Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1Y7eWtKs2 Under Creative Commons License: Attribution

Sabtu, 21 April 2018

1 MEI Perutusan PRM



PERRUTUSAN 
Hari Buruh 1 Mei Parti Rakyat Malaysia (PRM)

Bersatulah Seluruh Umat Buruh Malaysia dan Sedunia!

Parti Rakyat Malaysia mengucapkan selamat Hari Buruh kepada seluruh umat buruh Malaysia dan Sedunia. Bersatulah, buat kesimpulanlah perjuangan setahun yang lalu, tingkatkan kesedaran politik dan ekonomi umat buruh. Dalam keadaan sosio-ekonomi negara dan dunia yang kurang menggalakkan dan penuh dengan ketidakpastian, tuntutlah keterjaminan pekerjaan umat buruh (job security), suasana kerja yang lebih kondusif, gaji dan kebajikan yang lebih baik, dan pertahankan hak-hak umat buruh untuk masa setahun akan datang.


Hari Buruh tanda kemenangan perjuangan umat buruh di seluruh dunia menentang penindasan dan eksploitasi yang zalim, menambahbaik keadaan dan suasana tempat kerja, meningkatkan kebajikan dan gaji, serta tuntut dan pertahan hak-hak umat buruh.

Kini, negara dan masyarakat kita sedang menghadapi kemelut ekonomi yang serius. Harga minyak mentah dan hasil sumber asli seperti getah terjunam jatuh, sumber-sumber lain kian berkurangan, eksport barangan pembuatan kurang baik, manakala elit pemerintah hidup dengan mewah dan boros, sedangkan rakyat jelata hidup sengsara dan susah.

Dalam keadaan sumber-sumber kita makin tipis, demi mengisi kewangan yang makin kurang, elit pemerintah tidak menghiraukan kesusahan dan bantahan rakyat jelata, subsidi untuk barangan keperluan asas ditarik balik, pelbagai cukai dilaksana serta dinaikkan, GST (cukai penjualan dan perkhidmatan) dikenakan dan sebagainya.

Akibatnya, harga barang melambung naik, menyebabkan kehidupan orang ramai tertekan dan terhimpit, kehidupan mereka kian hari kian susah, khususnya keadaan hidup umat buruh kasar dan yang bekerja manual paling teruk. Sebaliknya upacara perkawinan anak elit pemerintah mencurahkan perbelanjaan 3 juta ringgit untuk menghias dewan perkahwinan, sedangkan rakyat dikenakan dan dibebankan membayar cukai GST 6%.

Parti Rakyat Malaysia menyeru seluruh umat buruh sama ada bekerja secara manual atau secara intelek bersatulah, berkesatuanlah, tingkatkan semangat perjuangan menentang tekanan, penindasan dan eksploitasi, menentang dasar buruh murah buruh pendatang. Kita semua senasib, sama-sama kita berjuang, mengubah sistem yang tidak munasabah dan menekan, sama-sama mencipta masa depan yang ceria dan cerah.

Yang benar,


Koh Swe Yong
(Setiausaha Agung PRM)
012-2766551

Isnin, 24 Ogos 2015

GERAKAN GHB SEAKAN GERAKAN MUSA AS SAMIRI...



GHB kini memusing fakta mendesak agar semua pemimpin PAS meletakkkkan jawatan sebagai wakil rakyat atas alasan PAS menang kerusi atas tiket PR... Satu kenyataan yang khayal seperti menagih dadah. GHB sepatutnya meletak jawatan kerana mereka menang diatas ''ahli PAS'' .Mereka sebenarnya takut untuk letak jawatan kerana mereka telah merasakan bahawa mereka ''mungkin tidak dicalon oleh PAS pada pru-14. Mereka juga takut letak jawatan kerana takut hilang kelayakan untuk bertanding semula  oleh kerana syarat SPR. 
Maka disini kita lihat mereka sebenarnya ''GILA KUASA DAN GILA JAWATAN''... Dari kekalahan pada pemilihan PAS menambah lagi kesumat pada mereka untuk menghancurkan PAS sejak PASMA ditubuh atas ''biaya dan hasutan DAP''. 
Pemimpin GHB ini diibaratkan seperti Musa AsSamiri serta pengikutnya di zaman nabi Musa AS yang mana mereka meningggalkan segala pesan, bai'ah, nasihat dan istiqamah pada perintah ALLAH semasa kepergian nabi Musa AS untuk bermunajat. Oleh kerana nafsu mengusai samiri yang dihasut oleh bani israil, maka diambil tanah bekas tapak kuda Jibrail as. bagi membina patung sapi yang berbunyi dengan kepandaian sihirnya.Inilah atas ''kepuraan musa as samiri pada islam yang hanya terpesona dengan ''sebuah patung''. persamaan GHB seakan ada persamaannya... 
@Teringat kata-kata Qutuz ,Pahlawan perang Ain Jalut ~ “Wahai pimpinan muslimin! Kamu diberi gaji dari Baitul Mal sedangkan kamu tidak suka berperang. Aku akan pergi berperang. Sesiapa yang memilih untuk berjihad, temankan aku. Sesiapa yang tidak mahu berjihad, baliklah ke rumahnya. Allah akan memerhatikannya. Dosa kehormatan muslimin yang dicabuli akan ditanggung oleh orang yang tidak turut berjihad.”

Rabu, 19 Ogos 2015

GHB @ PARTI AMANAH RAKYAT YANG PENGKHIANAT.

