN BIN ABDUL MANAF
Ketua Penerangan Pusat
Parti KITA

012-3053600

Rabu, 1 Februari 2012

PARTI KITA AKAN DIBUBARKAN.........



OLEH:
 DATUK ZAID IBRAHIM PRESIDEN PARTI  KITA.


Sebuah Mesyuarat Agung Luar Biasa akan diadakan tidak lama lagi untuk membubarkan KITA. Keputusan ini perlu dibuat untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa kami tidak memihak kepada pembangkang, terutama dengan beberapa anggota-anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka yang mengkritik Pakatan Rakyat. Mereka telah melakukan perbuatan ini secara berterusan. Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan semata-mata mahu memalukan dan mencemuh pihak pembangkang.


Idea saya untuk menubuhkan sebuah parti politik yang menyokong idea-idea yang sederhana dan progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban kepada wacana politik telah gagal. Saya tidak berjaya membawa masuk anggota-anggota yang cukup berminat dalam cita-cita bagi mencapai demokrasi, tadbir urus yang baik dan akauntabiliti di kalangan pegawai-pegawai awam. Saya juga tidak dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk menguruskan aktiviti-aktiviti parti, dan teman-teman yang telah berjanji untuk membantu telah akhirnya memutuskan untuk menarik balik.


Kecenderungan media yang mendalam dalam melaporkan isu-isu remeh yang memberi kesan kepada parti akan terus memberi kesukaran kepada kami. Cukup ramai orang di luar sana yang hanya berminat dalam mengkritik kepimpinan saya di dalam KITA, dan yang menggemburkan cerita-cerita dengan tujuan untuk mencemuh saya.


Peribahasa Melayu ada menyebut, “jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ka pangkal jalan”. Saya sedar sekarang bahawa penubuhan KITA adalah satu kesilapan. Saya berhasrat untuk memberi idea-idea alternatif dalam politik dan membawa kepelbagaian bakat yang lebih luas kepada kepimpinan pembangkang. Ini belum pernah berlaku sebelum ini. Saya telah membuat banyak kesilapan dalam hidup saya tetapi saya tidak tawar hati. Saya tetap yakin bahawa perubahan akan datang untuk kebaikan negara ini dan saya akan terus menjalankan tanggungjawab saya di dalam mencapai tujuan itu. Saya tidak akan menarik balik kenyataan saya sebelum ini yang mempercayai bahawa kenikmatan dalam memberi perkhidmatan kepada awam, dan kita boleh menjalankan perkhidmatan ini dengan kehormatan dan maruah.


Kepada anggota-anggota parti yang setia yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini, saya memohon ampun. Saya menghargai sokongan mereka dan saya berharap mereka akan menerima keputusan ini, kerana ia adalah untuk kebaikan yang lebih besar kepada pihak pembangkang. Kemandirian demokrasi bergantung kepada daya maju pembangkang itu sendiri. Sekiranya ia dimusnahkan, seperti yang ingin diperlakukan oleh Barisan Nasional — maka tidak akan ada demokrasi, tiada kebebasan dan tiada dasar-dasar yang bersifat sederhana lagi.

        
LINK ASAL :- http://www.partikita.com/wp-trackback.php?p=763
                        http://www.partikita.com/wp-trackback.php?p=762
  •