Please Give Me BackLink If You Want To Copy http://www.prince91.com/2011/08/tutorial-untuk-blog-letak-facebook.html#ixzz1Y7eWtKs2 Under Creative Commons License: Attribution

Jumaat, 23 Mac 2012

12 kesilapan Datuk Seri Najib



                                                                    gambar hiasan 
1) Merampas kuasa pemerintahan negeri Perak Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin secara haram dan bertentangan perlembagaan yang beliau sendiri merancang dan melaksanakan dua bulan sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.

                                                                     gambar hiasan 

2) Kegagalan beliau untuk mempertahankan dasar 1Malaysia yang bertujuan mencipta sebuah negara Maaysia di mana semua rakyat mengutamakan identiti sebagai rakyat Malaysia terdahulu dan kaum, agama, kawasan dan status sosio-ekonomi kemudian, apabila Timbalan Perdana Menterinya sendiri Tan Sri Muhyddin Yassin mengumumkan bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian.

  gambar hiasan 





3) Politik hipokrisi di mana beliau berdakwah mengenai kemuliaan kesederhanaan di forum-forum antarabangsa sementara mengizinkan kuasa-kuasa ekstrimis perkauman dan agama yang diterajui oleh jubir UMNO, Utusan Malaysia, berleluasa di negara ini sehinggakan masalah polarisasi kaum dan agama menjadi semakin teruk di dalam tempoh 35 bulan beliau menjawat jawatan Perdana Menteri, di mana retorik politik tentang kebencian kaum dan ketidak toleransi agama yang berlandaskan dusta dan bohong menjadi begitu serius di Malaysia, sehinggakan UMNO nampaknya telah “outsource”kan politik melampau kepada Perkasa.




                                 


4) Ucapan beliau di Perhimpunan Agong UMNO 2010 yang berjanji 'walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa”, demi mempertahankan UMNO di Putrajaya. Adakah Najib bersedia untuk meminta maaf dan menarik balik ugutan ini dengan mengumumkan bahawa selaras dengan tujuan beliau menjadikan Malaysia sebuah “demokrasi paling baik di dunia” , beliau dan para pemimpin UMNO akan secara aman dan tanpa syarat menerima keputusan pilihanraya dalam PRU yang akan datang, termasuk sekiranya berlaku pertukaran kerajaan di Putrajaya?

  gambar hiasan 


5) Bertambahnya kejadian-kejadian politik keganasan terhadap ahli-ahli parti pembangkang seperti Ahli parlimen kawasan Lembah Pantai, Nuruk Izzah serta para aktivis masyarakat madani yang dilakukan oleh Pemuda UMNO dan ahli-ahli Perkasa serta para penyokong mereka, termasuk tindakan menyerang protestor anti-Lynas di Sudut Berpidato Pulau Pinang yang mengakibatkan dua orang wartawan cedera, sementara pihak politk berdiri di tepi tanpa menjalankan tugas mereka.

6) Gelaja rasuah yang semakin serius di Malaysia di mana kedudukan kita di Indeks Persepsi Rasuah Transparency International tahun 2011 terjatuh ke tahap paling teruk iaitu No. 60 dan skor yang paling rendah iaitu 4.3, meletakkan Malaysia pada taraf paling korup sekali dalam tempoh 55 tahun sejarah negara di bawah pimpinan enam orang Perdana Menteri.
7) Kematian Teoh Beng Hock dan kegagalan untuk mengambil tindakan terhadap pembunuhnya dari Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, serta menahan dan mendakwa orang yang bertanggungjawab terhadap kematian Ahmad Sarbani Mohamad di bangunan SPRM, V Kugan di bawah jagaan polis dan lain-lain kes kamatian semasa dalam penahanan pihak berkuasa.




                                                    gambar hiasan



8) Muncul kembalinya politik Mahathirisma, sedangkan generasi Malaysia masa kini masih terpelenggu oleh skandal-skandal kewangan yang tercetus dalam tempoh 22 tahun Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, dan baru-baru ini usaha “menyelamatkan” bekas pengerusi MAS, Tajudin Tamli buat kali ketiga yang bernilai RM840 juta menerusi out-of-court settlement dengan Danaharta dan beberapa GLC.

                                                                          gambar hiasan 


9) Politk rasuah, kronisma dan naungan yang berterusan sepertimana yang berlaku dalam penganugerahan RM2.2 bilion Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) kepada dua syarikat, Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang ada hubung kait degan peguam UMNO, Datuk Hafarizam Harun dan isteri bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, dan Lebuhraya West Coast bernilai RM7.1 bilion menghubungkan Banting ke Taiping yang diberikan kepada Kumpulan Europlus Bhd selama 60 tahun konsesi.
    gambar hiasan   



10) Keengganan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai masalah pendatang tanpa izin yang berlarutan di Sabah yang menjadikan rakyat Sabah bagai orang asing di tanah bumi sendiri.