                                                                 gambaran hiasan kiasan

WAHAI BANI GHB.....
KU FIKIR TELAH SAMPAI MASANYA,AKU BERSUARA....
SESUNGGUHNYA GHB LAHIR DARI SEBUAH FITNAH YANG JIJIK... MASIH INGATKAH DIKALA MEREKA SEKONGKOL DENGAN KEBATILAN SERTA TOMAHAN UNTUK MENIDAKKAN KEJUJURAN SEORANG MB YANG CIPTA KEBOHONGAN LANGKAH KAJANG...
MAKA ATAS DASAR ITU LAHIRLAH PASMA.. YANG MENAGIH JAWATAN, WANG SERTA NAMA.. BAUNYA SEAKAN BUNGA DEDAP . MEREKA KEHILANGAN ISTIQAMAH DALAM PARTI HILANG DIATAS KEHILANGAN JAWATAN MEMBUAT IANYA LEBIH MEMBARA DAN MENJADI ''INDUK KUMAN'' YANG MEREBAK..

KINI IANYA BERUBAH MENJADI GHB ATAS CUMBU RAYU DAP..DAN TERUS BERUBAH SEPERTI SESUMPAH YANG MELOMPAT KEDAHAN RIMBUN  YANG MERUBAH NAMA ''PARTI AMANAH RAKYAT'' SEBUAH PARTI YANG KABUR SERTA MENGAMBIL KESEMPATAN DIATAS KESENANGAN PARTI LAIN ,JAWATAN,  SERTA NAMA YANG DIMILIKI..
TIDAK LAIN UNTUK MENJATUHKAN SERTA MEROSAKKAN NAMA SESEORANG YANG PENTING DALAM ORGANASASI PAS ...
WAHAI BANI GHB...
KAU TELAH JATUH KEDALAM ALIRAN ''ARAHAN DUNIA BARU'' TANPA KAU SEDAR...
KAU LUPA FREEMASON SERTA AGENDA GLOBALNYA
KINI KAU SEKONGKOL DENGANNYA DIATAS JAWATAN SERTA WANG RINGGIT DENGAN MENGABURI RAKYAT DENGAN KATA ALASAN ''AMANAH RAKYAT''...
SESUNGGUHNYA TG DATO HAJI HADI AWANG INGIN DIHAPUSKAN DARI SEMUA KARIERNYA...
SIAPAKAH BELIAU SEBANARNYA..??
ITULAH TIMBALAN ULAMA SEDUNIA YANG JUGA KINI MEMANGKU JAWATAN PRESIDEN AKIBAT PEMBURUAN YUSOF QARDAWI SERTA BELIAU KINI DIKENHENDAKI ZIONIS..
BARAT YANG SENANTIASA INGIN MENGHANCURKAN ISLAM.. KINI PEMIMPIN ISLAM PAS YANG MENJATUH SERTA MELOBI RAKYAT DENGAN SOKONGAN PKR DAN DAP SERTA WANG RINGGIT UNTUK MENJATUHKAN TGHH ... SIAPAKAH LAKNATULLAH..???  SIAPAKAH ANAK DAJJAL..??
masih panjang untukku berbicara...
~wallahu'alam
~jaksa kotaraja

Sabtu, 9 Ogos 2014

GELOMBANG DARUL EHSAN !! MENYELAMATKAN PEMERINTAH SELANGOR DAN DANA SELANGOR .


GELOMBANG DARUL EHSAN !! MENYELAMATKAN PEMERINTAH SELANGOR DAN DANA SELANGOR .
HARI : AHAD 10.08.2014
TEMPAT : RUMAH KEDIAMAN MB SELANGOR.
MASA : 2.00 PM
SEMUA RAKYAT SERTA ANAK SELANGOR DIMINTA HADIR UNTUK MENYATAKAN SOKONGAN PADA MENTERI BESAR.

Selasa, 3 September 2013

MINYAK NAIK NAN 20 PULUH SEN...


SEJAK DARI SELEPAS PERTENGAHAN ERA 2000 MINYAK NAIK MENDADAK SEOLAH-OLAH TANPA KAWALAN... ADAKAH JURU KIRA BODOH @  RAKYAT YANG BODOH..
alasan semua harga barang semestinya akan naik kata pereka mereka... untuk pengatahuan kita, malaysia adalah salah satu pengeluar minyak yang berkualiti tinggi didunia... jika nak buat bandingan harga, biar sama dengan ''regunya''..

Harga minyak pada harga kini , ron 95 disubsidi rm 0.60
Harga RON97 RM2.70                                  = TIADA SUBSIDI
Harga RON95 RM2.10 + (Subsidi RM0.63) = RM2.73


Jika ron 97 disubsidi rm0.60

Harga ron 97 = 2.70 - subsidi rm0.60 = rm 2.10

Harga ron 95 = 2.73 - subsidi rm 0.63= rm 2.10

RON97 = RM2.10 seliter SETELAH SUBSIDI RM 0.60
Bukankah kerajaan jimat lagi RM0.03 setiap liter?

Kenapa harga minyak RON95 lebih mahal berbanding minyak bermutu tinggi RON97?
Kenapa tak diberi sahaja subsidi RM0.60 kepada minyak bermutu tinggi
 bukalah minda anda dan renunglah kita sebagai rakyat diluar sana... buka sebagai penerima membabi buta... @bila minyak naik semua barangan akan turut naik.... 

Jumaat, 23 Ogos 2013

CUKUPLAH AZILAH DAN SIRUL TERSEKSA 7 tahun , RAHMAT AIDILFITRI DIKURNIAKAN....

Mereka masih ada yang sayang diluar sana..anak-anak dan keluarga mereka sering berdoa akan keselamatan mereka.Kini makbul impian mereka.Janganlah kita pandai pula nak menghukum. Ramai yang tidak meyangka mereka berdua akan dibebaskan.Janganlah kita pula marahkan atau tetap salahkan mereka,7 tahun dibelenggu bayangan maut... namun kini mereka lega dan bersyukur.. pada renungan Jaksa Kotaraja, mereka di '' kurniakan RAHMAT AIDILFITRI''
Takdir menyebelahinya... Cif Inspektor Azilah Hadri, 37 dan Koperal Sirul Azhar yang merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK). Mereka kini menjalani kehidupan di luar penjara setelah menghuninya selama 7 tahun  setelah Mahkamah Rayuan membebas dan melepaskannya daripada hukuman serta sabitan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu. Sebelum ini,Pada 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam mensabit kesalahan dan menjatuhi hukuman mati terhadap Azilah dan Sirul Azhar atas tuduhan membunuh Altantuya  28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Okt 2006.
Tunang Azilah, Nor Azila Baharuddin, 35, pula dilihat mengalirkan air mata apabila mendengar keputusan itu. Manakala Anak lelaki Sirul Azhar yang berusia 13 tahun, turut kelihatan amat gembira dengan pembebasan ayahnya dan dia yang diiringi dua anggota keluarga terdekat sempat menyatakan amat merindui bapanya.
Kita lihatlah anak,tunang serta keluarga mereka yang menanti mereka... mereka amat setia menunggu... jika kita bagaimana..
BEBAS atau TERHUKUMNYA seseorang itu adalah diadili dimahkamah dunia.... maka janganlah kita pula lebih bijak MEMBUAT HUKUMAN DARI MAHKAMAH...

Selasa, 23 Julai 2013

JANGAN MAIN API PERKAUMAN DAN KEAGAMAAN...


PEMBETULAN FAKTA BERHUBUNG DAKWAAN '' PELAJAR BUKAN ISLAM'' MAKAN DI DALAM BILIK AIR SEKOLAH ADALAH FITNAH SEMATA-MATA...
PADA AKHIR-AKHIR INI ADA ''TANGAN NAKAL'' YANG SUKA MEMPERMAINKAN ISU BANGSA DAN AGAMA DENGAN MEMAPARKANNYA DILAMAN SOSIAL.PADA MASA YANG SAMA JUGA,MEREKA YANG AKAL PENDEK TERUS MENYEBARKAN TANPA BERFIKIR PANJANG ATAU TUNGGU AKAN KESAHIHAN BERITA...NAMAPUN ALAM MAYA/SIBER,BELUM TENTU BERITA ITU BENAR...
Sepatutnya kita perlu selidik atau tanya sendiri pihak yang berkenaan atau siasat dahulu... jadi bila dah salah sebar ada tak yang nak tarik balik kata-kata kesat yang telah dikeluarkan atau minta maaf..  JIKA TIDAK BERBUAT DEMIKIAN, INILAH DINAMAKAN PEMFITNAH SERTA ORANG YANG PALING BODOH PIANG KA LIAU ..kini berubah pula kenyataan dari mereka...mereka mengatakan  INI BUKAN MASALAH PERKAUMAN/KEAGAMAAN TETAPI MASALAH MURID... PADA JAKSA MEREKA MAINKAN PULA ISU POLITIK..



KEADAAN KANTIN DALAM KERJA NAIK TARAF


BILIK PERSALINAN 


TEMPAT MEBASUH TANGAN

PELAJAR ULANGKAJI PELAJARAN dibelakangnya itulah bilik persalinan pakaian..ini juga keadaan sama keadaan bilik persalinan pakaian dikilang-kilang elektronik. Tiada tandas disini..

PELAJAR MAKAN 


GURU BERBUKA PUASA

keadaan gamabaran diatas juga ada seperti bilik persalinan pekerja leab/hotel yang menyediakan tempat begini untuk pekerjanya..

@jika kenytaan jaksa tidak benar,sepuluh jari jaksa memohon maaf...
~jaksa kotaraja




Isnin, 24 Jun 2013

GAMBARAN 505 BLACKOUT ANGKAT SUMPAH..GAMBAR BERBICARA..tiada kata-kata..







                                                                                                                                                                 
      






                                                                                 


































 






















Khamis, 16 Mei 2013

PEMIMPIN SYORKAN TOLAK ISU BANGSA WAKTU PRU,TADBIR NEGERI/NEGARA IKUT PECAHAN BANGSA..??

Dalam siri pru-13 menyaksikan PKR dan PAS bertelagah kerusi sehingga wujud pertembungan 3 penjuru diantara PAS,PKR dan BN.Ini jelas dimanakan erti ''PAKATAN'' ???. PAS dan PKR sanggup bertarung sesama sendiri dan berjaya MENGKHIANATI RAKYAT...ada siapa yang boleh jelaskan dimanakah wujudnya perpaduan dalam PR ?? ada yang boleh jawab soal apa jadi dengan Sekretariat PR ???  lebih dari 6 kerusi bertembung....

Setelah PRU-13 berakhir dengan keadaan aman dan menyebelahi BN untuk terus memerintah. Banyak mulut pula yang berbunyi dikalangan pemimpin PR maupun BN.Biasalah pada BN untuk mencatur kembali strategi  awal bagi mengawal serta memujuk lawanya agar buka mata atas kabinet yang dilantiknya.Yang pasti Najib boleh tarik nafas panjang dan Muhyiddin boleh melakar senyuman sinis..
Bagi PR pula boleh berbangga dengan apa yang dicapainya,walau dapat lebihan 7 kerusi diparlimen,namun bulan jatuh di Kedah seakan mirip jatuhnya bulan di Trengganu pada hampir sedekad lalu...Bagi Perak pula atas kebodohan yang dicatur oleh PKR membuatkan PR berputih mata sekali lagi di Perak...Begitu juga di Selangor,PKR tewas dibanyak kerusi DUN menyebabkan terpaksa berputih mata untuk meletakkan lebih orang di kerusi Exconya.

Dalam siri pru-13 menyaksikan PKR dan PAS bertelagah kerusi sehingga wujud pertembungan 3 penjuru diantara PAS,PKR dan BN.Ini jelas dimanakan erti ''PAKATAN'' ???. PAS dan PKR sanggup bertarung sesama sendiri dan berjaya MENGKHIANATI RAKYAT...ada siapa yang boleh jelaskan dimanakah wujudnya perpaduan dalam PR ?? ada yang boleh jawab soal apa jadi dengan Sekretariat PR ???  lebih dari 6 kerusi bertembung....