11) Salah urus perhimpunan Bersih 709 yang bertujuan menuntukan pilinraya bersih, bebas dan adil, memburuk-burukkan imej para penganjur dan penyokong Bersih, semhaentara kumpulan pelampau dan ekstrim tidak dikawal atau disekat tetapi dibiarkan mereka menyebar dan mengugut mesej keganasan, mengapi-apikan suasana kebencian kaum dan agama.

12) Kegagalan untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap keberkesanan, kebebasan dan profesionalisam institusi-institusi utama negara, samada pihak kehakiman, polis, kamar Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Suruhanjaya PilihanRaya dan sebagainya. Keengganan Perdana Menteri untuk menubuhkan tribunal untuk menyiasat dakwaan serius yang dibuat oleh bekas pegawai polis peringkat tinggi, termasuk bekas Pengarah CCID Datuk Ramli Yusof dan bekas Pengarah CID KL Datuk Mat Zain mengenai salah guna kuasa, subversif kedaulatan undang-undang dan penyelewengan perjalanan keadilan, yang ditujukan terhadap Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, sampai kepada pemalsuan bukti dalam insiden “mata lebam” Anwar Ibrahim, perbicaraan Anwar dalam tahun 1998, usaha menyelamatkan Tajudin Ramli dari MAS, serta maklumat terkini mengenai “kes lima tahun yang ganjil yang kononnya melibatkan pegawai polis paling berkuasa di negara ini, peguam negara serta seorang ketua penjenayah”, mengaitkan juga Timbalan Menteri Dalam Negeri pada masa itu, Datuk Johari Baharum, telah membangkitkan pelbagai persoalan mengenai komitmen Perdana Menteri terhadap kedaulatan undang-undang. Adalah Perdana Menteri akan terus mengelak dari mengambil satu pendirian sungguhpun dakwaan-dakwaan ini amat serius dan mendakwa bahawa pegawai-pegawai undang-undang dan polis tertinggi di negara ini, iaitu Peguam Negara dan Ketua Polis Negara, merupakan penejenayah hanya baru-baru ini – dan Peguam Negara yang sama masih berada di penjawatannya?

                                                                                                      gambar hiasan  


------------------>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<-------------------
Sedutan ucapan Lim Kit Siang di Dewan Rakyat pada 22 Mac 2012

Jumaat, 16 Mac 2012

‎"Durian Belandapembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo''.


‎"Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan pohon ajaib dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon ajaib ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !


RAMAI yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong.
Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis.

Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.
Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.
Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyanadigalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.

Tapi kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mothers milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

DISEBALIK SELAMATKAN SELANGOR OH SELANGORKU ...???


''SELAMATKAN SELANGOR , SELANGORKU''.....SLOGAN YANG SELALU KITA DENGAR DARI PEMIMPIN SERTA JUAK-JUAK BN MAHUPUN PR......
APAKAH REALITI SEBENARNYA YANG DICARI ATAU DIIDAMKAN OLEH AHLI-AHLI POLITIK MASA KINI ??...DALAM SEMUA BICARA DARI KEDAI KOPI SAMPAI KE MEDIA SIBER SIBUK DIPERKATAKAN ISU SELANGOR

.......APA KEMARUK SANGAT NIE....TAK KIRA BN ATAU PR....PASTI ADA SESUATU YANG DISOROKKAN OLEH PEMIMPIN PR ATAU BN TENTANG KHANAZAH ATAU HARTA TERPENDAM YANG MENJADI REBUTAN SEMUA PEMIMPIN DARI PELBAGAI PARTI....DAN IANYA TIDAK TERMASUK ''PARTI TAPPAWARE'' PASAL PARTI NIE PARTI BISNESS....

OK LAH.....MARI KITA BACA SETERUSNYA....
ISU SELAMATKAN SELANGOR YANG SENTIMEN YANG SELALU BENAR DIMAINKAN ATAU DI''MOMOKKAN'' OELH PARTI BN,..APAKAH CERITA SEBENARNYA AGAKNYA,MUNGKIN KUNONNYA MACAM DIBAWAH NIE PUNYA CERITA KOT.....

...ADAKAH SEBENARNYA ''SELAMATKAN HASIL BUMI SELANGOR SUPAYA ADA BAKI LAGI JIKA BN KEMBALI MEMERINTAH..??
...ATAU...SELAMATKAN PEMIMPIN BN DARI DIBONGKAR ISU PENYELEWENGAN DI SELANGOR...??
....MUNGKINKAH.....SELAMATKAN SELANGOR DARI TERUS POKET DIPENUHI OLEH PEMIMPIN PR...

ITU BAB BN...NIE PULAK BAB PR...
SELANGORKU....BARU LEBIH KURANG SETAHUN DI LANCARKAN..APASAL YEA...APAKAH YANG TERSIRAT SEBENARNYA....ATAUPUN PANAMA TU... IKHLAS AGAKNYA YEA...