Maka itu wujudnya mereka yang bertanding BEBAS bagi jalan penyelesaian untuk mengangkat dan memartabatkan sesuatu yang akan jaksa kotaraja coretkan pada paparan akan datang.

Bagi DSAI pula amarahnya pula meningkat tatkala usianya sendiri mencemburuinya,lalu ditiupnya kononnya ada suara penipuan dalam PRU-13.Maka wujudlah himpunan rakyat atas nama ''blackout 505''.
Pada masa yang sama pula terjadinya kabinet dilantik mengikut kehendak atau tuntutan bangsa dalam sistem BN. bagi PR pula di Selangor wujudnya pula soal pembahagian Exco yang didesak oleh banyak NGO HINDU agar Xavier ditolak untuk menjadi exco atas dasar kepentingan agama yang di anggap dikhianati olehnya ang telah lama diketahui umum,malah mengkhianati amanah exconya dalam urus tadbir kemiskinan serta perihatinan ...maka ianya adalah ..
SATU PEMBOHONGAN PADA RAKYAT BAHAWA AGAMA DAN BANGSA ITU AMAT PENTING DALAM URUS TADBIR NEGARA/NEGERI....
tetapi mengapa pada pru-13 mengapa pemimpin mengHALALkan memandang hanya pada kepartian...maka andalah sendiri yang mencabul serta merobek bangsa serta agama anda sendiri...???
rakyat pula menyokong memBABI buta ....
terimalah padahnya kini..!!
~jaksa kotaraja
akan dipaparkan lagi isu hangat dari zin,azmin,dsai dan najib...

Selasa, 16 April 2013

DR SURAYA DALAM MISI PASTI MENAWAN KUALA PERLIS DAN PERLIS


Dr Suraya Binti Sudin adalah calon pilihan rakyat Kuala Perlis untuk mewakili PKR bagi Dun N09 Kuala Perlis.Beliau adalah anak jati Kuala perlis dan seorang profesional.Beliau adalah anak kuala perlis pertama bergelar doktor perubatan.Arwah bapanya juga ahli politik yang juga dikenali oleh Cikgu Sudin.

Keluarganya sangat di kenali di Kuala Perlis. Dr Suraya sangat aktif di dalam NGO di dalam dan luar negara. Beliau pernah mengikuti misi bantuan perubatan seperti gempabumi pakistan,indonesia,dan lain-lain.Pernah mengadakan misi mendaki gunung Kinabalu bersama murid-murid sekolah rendah ketika beliau menjadi YDP Sek Keb Sena, serta mendapat 4 pengiktirafan dari Malaysia Guiness world of records. Sebagai anak jati kuala Perlis,segala permasalahan rakyat kuala perlis amat difahami oleh beliau.

Isu ;-
1)tanah-tanah kampung yang terbakar sejak 22 tahun dan belum berganti,
2)perkampungan nelayan yang tertua di Perlis(lebih 300 tahun) didiami dan masih di anggap setinggan,
3)taraf hidup serta ekonomi yang rendah.
4)anak-anak keciciran pelajaran dan bekerja di bawah umur untuk membantu keluarga,
5)masalah sosial remaja yang kini amat kritikal cuba di tangani.

Tidak hairan mengapa rata-rata rakyat kuala perlis lebih mengemari serta berharap Dr Suraya menjadi wakil rakyat. Mereka berharap beliau dapat mengubah Kuala Perlis yang telah lama ketandusan wakil rakyat yang pembela nasib rakyat. Maka disinilah mengapa Dr Suraya Sudin diletakkan sebagai calon DUN Kuala Perlis,tidak lain untuk membela nasib penduduk di Dun tersebut dan negeri Indera Kayangan itu sendiri.
INI KALILAH !!!

Jumaat, 5 April 2013

MELAYU DAP KINI DILEMA CINTA TIDAK BERBALAS...


MELAYU DAP KINI DILEMA CINTA TIDAK BERBALAS APABILA SEORANG BLOGGER TERKENAL PAKATAN RAKYAT SEAKAN DILEMA DALAM MENDAPAT KERUSI BAGI ''KOUTA'' MELAYU. APAKAH DAP ITU SENDIRI MENGAKU PARTI ITU ADALAH KERUSI UNTUK KAUM CINA SAHAJA??
SEJAK KEBELAKANGAN INI DAP KINI SEAKAN TERMIMIPI DIBUAI OLEH OMBAK UNTUK MEMBAWA MEREKA KE PUTRAJAYA...DAN SEAKAN ADA KOMPLOT UNTUK MENOLAK PEMIMIPIN INDIA . PADA BEBERAPA BULAN DULU DAN KINI PULA ORANG MELAYU SEAKAN TIDAK DIPERLUKAN LAGI DALAM KEPIMPINAN DAP..??? CUKUP KUATKAH DAP TANPA MELAYU ATAU INDIA..???
BAGI PENGANALISA POLITIK, PERKARA INI ADALAH SESUATU DILUAR BIASA ATAU INI ADALAH SALAH SATU STRATEGI DAP BAGI MENGHADAPI PENGKLONAN KERTAS UNDI....ANDA ADALAH LEBIH BIJAK...

~JAKSA KOTARAJA
@AKAN BERTANDING KERUSI BEBAS DI DUN SERI ANDALAS N49
@TERIMA KASIH SOKONGAN ANDA SEMUA...

Isnin, 1 April 2013

Road to putrajaya kini ingin mencari calon yang baik untuk diketengahkan dalam media siber



Julung pertama kali dalam sejarah pilhanraya-13bakal menyaksikan Parlimen lewat dibubarkan sehingga menyebabkan beberapa negeri DUN tersendirinya terbubar akibat lupus tarikh tempoh pemerintahan.
Ramai para blogger,facebooker serta kumpulan FB politik terutamanya Road To Putrajaya  terus memperagakan pemimpin yang akan bertanding dan yang pastinya KUMPULAN SERTA RANGKAIAN ROAD TO PUTRAJAYA akan mengenengahkan calon-calon yang dikira layak bertanding. Yang amat menariknya kumpulan ini menyokong pemimpin/individu yang baik serta tidak berlandaskan kepartian.Ini adalah disebabkan perjuangan serta slogannya adalah ''YANG BENAR JANGAN DIPERTIKAIKAN,YANG SALAH JANGAN DISELINDUNGKAN'' ... 
Ini membawa maksud serta pengertian yang amat mendalam buat para ahli politik serta pemimpin politik. Bagi pengundi pula, inilah masanya untuk rakyat tidak hanya pandang pada sesuatu jenama parti,sebaliknya memandang bakal pemimpin yang akan menerajui dikawasan terbabit...Jenama parti boleh memberi impak baik dan buruk pada pemimpin yang ada dalam parti itu.
~jaksa kotaraja

Khamis, 10 Januari 2013

HARI KEBANGKITAN NAK MUDA ADALAH HADIAH HKR#112


Satu lakaran sejarah dalam Malaysia, bahawa rakyat akan mengadakan satu perhimpunan ''MEGA'' yang dinamakan ''HARI KEBANGKITAN RAKYAT''. Apakah pemimpin diluar sana berfikir rakyat lena dengan ''perbuatannya''... Januari 12 2013 adalah satu perhimpunan akhir dalam siri ''merubah politik negara yang lebih bermakna yang bertuankan  ''KETUANAN RAKYAT''.... Oleh itu saudara saudari marilah kita beri sokongan kepada kebangkitan rakyat dalam  mengembalikan sistem pentadbiran serta ekonomi yang berlandaskan ''hak rakyat''.



 Walau apa yang difitnah dari ''mereka'' yang mengejar serta ingin mengekalkan ''empayar lusuh'' yang banyak meragut,merobek hati serta perlekehkan kepentingan rakyat untuk mereka terus menindas rakyat dengan gula-gulanya.Apakah rakyat kini  baru sedar  ?? Rakyat kini terus bangkit dan terus ''mengejutkan genarasi yang baru'' untuk turut serta memperjuaangkan hak rakyat.''

Syabas buat anak-anak muda yang kini sedar akan perjuangan ibubapa mereka yang membesarkan mereka dalam dunia moden yang di persendakan ''pendapataan mereka'',itulah keluhan sang anak dimasa kini..... Dunia moden disandarkan oleh pemimpin ''kuku besi''bagi menguntungkan ''empayar lusuh '' untuk kekal berdiri dalam keringat serta tangisan rakyat bagi mengaut segala keuntungan yang membebankan rakyat. 
 Berdirinya anak muda serta genarasi muda adalah mereka melihat suasana keliling SERTA PANORAMA KONFLIK YANG DIREKA yang menjadi saksi buat mereka untuk sertai ''hari kebangkitan rakyat'' ..walau mereka itu belum pernah kenal erti politik, tetapi mereka kenal erti ''kehidupan insanI'' yang membuat mereka lebih matang dari''KITA YANG MENGAJAKNYA...''...

Khamis, 22 November 2012

BLOGGER YOB TUALANG SEKAH PERLUKAN BANTUAN ALAT SOKONGAN BUAT IBUNYA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA FACEBOOKER,BLOGGER DAN TWITTER.....SEORANG RAKAN BLOGGER KITA, YOB TUALANG SEKAH  KINI AMAT MEMERLUKAN SEBUAH KATIL SOKONGAN BUAT IBUNYA YANG KINI TERLANTAR AKIBAT SAKIT ''BRAIN TUMOR''/BARAH OTAK....
SETAKAT INI TIADA BANTUAN ALAT SOKONGAN DITERIMA OLEHNYA DARI MAN-MANA PIHAK... MARILAH KITA MEMBANTU BELIAU TANPA MENGIRA FAHAMAN POLTIK BAGI MERINGANKAN BEBAN BELIAU.....

Rabu, 17 Oktober 2012

Perang Tok Janggut 1915 : Sarjan



                                                          

 ..semua undang-undang cukai kerajaan Kelantan termasuk tiap-tiap seorang dikenakan cukai kepala $1.00 setahun, pokok buah-buahan 12 1/2 sen sepokok, pokok kelapa 3 sen sepokok, sirih 5 sen sejunjung, kerbau dan lembu 20 sen seekor, anjing dan babi 50 sen seekor, pokok kayu keras seperti tembusu, medang dan lain-lain yang boleh dijadikan bahan binaan rumah $1.00 sepokok, hasil tanah 60 sen seekar. Penduduk yang enggan membayar cukai dikenakan hukuman denda atau penjara.

Perang Tok Janggut adalah detik awal penentangan terhadap sistem pentadbiran British di Kelantan. Perang ini tercetus pada 29 Mei 1915 apabila berlaku perbalahan di antara Tok Janggut dengan Sarjan Che Wan Sulaiman seorang anggota polis British yang membawa kepada kematian Sarjan Che Wan Sulaiman.