PEMIMPIN DISELANGOR KEBANYAKKAN DARI ''BUKAN ASAL SELANGOR'' KIRA MESTI MENUNJUKKAN CONTOH  SAYANG SELANGOR
..ATAU....TAK SANGKA DAPATKU TAWAN SELANGOR BESERTA HASIL-HASILNYA YANG MELIMPAH SAMPAI BN MELELEH AIR LIUR...
..MUNGKINKAH....MEMBOLOT KEKAYAAN ATAU BOLEH MEMILIKI KEKAYAAN YANG DIHASILKAN DIBUMI SELANGOR...SAMPAI ADA YANG MERAJUK, ADA YANG TAK PUAS HATI,DARI AHLI HINGGA KE PEMIMPIN PUN ADA YANG KECEWA DAN ADA YANG DAH KELUOR PARTI PUN... TAK KURANG JUGA KENA PECAT PACAL DIKATAKN ''MULUT CABOL''
ATAU TUJUAN BIAR SEDAR SIKIT WAHAI ANAK SELANGOR KOT...PASAL MAJORITI PEMIMPIN PR BUKAN DARI ANAK SELANGOR....

NAK TAU PASAL APA ISU NIE JAKSA KELUARKAN....BIARKAN MEREKA TERANGKAN APAKAH ERTI SEBENARNYA SELAMATKAN SELANGOR DAN ERTI SEBENAR SELANGORKU... KINI RAKYAT DAH NAIK MENYAMPAH DAN MELUAT BERITA YANG SELALU DISEBUT DI SEMUA MEDIA  ....ASIK-ASIK ISU DUIT,..LEMBU,..PASIR,..SELCAT,...DAN MEMACAM LAGI BUATLAH KERJA SEBAGAI PEMIMPIN BEB....JANGAN NAK ASIK BERPOLITIK MENJATUHKAN KAWAN ATAUPUN LAWAN.....
MACAM KAWAN JAKSA CAKAP ..''DAH JADI PEMIMPIN PUN BODOH''...,JAKSA BIDAS..BUKAN BODOH, TAPI NAK TUTUP CERITA WALAUPUN SANGGUP MEREKA DIGELAR BODOH ASAL POKET PENUH BEB....
ini adalah bingkisan hati di petang jumaat......mintak maaf ler jika ada yang terkena tu.....DAH LAH TU...TUMPUKAN TANGGUNGJAWAB..!!!


JIKA ANDA ADA MEMPUNYAI SEBARANG MAKLUMAT ATAU PANDANGAN SILA E-MAILKAN ATAU KIRIMKAN MELALUI ALAMAT YANG TERTERA,
OLEH YANG DEMIKIAN, JANGANLAH DI BIARKAN HIDUP RAKYAT SELANGOR DIBELENGGUI OLEH MISTERI ''SLOGANNNNNNNN......


~JAKSA KOTARAJA


Rabu, 7 Mac 2012

LEMBAH KLANG MENGALAMI BANJIR KILAT


Hujan lebat dan ribut selama beberapa jam yang melanda Lembah Klang semalam menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara mengalami banjir kilat, pokok tumbang serta kejadian tanah runtuh kecil.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata walaupun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kejadian itu melibatkan kerosakan harta benda awam.

Beliau berkata hujan dan ribut yang melanda sejak lewat petang semalam menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air antara setengah meter dan semeter, termasuk Kampung Melayu, Subang, Jalan Peel dan Kampung Baru.

"Banjir kilat juga dilaporkan berlaku di kawasan Keramat Luar, Bangsar dan Jalan Syed Putra," katanya.

Jurucakap itu berkata tanah runtuh berskala kecil turut berlaku di kawasan cerun bukit di Apartmen Spring Villa, Ukay Perdana, Ampang dalam kejadian 9 malam itu.

Tinjauan juga mendapati berlaku gelinciran tanah di kawasan tinggi namun pergerakan tanah tidak menjejaskan kawasan apartmen berkenaan.

Satu lagi kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di kawasan cerun di Jalan Kampung Atap dengan seorang mangsa yang terperangkap dalam kenderaannya berjaya dikeluarkan bomba.

Selain itu, kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini menghempap sebuah bas yang diparkir berhampiran lampu isyarat.

Di ampang, hampir 400 penduduk dari dua kampung dipindahkan malam semalam apabila rumah mereka yang rata-rata terletak berhampiran sungai dinaiki air.

Banjir berikutan hujan lebat di Lembah Klang petang semalam turut menyebabkan beberapa rumah di tebing sungai kawasan itu dihanyutkan.

Dua kampung terlibat ialah Kampung Lembah Jaya Utara dan Kampung Pinggir Tiga membabitkan 150 rumah.