Walaubagaimanapun,punca sebenar penentangan ini tidak jelas. Para pengkaji telah menyimpulkan punca penentangan ini seperti berikut:-
Penentangan langsung terhadap pentadbiran British
Penentangan tidak langsung terhadap Sultan Muhammad IV kerana menerima perlindungan British dan satu cubaan untuk mengulingkan Baginda
Hasil sentimen sokongan terhadap tokoh tempatan iaitu Engku Besar dan sikap anti orang luar iaitu pegawai daerah Pasir Putih, Abdul Latif, yang dilihat merampas kuasa Engku Besar
Penentangan golongan ksum tsni terhadap sistem cukai tanah baru dan cara kutipan dijalankan
Perang jihad terhadap British berikutan bermulanya Perang Dunia Pertama (1914) dimana British adalah sebahagian negara Eropah yang menentang Turki yang bersekutu dengan Jerman dan Austria –


(baca catitan pondok buku berikut: Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya perang dunia pertama pada Ogos 1914 yang mana British berperang dengan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan Kelantan berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dan dipaksa menyatakan sokongan mereka kepada British dalam peperangan itu. Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam perang dunia pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.- Tambahan Abu Redza)

Latar belakang
Dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Siam 1909, Kelantan telah jatuh di bawah naungan kerajaan Inggeris. Kelantan pada masa itu dibawah pemerintahan Tuan Long Senik atau Sultan Muhammad IV. Pada 22 Oktober 1910, kerajaan Inggeris telah membuat perjanjian dengan kerajaan Kelantan. Semenjak itu mulalah campur tangan kerajaan Inggeris di Kelantan. Pihak kerajaan Inggeris juga memperkenalkan institusi pentadbiran baru seperti balai polis dan mahkamah di peringkat daerah termasuk juga di daerah Pasir Putih yang sebelumnya dikenali sebagai Pangkalan Limbungan. Sebelum kedatangan Inggeris, daerah tersebut ditadbir oleh seorang pembesar kerajaan Kelantan yang dikenali dengan gelaran Seri Maharaja Tua.

Pada masa itu, di Jeram yang terletak di dalam daerah Pasir Putih, tinggal seorang hulubalang Seri Maharaja Tua yang bernama Munas. Munas mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Tahir dan Hassan yang dikenali sebagai Tok Janggut.

Punca konflik

Lebih kurang pada tahun 1914, Abdul Latif seorang yang berasal dari Singapura telah dilantik menjadi Ketua Daerah di Daerah Pasir Putih. Abdul Latif telah menguatkuasakan semua undang-undang cukai kerajaan Kelantan termasuk tiap-tiap seorang dikenakan cukai kepala $1.00 setahun, pokok buah-buahan 12 1/2 sen sepokok, pokok kelapa 3 sen sepokok, sirih 5 sen sejunjung, kerbau dan lembu 20 sen seekor, anjing dan babi 50 sen seekor, pokok kayu keras seperti tembusu, medang dan lain-lain yang boleh dijadikan bahan binaan rumah $1.00 sepokok, hasil tanah 60 sen seekar. Penduduk yang enggan membayar cukai dikenakan hukuman denda atau penjara.

Pungutan cukai dijalankan di Pejabat Daerah Pasir Putih dan dilaksanakan oleh seorang pekerja. Disebabkan tenaga kerja yang terhad, ada pembayar cukai yang terpaksa menunggu selama tiga hari tetapi masih tidak dapat membayar cukai. Ketika Tok Janggut dan pengikutnya hendak menjelaskan cukai, mereka terpaksa menunggu lebih kurang seminggu dan menyebabkan mereka mengambil keputusan meninggalkan pejabat tersebut dan balik ke kampung masing-masing dan enggan membayar cukai yang ditetapkan.

Kengganan membayar cukai tersebut menyebabkan Tok Janggut dan pengikutnya disaman oleh pemerintah Pasir Putih dan dikehendaki hadir ke mahkamah di Pasir Putih. Tetapi Tok Janggut dan pengikutnya enggan hadir ke mahkamah.

Disamping itu, Tok Janggut bersama rakan-rakannya iaitu Engku Besar Tun Ahmad, Haji Said, Ishak dan Penghulu Adam telah meminta penduduk di daerah Pasir Putih untuk turut tidak membayar cukai. Di dalam suatu perhimpunan penduduk Pasir Putih yang diadakan di Kampung Merbul, penduduk telah membuat ketetapan untuk tidak mahu membayar cukai kepada Ketua Daerah Pasir Putih walau apa pun terjadi. Berita ini akhirnya sampai kepada pengetahuan Ketua Daerah Abdul Latif yang telah menghantar Sarjan Che Wan Sulaiman untuk menangkap Tok Janggut.

Perang bermula

Pada 29 April 1915, Sarjan Che Wan Sulaiman yang diiringi oleh enam orang anggota polis telah menemui Tok Janggut di Kampung Merbul. Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata. Sarjan Sulaiman telah menerangkan maksud kedatangannya dan telah menjemput Tok Janggut datang ke Pasir Putih untuk berjumpa Ketua Daerah. Tok Janggut telah bersetuju dengan permintaan tersebut, walau bagaimanapun telah berlaku pertengkaran semasa hendak meninggalkan tempat tersebut kerana Tok Janggut tidak mahu berjalan dihadapan dengan diiringi oleh polis dibelakangnya seperti orang salah. Semasa pertengkaran tersebut, Tok Janggut telah menikam Sarjan Che Wan Sulaiman dengan kerisnya menyebabkn beliau meninggal dunia. Melihat peristiwa tersebut, polis yang lain tidak berani melawan dan telah dibiarkan pergi oleh Tok Janggut setelah merampas senapang mereka.

Tok Janggut bersama rakan-rakanya dan pengikut-pengikut mereka seramai lebih kurang dua ribu orang telah menyerang dan menawan pekan Pasir Putih. Ketua Daerah telah lari menyelamatkan diri ke Kota Bahru menghadap Sultan Muhammad Shah IV.

Setelah menawan Pasir Putih, Tok Janggut dan rakan-rakannya telah menubuhkan kerajaan sendiri. Engku Besar Tun Ahmad diangkat menjadi Raja Pasir Putih, Tok Janggut menjadi Perdana Menteri, Haji Said menjadi Timbalan Perdana Menteri, Penghulu Adam menjadi Syahbandar dan Ishak menjadi Ketua Daerah.

Konflik berlarutan

Pihak Inggeris telah melaporkan kepada Sultan bahawa Tok Janggut dan rakan-rakannya telah memberontak dan sedang menuju ke istana bagi merampas takhta. Pihak Inggeris turut menghalang Tok Janggut daripada menghantar utusan bagi menerangkan perkara sebenar kepada Sultan. Sultan Muhammad IV sangat murka terhadap Tok Janggut dan rakan-rakannya. Baginda menggangap mereka sebagai penderhaka. Baginda telah mengeluarkan titah sesiapa yang dapat menangkap salah seorang daripada Engku Besar Tun Ahmad, Tok Janggut, Haji Said, Ishak dan Penghulu Adam akan diberi wang hadiah sebanyak RM500. Harta benda Tok Janggut dan rakan-rakannya telah dirampas dan rumah mereka akan dibakar.

Setelah mendengar titah tersebut, Tok Janggut dan rakan-rakannya telah menetapkan tidak mahu menyerah diri dan telah bersiap sedia dengan membuat sebuah kubu di Kampung Saring yang dikenali sebagai Batas Besar Kubu Tok Janggut.

Peranan Inggeris

Apabila Sultan Muhammad IV mendengar persiapan perang Tok Janggut, Baginda telah bermesyuarat dengan pembesar negeri termasuk juga Penasihat British dan mesyuarat telah mengambil keputusan untuk meminta bantuan kerajaan Inggeris untuk menghadapi ancaman Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya.

Gabenor Sir Arthur Henderson Young di Singapura telah menghantar sebuah kapal perang dengan seramai 150 orang askar ke Kelantan untuk memenuhi permintaan kerajaan Kelantan. Pada 10 Mei 1915, askar tersebut telah sampai ke Kota Bahru dan sampai di Pasir Putih tiga hari kemudian. Walaubagaimanapun, mereka gagal untuk menemui Tok Janggut dan rakan-rakanya yang telah menyembunyikan diri dan tidak mahu melawan askar tersebut secara berhadapan. Pada 17 Jun 1915 askar tersebut kembali ke Kota Bahru dan menunggu seminggu di sana sebelum kembali ke Singapura.

Pada bulan yang sama, sepasukan askar Inggeris seramai 100 orang yang terdiri daripada askar Sikh dan sukarelawan Melayu telah dihantar ke Pasir Putih. Setelah gagal sekali lagi untuk menemui Tok Janggut dan rakan-rakannya, askar tersebut telah mengambil tindakan merampas harta benda, membinasakan sawah padi serta membakar rumah penduduk di Jeram, Pasir Putih termasuk rumah Tok Janggut, Haji Said dan Ishak.

Pertempuran Kampung Saring



Pada 25 Jun 1915, Tok Janggut bersama lebih kurang 2,500 orang pengikutnya telah menyerang askar Sikh yang berada di pekan Pasir Putih. Pasukan Tok Janggut kemudian telah berundur ke kubunya di Kampung Saring. Askar Inggeris telah menyerang kubu tersebut yang menyaksikan pasukan Tok Janggut berjuang bermati-matian menghadapi serangan tersebut. Antara pejuang yang bersama Tok Janggut pada hari itu ialah Abbas Berani, Hassan Harimau, Awang Ngah dan Abdul Rahman Anak Kerbau.

Walaubagaimanapun, akhirnaya askar Inggeris yang lebih terlatih dan berpengalaman serta lengkap dengan peralatan perang yang moden, berjaya menewaskan pasukan Tok Janggut. Tok Janggut sendiri telah gugur manakala Engku Besar Tun Ahmad, Haji Said dan Ishak telah melarikan diri ke Reman di Selatan Siam.

Maklumat lain menyebut Tok Janggut dibunuh dikampung Pupuh , lihat gambar –


 

Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan

kisah lanjutan dibawah ini
1)    DIBALIK TABIR ISLAM
2)    tok janggut profile
3)    antara darjat dan rakyat
4)    EMPAYAR UTHMANIAH & TOK JANGGUT

Sumber: wikipedia.org

Selasa, 4 September 2012

jangan jadi ''orang yang perkosa masjid''



                                                     

KUALA LUMPUR: Usaha menghalang masjid daripada disuburkan dengan risalah-risalah Allah merupakan satu usaha yang zalim dan tidak bertamadun.

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin, berkata jika seseorang itu melakukan usaha bagi menghalang dakwah Allah, maka ia akan berdepan dengan tindakan Allah itu sendiri d akhirat kelak.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian serangan di sebuah masjid, di Alor Setar, ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah Maghrib, baru-baru ini.

"Umat Islam sepatutnya menyedari segala perkara dalam dunia ini berkaitan, orang yang tidak berilmu akan menjadi jahat, dan begitu sebaliknya. Dalam Islam, siapa yang ingin perkasa, perlu dengan Allah, kalau tidak jadi pekasam," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau, setiap seorang yang ingin memperkasakan diri ia perlu bersama Allah, kerana hanya dengan Allah ia akan jadi perkasa.

Sambil menyatakan kekesalan terhadap insiden berkenaan, Ustaz Ghani yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS, gangguan terhadap rumah Allah itu satu perbuatan yang biadap, lebih-lebih lagi ketika tazkirah dijalankan.

"Kalau mereka tidak mahu mendengar tazkirah tersebut, keluarlah dengan baik. Ini tidak, setelah membuat bising di dalam dan setelah diminta keluar, berterusan membuat bising. Ini tidak bertamadun," kata beliau yang turut berada di masjid berkenaan.

Sedangkan, tambah beliau ketika itu tazkirah dijalankan oleh seorang yang dikenali dan pernah menjadi pemimpin negara suatu ketika dahulu yang begitu dikenali ramai.

Menurutnya lagi, mengganggu majlis dengan membuat andaian dan tuduhan yang bermacam-macam tanpa sebarang bukti hanya menunjukkan sikap yang tidak bertanggungjawab.

Justeru, beliau menasihatkan mana-mana pihak yang gemar 'memperkosa' majlis agama ini agar menghentikan perbuatan tersebut memandangkan perbuatan tersebut akan berdepan dengan tindakan Allah SWT di akhirat kelak.

"Nasihat saya, jangan jadi orang yang perkosa masjid. Kalau nak jadi perkasa, kena bersama-sama dengan Allah, baru perkasa. Bukan jadi perkosa," tegas beliau.
petikan dari harakah dailly.

Isnin, 3 September 2012

PENCABULAN AIDILFITRI,MERDEKA, TAZKIRAH....


..ISU POLITIK KINI ''BAGAIKAN TAHI TERAPUNG YANG HANYUT DIBAWA AIR''..YANG MEMBAWA BUSUKNYA DARI HULU KE HILIR..LEGANYA APABILA TENGELAMNYA TAHI ITU...BILA BACA MEMANG JIJIK..TAPI JIJIK LAGI PERBUATAN MENGHASUT,MEMECAH BELAHKAN RAKYAT....


DARI SEJAK BULAN PUASA DAN RAYA ''PEMIMPIN MENJADIKAN IANYA BULAN BERPOLITIK...SAMA ADA POLITIK BERSIH ATAUPUN KOTOR. BERMULA DARI KISAH SAMBUTAN HARI RAYA,DIMANA RAKYAT DISAJI RASUAHKAN DENGAN MAKANAN AGAR MENDENGAR DAHULU KATA-KATA ALUAN DARI PEMIMPIN. MEREKA BERUCAP DALAM UCAPAN  YANG BERBAUR POLITIK SERTA BERKEMPEN,INI TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU DALAM SESUATU PERAYAAN.MALAH TIDAK CUKUP DENGAN ITU,MEDIA PULA MENYIARKAN KATA-KATA POLITIK DALAM MAJLIS PERAYAAN AIDILFITRI.

INI SEBENARNYA ADALAH PENULISAN HASIL DARI SUARA HATI MASYARAKAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM. RAKYAT BENCI DENGAN AGENDA ''RUMAH TERBUKA YANG DISAJIKAN JUADAH POLITIK''...MALAH IANYA AKAN MENUTUP HATI UNTUK MENGUNDI DALAM PRU AKAN DATANG OLEH KERANA BERPOLITIK TIDAK KENA MASA DAN KETIKA.



DALAM BULAN  KEMERDEKAAN PULA, PR DAN BN SALING BERCAKARAN DALAM ISU KEMERDEKAAN. PR DAN BN SANGGUP MENGENEPIKAN CIRI-CIRI KEBUDAYAAN MALAYSIA,AKIBATNYA HARI KEBANGSAAN PADA TAHUN INI ''SURAM''.PERTIKAMAN LIDAH DIANTARA BN& PR MENAMBAHKAN LAGI KEBENCIAN RAKYAT YANG INGINKAN KEHARMONIAN SERTA KEAMANAN....

ISU POLITIK KINI ''BAGAIKAN TAHI TERAPUNG YANG HANYUT DIBAWA AIR''....YANG MEMBAWA BUSUKNYA DARI HULU KE HILIR....LEGANYA SEKIRANYA  APABILA TENGELAMNYA TAHI ITU......BILA BACA MEMANG JIJIK..TAPI JIJIK LAGI PERBUATAN MENGHASUT,MEMECAH BELAHKAN RAKYAT....

BERDOSAKAH MEMIJAK POTRET MANUSIA...BERDOSAKAH MENGENCINGKAN GAMBAR PEMIMPIN PARTI....BERDOSAKAH...?? BERDOSAKAH..??..ATAU SALAHKAN DALAM PERUNDANGAN NEGARA ??...SALAHKAN DISISI UNDANG-UNDANG ??...TAK LAIN HANYA LARI DARI BUDAYA KETIMURAN KITA....TAK TAHULAH JIKA ADA DALAM UNDANG-UNDANG..ADA TAK AGAKNYER...


PERCABULAN& PERKOSAAN DALAM RUKUN NEGARA TELAH LAMA BERLAKU....SEPERTI PENULISAN JAKSA MASA LALU...

RUKUN NEGARA DICABULI

SIAPA YANG CABUL RUKUN NEGARA??

MASA BERLALU DAN MUSIM BERUBAH.............
RAKYAT KINI ''KEHUASAN AIR PERDAMAIAN''....
RAKYAT JELAK DENGAN ''LAUNGKAN POLITIK YANG MENCETUS KEBENCIAN DAN KEMARAHAN''.....
ERA BARU..MINDA PUN BERFIKIRAN BARU....
AKAN TETAPI TUNAS KEMALAYSIAN TETAP TIDAK BERUBAH..
AGAMA PULA TIDAK LAPOK DITELAN ZAMAN MALAH MAKIN DIMARTABATKAN...

DIJADIKAN PULA BAHAN DIAIDILFITRI KESUCIAN MASJID PULA DICABULI SEAKAN LATIHAN DARI ZIONIS...TERPEKIK TERLOLONG DARI JENDELA MASJID HINGGA SELIPAR,KASUT DISASARKAN DALAM MASJID...ORANG MELAYU TUU...ISLAM PULAK TU.....YANG BADAN JUANG ISLAM PULA MENIKUS KETAKUTAN UNTUK MEMBERI KENYATAAN...KALAU ISU RAJA,ISLAM ,MELAYU ADALAH PANTANG BAGI MEREKA...KALI INI SEPI....ADAKAH KERANA TIDAK DIHIDANG SESUAP NASI.....

DICORETKAN PANJANG PUN TAK GUNA,TAPI........INGAT..AIDILFITRI KALI INI DICEMARI OLEH PEMIMPIN PARTI-PARTI POLITIK MALAYSIA SENDIRI...

DALAM SATU MASA.......DUA RUKUN NEGARA SATU RUKUN ISLAM DICEMARI............

ADAKAH ANDA SEDAR...??